Followers

Bukan tak boleh manja...Tapi biar berpada...

Setuju tak kalau saya kata,orang lelaki manjanya mengalahkan anak-anak.Kalau dengan anak sekurang-kurangnya kita boleh marah.Suruh mereka buat sendiri.Dengan suami,jangan kata nak marah,nak tegur pun kena jaga-jaga.Takut suami kecil hati dan merajuk.Tak pasal-pasal dapat dosa kering.
Soal memanjakan suami memang tanggungjawab isteri.Suami mana yang tak suka kalau isteri manjakan dia.Sebut saja nak makan apa,bila balik dari pejabat nanti sudah terhidang di meja.kalau penat,isteri boleh tolong picit atau urut cakar harimau.Semua kerja rumah isteri bereskan.Suami balik kerja boleh rehatkan badan.
Berbanding dengan isteri,rasa macam tak pijak tanah sebab dikejar masa.Bagi isteri sepenuh masa di rumah,celik biji mata dah sibuk menguruskan suami,anak-anak dan kerja-kerja lain.kalau isteri itu bekerja,bertambah-tambah kalut menyediakan itu ini sebelum kepejabat.Walau ada pembantu rumah,tetap juga nak ambil tahu apa yang perlu.
Sebab itu jangan hairan kalau ada suami mati kutu kalau isteri tak ada.Jangan kata rumahtangga,diri sendirinya pun tak terurus.Dalam soal ini nak salahkan suami atau isteri? Ketika diajukan pertanyaan ini kepada seorang rakan,jawapannya baik suami atau isteri sama-sama bersalah!
Suami bersalah kerana asyik nak mengharapkan isteri melakukan semua perkara.Dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besarnya.Sikap ego suamilah yang menjadi batas penghalang untuknya ringan tangan membantu isteri di rumah.Dengan kuasa vetonya sebagai ketua keluarga,suami hanya tahu cakap tak tahu buat.
Isteri lagi bersalah.Sejak mula sudah memanjakan suami.Konon nak jadi isteri mithali dan tak mahu dituduh 'queen control'.Akibatnya,suami naik muka dan hanya mengharapkan isteri selama-lamanya.
Pengalaman seorang teman lain pula menceritakan bagaimana sakit jiwanya mempunyai suami manja.Katanya,suaminya memang tak pernah buat kerja rumah waima cuci cawan sebiji pun dia belum pernah lakukan.Ketika dia balik kampung kerana berpantang,habis semua pinggan mangkuk dalam almari berlonggok dalam singki.Sebab,suaminya gunakan pinggan mangkuk tapi tak cuci.
Apa pun, bukan semua suami bersikap begitu.Ada suami yang terlalu manjakan isteri sampaikan isteri tak payah buat satu kerjapun.Dari soal jaga anak hingga soal mengurus rumahtangga,semuanya suami yang buat.Isteri hanya perlu jaga badan dan layan suami sahaja! Cuma,berapa ramai suami begitu!
Soal manja dan memanjakan memang lumrah suami isteri.Bukan tak boleh manja tapi biar berpada.Suami isteri ibarat tangan kanan dan tangan kiri.Kalau patah salah satu,tentulah tak sempurna jadinya.Sebab itu mesti ada tolak ansur dan saling membantu.Suami kalau nak manja pun tengok tempatlah.Begitu juga isteri,kalau nak manjakan suami pun jangan sampai menyusahkan diri sendiri.

Album Saye..

My Princess

Terdapat ralat dalam alat ini
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEDAI ANEKA ADLINQISADAM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.