Followers

12 Punca Perceraian

1.KECURANGAN

Ini adalah punca paling kerap didengar.Mengapakah hal ini boleh terjadi..Mungkin kerana hati sudah berjaya ditawan oleh orang lain yang dianggap lebih memahami.Jika hal ini terjadi pada anda,selidikilah diri sendiri dan perbaiki setiap kesilapan.Jangan hanya salahkan pihak yang satu lagi.

2.MASALAH KOMUNIKASI

Selepas tinggal bersama untuk satu-satu tempoh,pasangan didapati seakan tidak mampu berkomunikasi secara normal.Setiap kali bercakap,ada saja yang tidak kena.Akibatnya timbul pelbagai konflik yang membawa ke kancah perceraian.

3.PENDERAAN FIZIKAL,PSIKOLOGI ATAUPUN EMOSI

Tidak kira sama ada anda lelaki ataupun perempuan,deraan dalam apa bentuk sekalipun sangat menyakitkan.Kerana penderaan ini,perkahwinan yang pada mulanya atas dasar suka sama suka dianggap satu penyesalan.

4.SOAL KEWANGAN

Setelah keluarga semakin membesar dan perbelanjaan kian bertambah,wang mula menjadi punca perselisihan faham.Bagi yang tidak tabah hadapi dugaan,pertengkaran adalah lumrah.Apa tidaknya,perbelanjaan yang mewah sebelum ini terpaksa disekat lantaran tidak cukup duit.Akibat tidak puas hati dan rasa terseksa,ramai memilih jalan mudah iaitu bercerai.

5.KETIDAKUPAYAAN SEKSUAL

Bagi yang sabar dan percaya bahawa setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya,ketidakupayaan seksual bukanlah masalah utama dalam rumah tangga.Akan tetapi,bagi yang tidak sabar dan hanya pentingkan diri sendiri,hal itu sudah cukup kuat untuk dijadikan alasan perceraian.

6.BOSAN

Tidak dinafikan dalam dunia ini ramai manusia yang cepat bosan.Mereka-mereka inilah yang sukar mempertahankan ikatan perkahwinan yang telah dibina lebih-lebih lagi sekiranya aktiviti harian sama setiap hari.

7.KETIDAKSEFAHAMAN

Setelah berumah tangga,anda seharusnya bertolak ansur dengan pasangan.Tidak perlu bertelingkah hanya kerana mempertahankan idea anda yang belum tentu betul.Ketahuilah bahawa ketidaksefahaman jika tidak ditangani dengan bijak akan membawa kepada kemusnahan institusi keluarga.

8.KETAGIHAN

Ketagihan memang pemusnah.Bukan sahaja pada diri sendiri malah pada keluarga.Tidak kiralah samaada seseorang itu ketagihan dadah,arak ataupun judi,semuanya membawa keburukan.Supaya keluarga anda tidak berantakan,jauhilah diri daripada semua ini.

9.KURANG KOMITMEN

Keputusan untuk menamatkan zaman bujang perlulah dibuat setelah berfikir panjang.Bukan sekadar ikut kata hati.Fikirlah segala implikasi yang akan datang setelah bergelar suami ataupun isteri.Ambil iktibar terhadap segala yang berlaku disekeliling anda.Membuat keputusan tanpa memikirkan halangan dan perubahan yang perlu dilalui setelah berumah tangga mungkin menyebabkan anda rasa terbeban dengan tanggungjawab baru.Maka berlakulah pertengkaran dan jika tidak diselesaikan segera,perceraian dianggap jalan terbaik.

10.KEHIDUPAN SOSIAL YANG MENJIJIKKAN

Jika anda mengambil keputusan berumahtangga,maknanya anda harus bersedia meninggalkan segala aktiviti sosial kurang sihat yang dahulunya menjadi kegemaran.Lupakan terus aktiviti-aktiviti sosial yang menjelikkkan.Semua ini penting demi untuk kerukunan rumah tangga.

11.PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Ini satu lagi punca perceraian.Sebenarnya,tidak kiralah di mana pun anda,jika terlalu pentingkan diri sendiri,susah jadinya.Orang yang pentingkan diri sendiri tidak mempunyai sifat empati yang membolehkan mereka faham perasaan orang lain.Akibatnya,persefahaman sukar dicapai dalam hidup berkeluarga.

12.ENGGAN BERUBAH SELEPAS BERUMAHTANGGA

Bukan semua orang rela untuk berubah,terutamanya bagi yang sudah bisa hidup senang-lenang.Seperti yang kita semua tahu,mempunyai keluarga memerlukan komitmen yang tinggi kerana tanggungjawab sudah semakin bertambah.Ketika inilah timbul masalah bagi yang enggan berubah.Dan lazimnya,diri dianggap seperti orang bujang.Anak ke mana,pasangan kemana.Dia tetap dengan aktiviti sosialnya.Dalam erti kata yang lain,lari daripada tanggungjawab kerana tidak sanggup untuk berubah.Kesengsaraan tentulah pada yang menunggu dirumah.Titik noktahnya,perceraian.


CARA MENGHINDARI MASALAH RUMAHTANGGA.

*Elakkan diri daripada berhadapan dengan konflik rumah tangga.
*Selesaikan masalah bersama.
*Mengesan sebarang perubahan pada pasangan dari peringkat awal.
*Sedia berubah dan memperbaiki diri.
*Dapatkan nasihat daripada individu bertauliah.
*Jangan menggunakan anak-anak sebagai mangsa.
*Jangan bercakap hal negatif tentang pasangan.
*Jangan libatkan anak-anak dalam pertengkaran.

MASALAH BIASA DALAM PERKAHWINAN.

1.Selalu mengkritik
Kritikan selalunya seolah-olah menyerang pasangan secara peribadi.Diakui,kita memang boleh mengkritik tetapi perlulah dengan berperasaan.Lebih-lebih lagi kritikan terhadap pasangan agar tidak berlaku perbalahan.

2.Rasa benci
Selalunya bibit rasa benci timbul daripada rasa tidak puas hati.Hasilnya meracun jiwa lalu mengakibatkan perselisihan faham.

3.Terlalu pertahankan hak sendiri
Sifat ini tanpa disedari akan membuatkan pasangan berasa kecil hati.Jika tidak ditangani segera,masalah ini pastinya berlarutan sehingga mungkin berpotensi menjadi penyumbang kepada kegagalan rumahtangga.

4.Biarkan pasangan tergantung tanpa kata pasti.
Kalau tidak suka,berterus terang sahajalah,jangan sesekali biarkan pasanagn anda tertanya-tanya.sekiranya ada masalah segeralah selesaikan.Ajak pasangan berbincang bersama untuk menguraikan segala yang tersimpul bukan pendamkan saja.Kelak nanti meledak bagai gunung berapi,susah pula jadinya.

5.Menipu pasangan
Siapa diantara anda yang suka ditipu...Tentu tak ada kan..Jika anda tidak suka ditipu,mengapa pula anda harus menipu..Masa telah berjaya membuktikan banyak rumah tangga berantakan kerana menipu.Jadi,jangan jadikan rumah tangga anda mangsa seterusnya.

6.Tidak memahami kehendak pasangan
Masa bercinta dahulu,ramai diantara anda menganggap diri begitu memahami kehendak pasangan.Namun,selepas bertahun melayari gerbang perkahwinan bersama,kesefahaman seolah-olah semakin tidak wujud.Semakin tak faham si dia.Mengapa..Siasatlah dan cari jalan penyelesaian sewajarnya.

Album Saye..

My Princess

Terdapat ralat dalam alat ini
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEDAI ANEKA ADLINQISADAM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.