Followers

Bosan Kalau Sama Dan Tak Serupa

Suatu hari seorang pemuda mendatangi kiai dan bertanyakan soalan yang dikhabarkan belum pernah dapat dijawab walau seorang bertaraf profesor sekalipun.

Pemuda:Anda siapa? Adakah anda boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiai:Saya hamba ALLAH dan dengan izin-NYA saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda:Anda yakin?Sedangkan profesor dan ramai orang yang pintar tak mampu menjawab pertanyaan saya?
Kiai:Saya akan mencuba sejauh mana kemampuan saya.
Pemuda:Saya ada tiga soalan.Pertama,kalau memang TUHAN itu ada,tunjukkan kepada saya.Kedua,apakah yang dinamakan takdir dan ketiga kalau syaitan diciptakan daripada api,kenapa dimasukkan ke neraka yang diperbuat daripada api.Sudah tentu tidak menyakitkan buat makhluk itu sebab mereka memiliki unsur yang sama.Apakah TUHAN tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kiai menampar pipi pemuda dengan kuat sekali.Sambil menahan sakit,pemuda itu bertanya:Kenapa anda marah kepada saya?
Kiai:Saya tidak marah.Tamparan itu adalah jawapan saya ke atas tiga soalan yang kamu ajukan sebentar tadi.
Pemuda:Saya tak faham!
Kiai:Bagaimana rasa tamparan saya?
Pemuda:Tentulah berasa sakit.
Kiai:Jadi,kamu percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda:Ya.
Kiai:Tunjukkan kepada saya wujudnya sakit itu.
Pemuda:Tak boleh.Mana boleh.Mustahil.
Kiai:Itulah jawapan pertanyaan pertama.Kita semua merasakan adanya TUHAN tanpa mampu melihat wujudnya DIA.
Pemuda:(Terdiam sambil mengusap-usap pipinya)
Kiai:Adakah malam tadi kamu bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda:Tidak.
Kiai:Apakah kamu pernah terfikir akan menerima tamparan daripada saya hari ini?
Pemuda:Juga tidak.
Kiai:Itulah yang dinamkan takdir.
Kiai:Terbuat daripada apa tangan yang saya gunakan untuk menampar kamu?
Pemuda:Kulit dan daging.
Kiai:Terbuat daripada apa pipi kamu?
Pemuda:Juga daripada kulit dan daging.
Kiai:Bagaimana rasa tamparan saya?
Pemuda:Sakit.
Kiai:Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga diperbuat daripada api,jika TUHAN menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang amat menyakitkan untuk syaitan.

Lagi-Lagi Salahkan Syaitan

Selalu terjadi,kita sangka lain yang jadi lain.Maka itu manusia selalu diingatkan supaya jangan kelam-kabut.Sabar dan tenang selalu.Tarik nafas panjang-panjang apabila terasa seperti hilang sabar.Jika masih rasa nak marah disuruh ambil wuduk ataupun mandi.

Tetapi itulah kita,biasanya terlupa untuk buat saranan-saranan seperti ini.Iyalah,tengah marah.Apa yang ada depan mata memang kena hempas.
Boleh,tidak ada salahnya,tetapi tahukah anda,lebih ramai orang bercerai sewaktu sedang marah berbanding sewaktu bertenang-tenang.Bertenang-tenang pasti untung,kelam-kabut dan marah-marah selalu rugi.
Kalaulah setiap pasangan yang bergaduh boleh bertenang sekejap sebelum ambil apa-apa keputusan,pasti kurang orang bercerai.Misalnya sewaktu bergaduh dan hampir sangat hendak bercerai,masing-masing relaks sekejap.Pergi ambil air dan minum,pergi ambil wuduk dan solat dua rakaat.Kalau masih nak bercerai dan bertumbuk itu kira 'patut'tetapi selalunya masing-masing akan lupa titik mula pada benang yang menyimpul.Ya tak?
Sebab itulah sewaktu marah selalu orang suruh istighfar,sebab marah datangnya dari syaitan.Syaitan dijadikan dari api,maka api pasti padam oleh air.Justeru itu padamkanlah semua kemarahan dengan mencurahkan air ke dalam tubuh (minum) atau curahkan air ke badan (wuduk/mandi).
Nak dengar satu cerita ? Ceritanya begini;Pada pukul 9.15 pagi,Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.
Doktor : Apa dah jadi dengan belakang awak ni?
Kudut :(Sambil mengaduh dan memicit-micit belakang) Saya kerja syif malam.Bila balik rumah saya kat tingkat 3,pukul 7.45 pagi tadi,saya dengar bunyi bising kat bilik tidur.Saya syak ada orang dah tidur dengan bini saya.
Saya tengok pintu balkoni terbuka.Saya berlari ke situ,jenguk ke bawah dan nampak seorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar.Apa lagi,saya terus angkat peti ais,campak kat lelaki tu.Tu yang saya sakit belakang sampai sekarang ni doktor.
Doktor mengangguk.Tapi belum sempat dia periksa belakang Kudut,tiba-tiba seorang lelaki bernama Chet meluru masuk ke bilik rawatan.Keadaan Chet nampak serius,macam baru lepas dilanggar kereta.
Doktor :Uih,ingatkan pesakit yang saya tengah periksa ni dah teruk,tapi awak ni lagi teruk.Apa dah jadi dengan awak?
Chet :Saya baru dapat kerja selepas lima tahun menganggur.Hari ini saya kena laporkan diri kat tempat kerja baru saya tu.Tapi malam tadi saya lupa nak set jam loceng.Biasalah orang bujang,terlajak,saya terlambat bangun.Tengah saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan seluar,tiba-tiba ada sebiji peti ais menghentam belakang saya.Aduhhhh,sakitnya.
Baru doktor hendak periksa belakangnya,seorang lagi lelaki menyerbu masuk.Namanya Don,keadaannya lebih teruk daripada Chet dan Kudut,jalan terhuyung-hayang,satu badan penuh lebam dan benjol.
Doktor :Laaa,apa pasal pulak ni?
Don :Saya nyorok dalam satu peti ais.Tetiba ada orang campak peti ais tu ke bawah dari tingkat tiga !!! Adoiii !!!!.......

Isteri Oh Isteri...

Saya tertarik untuk berkongsi nukilan yang di petik dari mingguan wanita melalui ruangan Sembang Lelaki...

Sejak di bangku sekolah,saya selalu tertanya-tanya apa relevan dan munasabahnya peribahasa orang tua-tua kita,sayang isteri tinggal-tinggalkan.
Bagi saya,kalau sayang,mengapa pula mesti ditinggalkan.Kalau sayang mestilah selalu duduk dekat-dekat.Kalau tak sayang,barulah jauh-jauhan.
Saya bangun untuk menulis pojok ini ketika tak lena tidur malam.Sudah dua hari isteri saya pergi out station atas urusan kerja.Sepeninggalannya,barulah saya berasa hidup bersendirian setelah berumah tangga benar-benar susah.
Kalau dulu,hampir semua kerja rumah,kepada dialah saya serah.Selalu juga apabila anak kecil keriau tengah malam minta susu,saya pura-pura tidur mati dengan hajat isterilah yang bangun buat susu.Tapi dalam dua tiga hari ini,mahu tak mahu,terpaksalah saya yang ambil alih tugas itu.
Kalau dulu,balik dari kerja,ada saja yang saya berasa tak kena apabila melihat isteri tarik muka kepenatan.Sekarang wajah itulah yang paling saya rindukan!Kalau dulu,ada ketika saya mudah sangat berasa jauh hati-saja nak mengada-ada sebenarnya-sedangkan kesilapan yang dilakukan isteri amatlah kecil tapi apabila dia tidak ada di sisi,saya sungguh-sungguh berasa sunyi.
Kalau dulu,balik saja ke rumah,semuanya sudah siap tersedia di atas meja walhal isteri saya juga bekerja.Tapi dalam kelam kabut pulang dari tempat kerja,masih sempat juga dia siapkan makan malam.Dan kalau pun tak berkesempatan,dia juga yang singgah di mana-mana beli lauk pauk yang sudah siap.Saya hanya tahu pulang dan perabihkan!
Sekarang,apabila tinggal hanya saya dengan anak-anak,barulah saya sedar bahawa membuat itu semua bukanlah kerja yang mudah! Payah bahkan teramat payah!
Kalau dulu,paling tidak dua hari sekali,pulang dari kerja dan sambil-sambil memasak,isteri saya masih sempat mencuci baju.Sekarang ini,kain baju saya biar bertimbun dan hanya sedia untuk melakukannya hanya pada hari cuti hujung minggu.
Kalau dulu,dalam kelam kabut dia bersiap nak keluar ke tempat kerja,masih sempat dia mengisi ruang yang suntuk itu dengan mengemas tempat tidur dan menyiapkan bekalan anak,saya pula,begitu saya tinggalkan waktu pagi,begitulah juga apabila saya kembali pada malam hari.Mungkin untuk saya,putaran jam atau bumi lebih laju berbanding isteri!
Bahkan pada hari pertama dulu,saya berasa keadaannya begitu tergesa-gesa hingga tidak sedar sarung pelekat cap gajah yang saya pakai untuk solat subuh,saya tinggalkan berlingkar di tengah-tengah rumah macam ular sawa kenyang.
Setelah pulang lewat petang,barulah saya terperasan! Itulah! Keadaan memang benar-benar berubah apabila isteri tiada di rumah.Segala-galanya buat saya jadi serba salah.Setelah beristeri dan tiba-tiba tinggal seorang diri untuk mengurus diri dan anak-anak memang susah lagi payah.Ia jauh beza dengan ketika hidup bujangan dulu.
Hari ini,setelah masuk tahun ke-12 berumah tangga,barulah saya dapat rasa relevannya peribahasa orang tua-tua kita.Rupanya dengan berjauhan,barulah kita mengenal erti rindu-rinduan,sayang-sayangan,dan susah payahan.Itu pun isteri saya pergi bukannya lama-3 hari saja!

KISAH SEPASANG PENGANTIN SYURGA

Seorang gadis yang terlalu istimewa,cantik paras rupanya,mulia akhlaknya,terjaga maruahnya oleh iman dan takwa kepada Allah SWT,mempunyai nasab yang paling bersih,suci dan tinggi kedudukannya di mata manusia dan di sisi Tuhannya.Anak perempuan seorang Nabi yang terpuji,dididik di bawah bimbingan wahyu Ilahi,hidup dalam naungan kasih sayang orang-orang beriman.Dialah Fatimah al-Zahra',puteri Rasulullah SAW,wanita yang paling dikasihi dan dilindungi.Tahukah anda apakah persediaan majlis kahwin Fatimah al-Zahra' dengan Saidina Ali bin Abu Talib?

*Alat menggiling gandum
*Alat penumbuk
*Kulit yang disamak
*Bantal yang berisi daun-daun kering dan biji kurma
*Sebuah bekas air
*Sebiji pinggan

Abu Bakar menangis ketika melihat keadaan persediaan perkahwinan puteri Rasulullah SAW itu.Beliau bertanya:"Ini sajakah bekalan untuk Fatimah? Nabi SAW bersabda: "Wahai Abu Bakar ini semua sudah cukup banyak untuk orang yang masih hidup di dunia."
Wahai pengantin yang paling agung,kemuliaan itu terletak pada hati yang beriman dan amal yang soleh.Bukan banyaknya harta dan kemewahan,keturunan atau pangkat dan jawatan.Secantik-cantik pengantin adalah sepasang hamba Allah yang tunduk dan taat hanya kepada-Nya.

ADAB MELAYANI SUAMI

Suami tak lekat di rumah,ada perempuan lain,tidak dihargai serta tidak dipedulikan adalah sebahagian daripada rungutan isteri terhadap suami mereka.Kecewa,sedih semuanya diluahkan oleh pihak isteri malang ini.

Namun janganlah terus menyalahkan suami bila mereka bersikap menyakitkan hati.Mungkin ada perkara yang anda lakukan tidak memuaskan hatinya.Sebagai permulaan perhatikan layanan anda terhadap suami.Betulkah caranya?

Melayan suami ada cara-cara dan adabnya,sekiranya anda melakukannya dengan tepat,tiada alasan untuk suami membuat perangai.

Namun begitu sebagai isteri tahukah anda akan cara terbaik dan adab dalam melayani suami?Jika belum mengetahui dan memahaminya,panduan berikut mungkin boleh membantu.

1.Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya.Jangan suka menyampuk dan memotong percakapannya.Apabila bercakap dengan suami pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukannya menengking.

2.Ada kalanya suami suka mengusik isterinya,Bila apa yang dilakukan menyentuh perasaan,janganlah cepat merajuk.Merajuk mmenunjukkan sikap kita tidak matang dan keanak-anakan,sebaliknya bersikap sporting dan tertawalah dengan usikannya.

3.Sekiranya suami marah,seeloknya isteri mendiamkan diri.Jangan amalkan sikap suka menjawab.Sikap sebegini hanya akan menambahkan lagi kemarahan suami.Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak bertegur sapa dengan anda sebagai hukuman atas kedegilan anda sebagai isteri.

4.Sekiranya suami pulang sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan segeralah meminta maaf.Tidak perlulah menunggu suami melutut di depan anda kerana lelaki punya egonya yang tersendiri.

5.Jika suami berhajat sesuatu,hendaklah isteri cepat bertindak.Bangun segera jika disuruh dan janganlah mmelengah-lengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan.Jangan sesekali mengambil sikap acuh tak acuh kemahuan suami kerana ia memberi gambaran bahawa anda tidak lagi taat kepadanya.

6.Bila kehendak suami dan anak-anak bertembung,dahulukan kehendak suami begitu juga dengan kehendak ibu dan bapa.Melayani suami memberi satu pahala yang cukup besar buat seorang isteri.

7.Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah.Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami senang memandang dan bergurau senda dengannya.Ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah SWT.

8.Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami dan bukan mengikut selera isteri.Kalau suami suka makan kari janganlah kita menghidangkan ikan masak asam pedas untuk santapannya.Suami akan gembira sekiranya seleranya ditepati.Selain itu pepatah inggeris ada menyebut,'a way to win a men hearts is through ist stomach'.

9.Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahupun wang yang diberikan.Jangan amalkan sikap guna dulu beritahu kemudian.

10.Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit.Jangan biarkan suami terus memakai baju yang terkoyak kerana ia akan memberi petanda anda bukan isteri yang pandai mengurus suami.Selain itu jahitlah dengan cantik dan kemas kerana ia juga melambangkan peribadi anda.Semua suami akan berasa bangga kalau pakaiannya dijahit sendiri oleh isterinya.

11.Bila misai atau janggut suami kelihatan panjang,segeralah memotongnya,paling tidak ketiplah kuku suami.Pilihlah hari yang terbaik iaitu hari Isnin,Khamis dan Jumaat.

12.Janganlah membuat perkara yang boleh membebankan atau menyusahkan hati suami antaranya seperti menambah hutang di kedai perabot ataupun bergaduh dengan jiran.Sebaliknya lakukan sesuatu yang boleh menenangkan hati suami seperti menjaga anak dan rumah tangga dengan baik dan teratur.

13.Hargailah pemberian suami walaupun ia cuma hadiah yang kecil.Jangan menyepahkan barang yang telah diberikan olehnya kerana ia boleh membuat suami berkecil hati.Meskipun anda tidak menyukai apa yang diberikan terima dan simpanlah sebaik mungkin.Setiap pemberian itu ada nilainya yang tersendiri.

14.Sentiasa sediakan barang-barang keperluan suami di dalam poket baju atau seluarnya seperti sikat dan sapu tangan.Tidak menjadi kesalahan seandainya suami menolak persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah apa yang dirasakan perlu buat suami.

15.Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja.Walaupun anda juga kepenatan bekerja,tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman.Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.

16.Air minuman suami hendaklah sentiasa disiapkan walaupun sekadar air sejuk.Jangan tunggu suami minta,sebaiknya hidangkan terus buat suami sebaik dia pulang ke rumah.Lebih elok sediakan air kegemarannya seperti kopi tongkat ali ataupun teh.

RENUNGAN KITA BERSAMA

Rasulullah s.a.w. ada bersabda,katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat.Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari sebelah kiri.Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan,"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.Malaikat yang di sebelah kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan,apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan,"Biarkannya,sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala.Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya,kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas,hanya hambanya sahaja yang lalai dan leka dengan keseronokan serta kemewahan dunia.

Menguasai Suami Dengan Tangisan

Menangis merupakan ekspresi manusia yang bersumber dari gerak hati dan perasaan.Walaupun ramai isteri yang pandai berpura-pura untuk memanipulasi simpati suaminya demi maksud dan tujuan tertentu,tetapi perlu diakui bahawa tangisan adalah terapi yang paling baik untuk menginsafi diri.

Sebagaimana yang tertulis di dalam al-Quran yang bermaksud: "Maha Suci Tuhan kami,Sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi.Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.(Surah al-Isra' ayat:108-109).Untuk itu,cubalah kenali diri anda dengan gaya tangisan anda.

1.Tangisan materialistik.

Ada yang menangis disebabkan hal-hal yang remeh,suami tidak membelikan barang yang diminta atau tidak mahu menggantikan perabot baru,rumah atau kereta yang diminati dan pelbagai permintaan lain.
Kemudian hati berbisik dan menghasut kononnya suami tidak cinta atau ada perempuan lain atau tidak menghargai isteri atau lebih menyayangi ibunya serta lain-lain hasutan syaitan yang didengar dan ditaati.
Dalam hal ini Rasulullah S.A.W menyatakan nasib wanita yang tidak mensyukuri jasa suaminya.Dalam sabda baginda yang bermaksud: "Aku melihat ke dalam syurga,kebanyakan penghuninya daripada golongan fakir.Aku melihat ke dalam neraka,ramai penghuninya daripada golongan wanita kerana mereka tidak mensyukuri kebaikan suaminya." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2.Tangisan pesimistik

Mereka ini menangis kerana gagal dalam bercinta,berumah tangga,berkarier,berniaga,bergelut dengan ujian dunia yang menyempitkan dada.Ramai yang menangis kerana terlalu risaukan dunianya tetapi sedikit yang menangis kerana takutkan nasibnya di akhirat.
Apabila Umar bin Khattab mendapat musibah beliau berkata: "Aku bersyukur kerana musibah ini tidak sesekali merosakkan agamaku dan akhiratku."
Padahal ujian di akhirat lebih seksa lagi,sebagaimana disebutkan di dalam sabda baginda S.A.W yang bermaksud: "Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah telapak kakinya dua buah bara api neraka sehingga mendidih otak kepalanya.Dia tidak sangka ada orang lain yang lebih dasyat seksaan daripadanya padahal dialah orang yang mendapat seksaan paling ringan." (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

3.Tangisan Ego

Pernahkan anda melihat seseorang yang menangis sambil menjerit histeria,mencaci-maki,menghentak-hentak kaki,mengancam dan mengugut untuk menunjukkan bahawa dirinya saja yang benar.Jika isteri terlalu cemburu,perkara sebegini sering terjadi.
Suami yang sudah terbiasa dengan perangai isteri yang menyebalkan ini terpaksa menghindari bersemuka dengannya apabila terjadi konflik.Perkara sebegini tidak akan ada jalan keluarnya kerana kedua-duanya tidak pandai mengawal keadaan,bertenang dengan kepala dingin sambil berbincang.Bagaimana mungkin masalah boleh selesai dengan menjerit-jerit bagai terkena rasukan jin?

4.Tangisan manja

Tangisan yang menunjukkan kelemahan isteri yang tidak matang,mahu mendapat perhatian suami dan ia salah satu cara meraih simpati.Ada yang suka bila isteri bermanja,tapi suami pun rimas jika sikap ini tak berubah walaupun telah beranak pinak.Bagaimana hendak dibawa berjuang jika isteri terlalu bergantung dengan suami,bermanja-manja sehingga tidak boleh dibawa hidup susah.

5.Tangisan keinsafan

Ia adalah tangisan apabila seorang isteri berdiri untuk bersembahyang,berdoa dan bertafakur mengingati nikmat Allah sambil menghitung dosa dan kejahatannya.Dosa kepada suami,anak-anak,kedua orang tua dan kepada insan-insan lain yang pernah bergaul dengannya.
Kemudian dia mengingati akhirat dan membayangkan dibicarakan di mahkamah Allah,disoal tentang amanah yang dipikulkan di bahunya.Amanah tentang harta,keluarga,ilmu,umur,kesihatan dan masa mudanya,kemudian melelehlah air mata keinsafan kerana takut kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Seseorang yang menangis kerana takut pada Allah S.W.T tidak akan masuk neraka sehingga air susu kembali ke putingnya.Tidak akan dapat berkumpul debu yang melekat kerana berjuang di jalan Allah dengan asap neraka jahanam." (Hadis hasan sahih riwayat Al-Tirmizi)
Sesungguhnya satu titis air mata kerana takut kepada Allah lebih berharga daripada dunia dan segala isinya.Apabila isteri solehah menyimpan air mata dukanya di siang hari kerana keletihan menjaga rumah tangga dan mengeluarkan air matanya di malam hari saat bermunajat kepada Allah,maka akan turunlah rahmat di hati wanita ini sehingga dia dicintai suami,anak-anak serta manusia yang mengenalinya.

Tangani Anak Nakal Menerusi Doa

Anak adalah anugerah kepada setiap ibu bapa.Walau senakal mana pun mereka,pasti ada cara yang sesuai bagi mendidik dan menangani tahap kenakalan bagi setiap tahap umur.

Dalam islam sendiri menggariskan langkah-langkah yang sesuai untuk menangani golongan ini.Paling utama ialah doa yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia ke arah mewujudkan baiti jannati.
Sebagai ibubapa,kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak dan tidak mengatakan perkara yang buruk-buruk kerana kata-kata seseorang ibu adalah doa.Perkataan seperti 'bodoh','malas','bangang','tak reti diajar' hanya akan membuatkan seorang kanak-kanak itu memberontak,seterusnya langsung mengingkari setiap arahan dari ibu bapa.

TIP

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan seperti berikut.Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1.Selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2.Banyak bersabar dan yang utama,jangan cepat melenting jika anak melakukan sesuatu yang di luar dugaan.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3.Banyakkan berdoa kepada Allah dan minta dilembutkan hati anak-anak.

4.Bila bangun pagi,peluk anak sebanyak tiga kali,usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati(bergantung pada niat kita untuk di anak).

5.Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,"Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya)."Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

6.Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran,baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 daripada surah as-Syura bermaksud"Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya;Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki,dan Dialah Yang Maha Kuat,Lagi Maha Kuasa"Sebaik-baiknya dibaca selepas Subuh,baca pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

7.Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:"Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya."
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir'Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman'berulang-ulang.Semua ini Insya-Allah adalah da pelembut hati.Begitu juga,Surah Toha ayat 1hingga 8,surah ar-reahman ayat 1 hingga 4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

8.Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik,amalkan ayat 38 daripada Surah Ali Imran iaitu doa Nabi Zakaria yang bermaksud,"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya,katanya:Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik;sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima)doa permohonan."

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.Sebaik-baiknya setiap malam ketika anak dalam keadaan baru hendak tidur,ketika ini otak mereka sedang berehat dan lebih cepat mendengar kata.

10.Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74 daripada Surah al-Furqan yang bermaksud,"Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata:Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu)bertakwa."
Amalkan juga ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud,"Wahai Tuhanku!Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang,dan zurait keturunanku.Wahai Tuhan kami,perkenankan doaku."
Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak.Doa itu senjata ornag mukmin.

Resepi Bahagia Dalam Hidup

Kisah ini ringkas tetapi menarik dan penuh pengajaran...

Pada suatu hari seekor keldai milik seorang petani jatuh ke dalam perigi.Haiwan itu menangis dengan keadaan yang memilukan selama berjam-jam,sementara si petani memikirkan apa yang harus dilakukannya.
Akhirnya,petani itu memutuskan bahawa haiwan itu sudah tua dan perigi juga perlu ditimbus(kerana berbahaya);jadi tidaklah berguna untuk menolng sang keldai.Dia mengajak jiran tetangganya untuk datang membantunya.Mereka mmembawa peralatan dan mulai menimbus tanah ke dalam perigi.
Pada mulanya,ketika sang keldai menyedari apa yang sedang terjadi,ia menangis penuh kengerian.Tetapi kemudian,semua orang takjub,sang keldai menjadi diam.Setelah beberapa serkup tanah lagi dituangkan ke dalam perigi,si petani melihat ke dalam perigi dan tercengang melihat apa yang berlaku.
Walaupun punggung keldai itu terus ditimpa olah tanah-tanah dan kotoran,sang keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan.Sang keldai menggoncang-gonggcangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya turun ke bawah,lalu di menaiki tanah itu.
Sementara jiran tetangga si petani terus menuangkan tanah dan kotoran ke atas belakang haiwan itu,sang keldai terus juga menggongcangkan badannya dan melangkah naik.Tidak lama kemudian,semua orang terpesona ketika sang keldai meloncat keluar dari perigi dan melarikan diri!
Kisah ini mengumpamakan bahawa kehidupan terus sahaja menuangkan tanah dan kotoran kepada kita,segala macam tanah dan kotoran.Cara untuk keluar dari 'perigi'(kesedihan,masalah,dan sebagainya)adalah dengan menggoncangkan segala tanah dan kotoran dari diri kita(fikiran dan hati kita)dan melangkah naik dari 'perigi'dengan menggunakan hal-hal tersebut sebagai pijakan.
Setiap mmasalah kita merupakan satu batu pijakan untuk melangkah.Kita dapat keluar dari 'perigi' yang terdalam dengan terus berjuang,jangan pernah menyerah!Gongcangkanlah perkara negatif yang menimpa dan melangkahlah naik! Ingatlah perkara yang boleh diamalkan untuk memperoleh kebahagiaan:

1.Bebaskan diri anda daripada kebencian.
2.Bebaskanlah fikiran anda daripada kecemasan.
3.Hiduplah sederhana
4.Berilah lebih banyak
5.Berharaplah lebih sedikit
6.Tersenyumlah

Entah ini adalah waktu kita yang terbaik atau waktu kita yang terburuk,inilah satu-satunya waktu yang kita miliki saat ini! Tangan dihulur,budi ditabur,bakti disubur....

Selalulah bermuhasabah diri

Berikut adalah tanda-tanda atau alamat seseorang yang akan mati dalam keadaan Husnulghathimah yakni dalam pengakhiran yang baik.

1.Sempat mengucap dua kalimah syahadah.
2.Berpeluh di dahi.
3.Mati pada malam atau hari Jumaat.
4.Mati di medan perang kerana membela agama Allah.
5.Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
*Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya di syurga(kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
*Diselamatkan dari seksa kubur.
*Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dasyat.
*Diperhiasi dengan iman.
*Dikahwinkan dengan ramai bidadari.
*Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya.
9.Mati kerana melahirkan anak.
10.Mati kerana taun.
11.Mati akibat sakit perut.
12.Mati tenggelam dan tertimbus oleh bangunan.
13.Mati terbakar.
14.Mati dalam nifas.
15.Mati kerana sakit TB.
13.Mati akibat luka pernag di jalan Allah.
14.Mati mempertahankan harta.
15.Mati mempertahankan diri.
16.Mati dalam bersiap-siap untuk berperang ke jalan Allah.
17.Mati ketika sedang beramal soleh.
17.Maka bagi siapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara.

*Menjaga sembahyang 5 waktu.
*Bayak bersedekah.
*Banyak membaca Al-Quran.
*Banyak bertasbih.

Dan hendaklah ia:
*Meninggalkan dusta
*Meninggalkan sifat khianat.
*Meninggalkan sifat mengadu-domba.
*Menjaga kencing.

Faktor-faktor Penguat Ingatan

1.Menjauhi maksiat.
2.Bersungguh-sungguh dan istiqamah.
3.Sedikit makan dan minum.
4.Memperbanyakkan ibadat sunat seperti Solat Tahajjud,berpuasa dan lain-lain.
5.Selalu membaca Al-Quran.
6.Membaca doa ketika membaca buku.
7.Membaca doa selepas solat lima waktu.
8.Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi s.a.w.
9.Minum madu di waktu pagi.
10.Makan biji kismis (merah) setiap hari sebelum sarapan.
11.Minum susu segar.
12.Tidak berbual kosong.
13.Sentiasa bergaul dengan orang yang soleh dan alim.
14.Makan buah badam.
15.Minum air zam-zam.
16.Mengamalkan makanatau minum halia.

Faktor-Faktor Lupa

1.Melakukan maksiat dan banyak dosa.
2.Selalu bersedih dan runsing.
3.Makan daun ketumbar.
4.Makan buah atau makanan yang masam.
5.Melihat kepada yang kena sula.
6.Membaca tulisan terdapat di papan/batu nisan kubur.
7.Berjalan di antara unta-unta yang dirantai.
8.Membuang serangga "Tuma" yang masih hidup ke tanah.
9.Berbekam di lubang tengkuk.
10.Melihat kemaluan orang lain.
11.Makan makanan dari sisa semut dan tikus.
12.Makan kepala ikan.
13.Makan makanan yang telah basi.
14.Onani
15.Makan organ dalam binatang seperti hati,limpa,jantung,paru,perutdan sebagainya.
16.Membiasakan diri makan berlebihan.
17.Minum air antara suapan makan.

Album Saye..

My Princess

Terdapat ralat dalam alat ini
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEDAI ANEKA ADLINQISADAM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.