Followers

Doa Semasa Hamil

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia,Engkau yang menyembuhkan,tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.Ya Allah,rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasulmu.Ya Allah,keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.Ya Allah,jadikanlah dia sihat yang sempurna,berakal dan pandai,alim dan beramal.Ya Allah,panjangkanlah umurnya,sihatkanlah badannya,baikkanlah akhlaknya,fasihkanlah lisannya,baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.






Assalamualaikum....

Aduh...lame betul dah tak update blog ni..kepale asyik pening aje sekarang...

Melawat blog kawan-kawan ajela nampaknye..hehehe..

Semoge bertemu kembali..tatatititutu...

10 PesananBerguna Untuk Kehidupan

1.Senyum itu tanda kemesraan,diberi kepada manusia dianggap sedekah.Ketawa itu lambang kelalaian.Selalu dilakukan hati akan mati.Dibuat dihadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2.Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran,insaflah ini tanda kelemahan diri,kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak akan mengulanginya lagi.

3.Syukur nikmat dan sabar dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4.Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian.Kesusahan dan penderitaan itu selalunya membawa kekecewaan dan putus asa,kecuali orang yang mukmin.

5.Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah,suka memotong percakapan orang,suka bermujadalah yakni bertegang leher,nampak dimukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis,bercakap meninggikan suara,pantang ditegur,tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahannya.

6.Orang yang sudah hilang sifat marah-dayus,cepat melahirkan sifat marah-lemah mujahadah.Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali ditempat -tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7.Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu.Merasa diri kita itu hamba itu penghayatan,yang kedua-dua inilah akan lahir sifat tawaduk,malu,khusyuk,takut,hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8.Jika kita mengingati dosa,kita tidak nampak lagi kebaikan kita,apatah lagi untuk dibanggakan.

9.Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya,tapi jangan putus hati kita dengan Allah,ini adalah hakNya pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian ,rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi,tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

UBAT PENYAKIT TAKBUR

Imam Al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sikap takbur dalam diri seseorang iaitu dengan cara:

Apabila kita bersuara dengan anak-anak kecil,maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih belum mempunyai dosa-dosa berbanding dari kita yang telah dewasa.

Apabila kita bersuara dengan orang tua pula,maka kita anggaplah yang kita sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadat kepada Allah dari kita.

Apabila kita bersuara dengan orang alim pula,maka kita anggaplah yang sebenarnya beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.

Apabila kita bersuara dengan orang jahil pula,maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya,sedangkan kita berdosa akan tetapi memiliki ilmu pula dengan sengaja kita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu yang mana satu perkara buruk dan baik.

Apabila kita bersuara dengan orang kafir pula,katakanlah dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk islam.Maka semua dosa yang dilakukan sebelum dia masuk islam akan diampunkan oleh Allah s.w.t.Sedangkan kita pula sebagai umat islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa tanpa mengenal balasan Allah yang bakal tiba kelak.

...Dan yang sebenarnya telah banyak manakakah dosa dan pahala yang tak mampu kita pastikan...?

Dari itu segeralah kita kembali kepadaNYA semoga amalan kebaikan kita didunia ini akan dibalas kegembiraan di akhirat kelak.Renung-renungkanlah wahai sahabatku.

10 SEKSAAN UNTUK WANITA

Sepuluh jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj,membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan Baginda itu,antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih.Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain yang bukan mahram.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3)tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4)minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan di gantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya.Mereka adalam perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suami.

Ada pula (6)perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking.Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya,tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub.Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu,Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala dibawahnya ada api yang menyala.Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.Mereka adalah perempuan yang suka memasyurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti keldai.Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya.Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Wallahualam...

FAKTA INTERNET

1.Walter Hallas,26 kerani kedai di Leeds,England,fobiakan doktor gigi.Apabila dia diserang sakit gigi pada suatu pagi dalam tahun 1979 dia meminta seorang rakan menumbuk pipinya,"Biar gigi ni tercabut..."katanya.Tetapi malang menimpa apabila Walter tersungkur terkena penumbuk sulung rakannya itu.Dia meninggal beberapa jam kemudian selepas doktor mengesahkan tengkoraknya pecah,akibat terhantuk pada dinding bangunan semasa rebah ditumbuk.

2.Pada 1996,jumlah penduduk Mexico mencapai 95,772,462 orang,menjadikan setiap satu kilometer persegi buminya dihuni 49 orang.

3.Thomas Elva Edison merupakan manusia pertama dapat merakam dan memperdengarkan semula bunyi-bunyian.Kejayaan itu diciptanya pada 20 November 1877.

4.Virus boleh didapati dalam semua benda hidup termasuk manusia,haiwan,tumbuhan,kulat dan bakteria.Saiznya 20 hingga 100 kali lebih kecil daripada bakteria.

5.Terdapat lebih 1,000 bahan kimia di dalam biji kopi,namun hanya 26 sahaja yang telah dikaji dan sebahagian besar daripadanya menjadi punca penyakit kanser.

6.Lebih 2,500 orang kidal dari seluruh dunia terbunuh setiap tahun disebabkan menggunakan barangan yang biasa digunakan oleh mereka yang normal.

7.Jangan terkejut..petir sebenarnya menyambar bumi sebanyak 6,000 kali setiap minit.Ia bukan terjadi di tempat sama,tetapi di serata dunia.

8.Bunyi ngauman seekor singa jantan boleh didengar pada jarak 8 kilometer.Keadaan itu memudahkan pasangan mengesan lokasinya.

9.Tidak kurang 24 kematian direkodkan setiap tahun dan berpuluh -puluh lagi kes keretakan tengkorak serius melanda penduduk jepun,akibat terantuk ketika menunduk-nundukkan kepala kerana tanda hormat.

TIP TANGANI MARAH

Amarah yang tidak dikawal dengan baik akan menjejaskan kehidupan dan hubungan.Akibatnya anda mungkin tidak disenangi oleh rakan,mahupun akan menjejaskan prestasi kerja anda.Dengan keadaan minyak naik,harga barang naik dan mahal,ini memberi tekanan kepada anda mahupun kepada pasangan anda.Kesilapan menangani marah akan menyebabkan rumahtangga bergolak dan akan menjejaskan keharmoniaan rumah tangga.Semoga tip ini memberi anda ketenangan dan dapat menangani kemarahan anda.

Langkah 1 (Teknik 5 saat)

Ketika darah anda naik disebabkan marah,apa yang perlu anda lakukan adalah genggam tangan sekuat hati dan tarik nafas sedalam-dalamnya.Setelah itu,hembuskan nafas secara perlahan-lahan dan lepaskan genggaman tangan anda sedikit demi sedikit.

Langkah 2 (Teknik 10 saat)

Tarik nafas sambil mengangkat bahu setinggi mungkin dan tahan nafas.Selepas itu,turunkan bahu secara perlahan-lahan sambil menghembuskan nafas.Saat bahu diturunkan,rasakan bahawa anda melepaskan semua beban atau masalah yang terpaksa dipikul sebelum ini.

Langkah 3 (Teknik 30 saat)

Kombinasikan gerakan kepala ke kanan dan kiri untuk lelagakan otot dan leher.Gerakan mudah ini juga boleh anda lakukan ketika anda berada dalam keadaan letih.

Langkah 4 (Teknik 45 saat)

Cubalah duduk bersandar di kerusi dalam keadaan relaks sambil memejamkan mata dengan kaki memijak lantai.Setelah itu,hentakkan kaki secara perlahan-lahan sambil menarik dan menghembuskan nafas.Dalam pada itu,sematkan di dalam hati bahawa anda harus segera menghentikan kemarahan anda saat itu juga.Pastikan anda berasa lega.

Langkah 5 (Teknik 60 saat)

Sematkan kata-kata positif yang mampu mendeskripsikan diri anda seperti kesetiaan,toleransi,murah hati,tidak mudah marah,rendah diri dan pelbagai kata pujian dan positif yang lain.Tuliskan kata-kata tersebut di atas sekeping kertas dan tempatkan di tempat mudah untuk anda melihatnya.Di pejabat anda boleh menampalnya di atas meja kerja anda atau di rumah tampalkan di cermin solek anda.Jadi sekiranya anda di serang emosi marah,lihatlah kembali kertas tersebut untuk mengingatkan bahasa diri anda sebenarnya amat dihargai.

SIFAT YANG MENGHILANGKAN BAHAGIA DI HATI

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:-

PEMARAH - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.(Sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu orang tak takut nak dekat punyer...)

2.PENDENDAM - Tersembunyi iaitu ibarat mungumpul lahar di dalam dada.Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didemdami itu.Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3.HASAD DENGKI - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4.BAKHIL - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan,pangkat dan lain-lain dari dirinya.Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama.. -derma)Allah lebih sayang yang fasik tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil.Kerana walaupun fasiq,pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5.TAMAK - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut,walaupun berapa banyak yang diminum tetap tak habis.Lagipun orang tamak selalu rugi.**Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia di pakai atau digunakan oleh kita.Selagi tidak diguna iaitu disimpan,itu belum boleh dikatakan rezeki kita.(mungkin ada hak orang lain di situ)Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6.TIDAK SABAR - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.(oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..contohnya time keje bertimbun atas meja..heh..heh..)

7.EGO - Ibu segala mazmummah, jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.(yg ni no komen)...pasal semua orang ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

8.RIAK - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk di puji.Sentiasa berlakon-lakon di depan orang.Jika ia dipuji,ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji,ia akan mengurangkan amalnya.Allah marah kalau kita riak..takabbur dengan apa yang kita ada.

9.CINTA DUNIA - Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan letakkan pada harta itu,bila mati cuma amalan dan doa anak soleh/solehah yang dibawa **cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu di bahagi-bahagi dan akhirat di bawa mati.

KESIMPULANNYA
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara totalnya di sebabkan kemiskinan,musibah,kesibukan dan lain-lainnya,tetap ialah MAZMUMMAH ***Makin tinggi mazmummah seseorang,makin ia tidak BAHAGIA.***
Samaada bermujahadah atau biarkan sahaja mazmummah itu,kedua-duanya tetap menderita,tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain,andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

FAKTA INTERNET

*Jika lautan di seluruh muka bumi ini kering,kita akan dapat mengelilingi dunia dengan mudah-cuma mengambil masa setahun jika sanggup berjalan kaki siang malam.Pesawat Boeing 747 hanya mengambil masa 44 jam.Peluru yang ditembak daripada senapang M16 mengambil masa 14 jam.Cahayalah yang paling pantas,cuma satu saat untuk ia mengelilinginya.

*Keluasan Arab Saudi ialah 830,000 kilometer persegi.Namun negara seluas itu,tidak terdapat sebarang pun sungai yang mengairi tanah-tahihnya.

*Pulau Nauru di utara Kepulauan Solomon adalah negara paling kecil di Lautan pasifik.Hasil utamanya ialah guano iaitu najis sejenis burung yang kaya dengan fostat.Guano dieksport ke negara-negara Eropah sebagai baja tanaman.

*lipas mempunyai jantung yang ringkas.Namun ia berfungsi sama seperti jantung manusia.Peliknya,ia memiliki suatu keistimewaan yang tak ada pada haiwan lain - dapat hidup dalam tempoh yang lama sekalipun jantungnya berhenti tiba-tiba.

*Kekurangan zat besi dalam diet kanak-kanak bukan sahaja menyebabkan anemia(kurang darah) tetapi lebih buruk daripada itu.Mereka yang mengalami kekurangan bahan ituakan lemah dalam pelajaran matematik.

*Seorang lelaki yang sihat mempunyai 12 hingga 15 peratus lemak dalam badannya.Manakala wanita yang mempunyai potongan badan menarik mempunyai 15 hingga 18 peratus lemak.Bagaimanapun untuk menjadi model,seseorang hanya perlukan tidak lebih 10 peratus lemak.

*Pencemaran udara yang terlalu tinggi boleh menyebabkan serangan jantung walaupun seseorang itu hanya terdedah beberapa jam sahaja.

*Julius Caesar membayar gaji askarnya dengan garam kerana ketika itu ia lebih beharga daripada emas.Malahan salary(gaji)yang digunakan hingga ke hari ini diambil dari bahasa Latin,salt yang bermaksud garam.

Amalan Pahala Yang Tidak Pernah Putus

Anas berkata,"Ada tujuh (7)

BIDADARI SYURGA

Di syurga kelak kaum wanita yang beriman akan dibangkitkan dengan wajah yang lebih jelita dan rupawan,kulit tubuh mereka jauh lebih halus dan pakaian mereka lebih indah serta berharga dari perhiasan para bidadari syurga sendiri.Ini kerana mereka telah melalui berbagai-bagai ujian semasa di dunia sedangkan para bidadari tidak begitu.Di syurga kelak seorang wanita yang telah bersuami akan kembali kepada suaminya sedang sisuami sendiri akan menjadi ketua di mahligainya sendiri.

Bagi wanita yang berkahwin lebih dari satu,mereka akan diberi kebebasan untuk memilih suami yang pernah dikahwini dulu.Hal ini juga sama dengan kaum lelaki.Wanita ahli syurga kemuliaannya lebih baik dari bidadari syurga dengan 70 kali ganda.Di dalam syurga tidak akan berlaku pergaduhan,pertengkaran,dendam mendendami,sakit hati,hasutan,dengki khianat dan sebagainya.

Apabila seseorang isteri di dunia menyakiti hati suaminya dan membuat hati suami tersinggung akan berkatalah para bidadari syurga yang bakal menjadi isteri kepada suami tersebut,"Janganlah kamu menyakitinya kerana ini akan menyebabkan kemarahan Allah pula ke atas dirimu.Dia di sisimu hanya sementara saja,di akhirat nanti dia akan menjadi suami kami pula."Suami kepada para bidadari syurga telah ditentukan awal-awal lagi oleh Allah.Para bidadari syurga dapat mengenali suami mereka sejak kelahiran dari perut ibunya lagi.Apa yang berlaku keatas lelaki itu sentiasa diperhatikan oleh bidadari ini dengan tidak sabar menunggu saat pertemuan yang paling bererti di syurga kelak.

KEMULIAAN UMAT MUHAMMAD

Rasullulah menceritakan sabdanya,"Setelah Allah selesai menciptakan Jibril dalam bentuk yang cantik bersamanya juga dengan 600 sayap yang panjangnya dari Timur ke Barat,maka bertanyalah Jibril kepada Allah,"Adakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik dari aku? "Firman Allah,"Tidak."Lalu Jibril bangun untuk solat sunat 2 rakaat kerana bersyukur kepada Allah.Setiap rakaat lamanya 20,000 tahun.

Bila Jibril selesai solat Allah pun berfirman,"Engkau telah menyembah Aku dengan bersungguh-sungguh dan tiada siapa yang pernah menyembah Aku sepertimu itu tetapi akan ada seorang nabi yang mulia di akhir zaman nanti namanya 'Muhammad'.Umatnya sering melakukan dosa tetapi jika mereka mengerjakan solat sunat 2 rakaat maka demi keegoanKu solat mereka itu lebih Aku sukai dari solatmu.Mereka menunaikan solat di atas perintahKu sedangkan solatmu itu bukanlah dari perintahKu."Jibril bertanya lagi,"Apa yang telah Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai balasannya?"Firman Allah,"Aku berikan mereka syurga Ma'wa."

Lalu Jibril meminta izin dari Allah untuk pergi melihat syurga itu.Setelah diizinkan ia pun pergi dengan mengembangkan sayapnya yang besar dan menempuh perjalanan selama 300 tahun.Setelah penat Jibril pun berehat untuk seketika lalu bertanya kepada Allah,"Apakah aku sudah sampai separuh jalan atau sepertiga atau seperempat?"Firman Allah,"Wahai Jibril! Jika engkau terbang selama 3000 tahun lagi pun engkau tidak akan sampai pada 1/10,itulah syurga Ma'wa yang Aku sediakan untuk umat Muhammad yang mengerjakan solat sunat dua rakaat.

Gangguan Iblis Dalam Sembahyang

Rasullulah telah menyoal iblis sabdanya,"Wahai Iblis ! Ketika umatku berdiri mendirikan sembahyang,bagaimanakah hal engkau pada waktu itu?

Jawab iblis,"Waktu itulah masa yang paling sukar bagiku,seluruh badanku akan menggeletar dan lemah.Lalu aku memerintahkan sekalian bala tenteraku yang terdiri dari syaitan dan jin supaya menggoda orang yang hendak sembahyang itu.

Setiap orang akan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan,sesetengah pada anggotanya supaya ia merasa malas.Sesetengah akan masuk ke dalam hatinya supaya ia merasa was-was serta terlupa akan bilangan rakaat dan bimbang terhadap pekerjaan dunia lalu ia segera keluar dari sembahyangnya.

Sesetengah masuk ke dalam mata dan menjadikan hatinya tidak senang.Setengah yang lain pula akan duduk di atas belakangnya supaya orang itu tidak tahan lama untuk duduk tahiyat akhir,sementara di dalam hatinya berkehendakkan supaya sembahyang itu cepat habis.Semua godaan ini adalah supaya pahala sembahyang seseorang umatmu itu menjadi kurang.Sekiranya segala godaan syaitan itu tidak berhasil maka akan aku hukum dengan seberat-berat hukuman ke atas syaitan-syaitan itu".

HAIWAN DAN ZODIAK

KUCING

01-05 Februari
24-31 Mac
25-30 Jun
15-27 September
17-30 November

TIKUS

10-24 Januari
16-23 Mac
15-26 April
01-03 Jun
01-09 Julai
16-25 Ogos

ARNAB

01-09 Januari
01-03 April
15-20 Jun
10-15 Julai
28-30 September
01-16 Disember

SINGA

25-31 Januari
13-15 Mac
22-31 Mei
01-16 November

MERPATI

06-14 Februari
14-21 Mei
16-26 Julai
01-14 September
26-31 Disember

PENYU

15-21 Februari
27-30 April
04-14 Jun
26-31 Ogos
16-27 Oktober

MONYET

01-12 Mac
01-13 Mei
21-24 Jun
01-15 Ogos
01-15 Oktober
17-25 Disember

HARIMAU KUMBANG

22-28 Februari
04-14 April
28-31 Oktober

ARNAB

Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman.Sikapmu yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa.Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan.

KUCING

Pemalu dan comel,itu karektor yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini.Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tak dikenalinya.Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman.Dari sudut pandangan lain,ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.

MONYET

Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai.Kamu juga sentiasa sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif.Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekelilingmu untuk menjalinkan ikatan persahabatan denganmu.Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekalipun.Walaubagaimanapun,sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak.Bagi kamu,itu semua tidak penting!Prinsip hidup kamu,'hidup mesti ceria'selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.

HARIMAU KUMBANG

Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekelilingmu.Walau bagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman.Emosi mu yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekelilingmu sentiasa berhati-hati ketika bersama denganmu.Selain itu,kamu juga sering di kaitkan dengan pelbagai gosip.Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki,ternyata kamu sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.

TIKUS

'Diam-diam ubi berisi' itulah gambaran terdekat mengenai keperibadianmu.Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan.Sikap terlalu pemalu yang ada dalam dirimu itu harus dikurangkan.Selain itu,sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekelilingmu.Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular,dirimu tetap di kenali ramai.

SINGA

Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin.Individu sekelilingmu sentiasa berasa selamat bila berdampingan denganmu.Kamu juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik.Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam dirimu telah menarik ramai orang untuk bersahabat denganmu,maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru saban hari.

PENYU

Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu.Namun,ada sesetengah pihak agak kurang senang hati denagn sikapmu kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan perpepsi pemikiran diri kamu sendiri.Walau bagaimanapun kamu adalah seorang teman yang baik dan tidak bersikap seperti 'talam dua muka'.

MERPATI

Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta.Kamu juga tergolong dalam kategori individu yang sentiasa bersikap tenang.Sememangnya kamu bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu,namun kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harianmu.

7 PERKARA MEMBUAT ANDA BERMOTIVASI DI WAKTU PAGI

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi adalah :

1.Bersyukur,bersyukur,bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup,anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini,lebih baik dari kelmarin.

2.Tekad Bermotivasi

Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya.Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca seminit dua.

Di waktu pagi jangan buka email,baca news paper,baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan.Sebab ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3.Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media,misalnya motivasi pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzi di Hot FM.Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ini.

Motivasi harus dijaga,sebab kalau tak dijaga ia mudah turun.Kesannya,anda menjadi tidak bersemangat,lemah longlai dan lemah.

4.Dalam Apa Jua Yang Anda Buat,Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja,baca Bismillah,moga anda di jauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai,mengantuk macam tak cukup 'cas bateri' saja.

Andai kata anda seorang pelajar,bermula dari nak masuk kelas,duduk di kerusi anda dan mula nak buka buku,mulakan semuanya dengan Bismillah.Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.Masuk saja ke dalam kelas,pasang niat anda mahu menuntut ilmu.Bila istiqamah melakukannya,anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang.

5.Set Target Kemajuan Diri Sendiri.

Ini juga kurang dititikberatkan bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja,kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu,Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana,bekerja(atau mmenghadiri kelas)lepas itu nanti petang balik rumah,berehat,makan minum pastu tidur.Esok pagi bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup anda bagai dalam 1 bulatan,situ-situ saja.

Mulai hari ini,ubah sikap anda.Set target apa yang anda mahu capai,lagi bagus setkan untuk setiap hari.

6.Lihat Warna Cerah.

Warna boleh mempengaruhi mood.Warna cerah membuatkan kita jadi energetik,ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari,lihat warna-warna yang cerah seperti kuning,merah,biru,hijau.Cara ini saya dah test sendiri,berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda bewarna cerah sebab ia mampu menukar mood anda menjadi positif.

7.Penuhkan Hati Dengan Kemaafan.

Lepaskan segala yang dulu-dulu.Maafkan orang diwaktu pagi,maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam,rasa tak puas hati,geram,sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ini bersarang di hati walaupun sedikit ia menghalang motivasi.Kesannya,anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk,anda jadi orang yang berfikiran negatif,hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang,setiap situasi dan setiap benda.

GERAK JARI SINGKAP RAHSIA DIRI

Memicit atau memegang hidung

- tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa jua tindakan yang dilakukan.
- Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayai.

Meletak tangan pada bahu kawan

- Suka ikut kepala sendiri
- Pentingkan diri sendiri
- Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat.

Bermain dengan tangannya

- Mempunyai tahap humor yang tinggi.
- Pandai berjenaka.
- Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati.
- Jenis open minded.

Mematahkan jari jemarinya

- Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain.
- Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

Menggigit Kuku

- Gugup dan gementar bila berbicara.
- Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.

Memintal hujung rambut

- Suka berkhayal
- Sukar diperdayakan
- Keras kepala

Menongkat dagu

- Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat di tangannya.
- Suka mendengar masalah teman-teman.
- Setia dalam persahabatan.

Suka letakkan tangan atas meja

- Happy good lucky dan pandai menyesuaikan diri.
- Peramah
- Suka bergantung pada orang lain.

Menggosok 2 telapak tangan

- Ramah dan berfikiran matang
- Suka berterus-terang dan tidak suka cakap berbelit-belit.
- Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu.

Memutar cincin

- Sangat menepati janji.
- Berhati-hati dalam tutur kata.
- Gemar hidup yang teratur

Bosan Kalau Sama Dan Tak Serupa

Suatu hari seorang pemuda mendatangi kiai dan bertanyakan soalan yang dikhabarkan belum pernah dapat dijawab walau seorang bertaraf profesor sekalipun.

Pemuda:Anda siapa? Adakah anda boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiai:Saya hamba ALLAH dan dengan izin-NYA saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda:Anda yakin?Sedangkan profesor dan ramai orang yang pintar tak mampu menjawab pertanyaan saya?
Kiai:Saya akan mencuba sejauh mana kemampuan saya.
Pemuda:Saya ada tiga soalan.Pertama,kalau memang TUHAN itu ada,tunjukkan kepada saya.Kedua,apakah yang dinamakan takdir dan ketiga kalau syaitan diciptakan daripada api,kenapa dimasukkan ke neraka yang diperbuat daripada api.Sudah tentu tidak menyakitkan buat makhluk itu sebab mereka memiliki unsur yang sama.Apakah TUHAN tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kiai menampar pipi pemuda dengan kuat sekali.Sambil menahan sakit,pemuda itu bertanya:Kenapa anda marah kepada saya?
Kiai:Saya tidak marah.Tamparan itu adalah jawapan saya ke atas tiga soalan yang kamu ajukan sebentar tadi.
Pemuda:Saya tak faham!
Kiai:Bagaimana rasa tamparan saya?
Pemuda:Tentulah berasa sakit.
Kiai:Jadi,kamu percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda:Ya.
Kiai:Tunjukkan kepada saya wujudnya sakit itu.
Pemuda:Tak boleh.Mana boleh.Mustahil.
Kiai:Itulah jawapan pertanyaan pertama.Kita semua merasakan adanya TUHAN tanpa mampu melihat wujudnya DIA.
Pemuda:(Terdiam sambil mengusap-usap pipinya)
Kiai:Adakah malam tadi kamu bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda:Tidak.
Kiai:Apakah kamu pernah terfikir akan menerima tamparan daripada saya hari ini?
Pemuda:Juga tidak.
Kiai:Itulah yang dinamkan takdir.
Kiai:Terbuat daripada apa tangan yang saya gunakan untuk menampar kamu?
Pemuda:Kulit dan daging.
Kiai:Terbuat daripada apa pipi kamu?
Pemuda:Juga daripada kulit dan daging.
Kiai:Bagaimana rasa tamparan saya?
Pemuda:Sakit.
Kiai:Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga diperbuat daripada api,jika TUHAN menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang amat menyakitkan untuk syaitan.

Lagi-Lagi Salahkan Syaitan

Selalu terjadi,kita sangka lain yang jadi lain.Maka itu manusia selalu diingatkan supaya jangan kelam-kabut.Sabar dan tenang selalu.Tarik nafas panjang-panjang apabila terasa seperti hilang sabar.Jika masih rasa nak marah disuruh ambil wuduk ataupun mandi.

Tetapi itulah kita,biasanya terlupa untuk buat saranan-saranan seperti ini.Iyalah,tengah marah.Apa yang ada depan mata memang kena hempas.
Boleh,tidak ada salahnya,tetapi tahukah anda,lebih ramai orang bercerai sewaktu sedang marah berbanding sewaktu bertenang-tenang.Bertenang-tenang pasti untung,kelam-kabut dan marah-marah selalu rugi.
Kalaulah setiap pasangan yang bergaduh boleh bertenang sekejap sebelum ambil apa-apa keputusan,pasti kurang orang bercerai.Misalnya sewaktu bergaduh dan hampir sangat hendak bercerai,masing-masing relaks sekejap.Pergi ambil air dan minum,pergi ambil wuduk dan solat dua rakaat.Kalau masih nak bercerai dan bertumbuk itu kira 'patut'tetapi selalunya masing-masing akan lupa titik mula pada benang yang menyimpul.Ya tak?
Sebab itulah sewaktu marah selalu orang suruh istighfar,sebab marah datangnya dari syaitan.Syaitan dijadikan dari api,maka api pasti padam oleh air.Justeru itu padamkanlah semua kemarahan dengan mencurahkan air ke dalam tubuh (minum) atau curahkan air ke badan (wuduk/mandi).
Nak dengar satu cerita ? Ceritanya begini;Pada pukul 9.15 pagi,Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.
Doktor : Apa dah jadi dengan belakang awak ni?
Kudut :(Sambil mengaduh dan memicit-micit belakang) Saya kerja syif malam.Bila balik rumah saya kat tingkat 3,pukul 7.45 pagi tadi,saya dengar bunyi bising kat bilik tidur.Saya syak ada orang dah tidur dengan bini saya.
Saya tengok pintu balkoni terbuka.Saya berlari ke situ,jenguk ke bawah dan nampak seorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar.Apa lagi,saya terus angkat peti ais,campak kat lelaki tu.Tu yang saya sakit belakang sampai sekarang ni doktor.
Doktor mengangguk.Tapi belum sempat dia periksa belakang Kudut,tiba-tiba seorang lelaki bernama Chet meluru masuk ke bilik rawatan.Keadaan Chet nampak serius,macam baru lepas dilanggar kereta.
Doktor :Uih,ingatkan pesakit yang saya tengah periksa ni dah teruk,tapi awak ni lagi teruk.Apa dah jadi dengan awak?
Chet :Saya baru dapat kerja selepas lima tahun menganggur.Hari ini saya kena laporkan diri kat tempat kerja baru saya tu.Tapi malam tadi saya lupa nak set jam loceng.Biasalah orang bujang,terlajak,saya terlambat bangun.Tengah saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan seluar,tiba-tiba ada sebiji peti ais menghentam belakang saya.Aduhhhh,sakitnya.
Baru doktor hendak periksa belakangnya,seorang lagi lelaki menyerbu masuk.Namanya Don,keadaannya lebih teruk daripada Chet dan Kudut,jalan terhuyung-hayang,satu badan penuh lebam dan benjol.
Doktor :Laaa,apa pasal pulak ni?
Don :Saya nyorok dalam satu peti ais.Tetiba ada orang campak peti ais tu ke bawah dari tingkat tiga !!! Adoiii !!!!.......

Isteri Oh Isteri...

Saya tertarik untuk berkongsi nukilan yang di petik dari mingguan wanita melalui ruangan Sembang Lelaki...

Sejak di bangku sekolah,saya selalu tertanya-tanya apa relevan dan munasabahnya peribahasa orang tua-tua kita,sayang isteri tinggal-tinggalkan.
Bagi saya,kalau sayang,mengapa pula mesti ditinggalkan.Kalau sayang mestilah selalu duduk dekat-dekat.Kalau tak sayang,barulah jauh-jauhan.
Saya bangun untuk menulis pojok ini ketika tak lena tidur malam.Sudah dua hari isteri saya pergi out station atas urusan kerja.Sepeninggalannya,barulah saya berasa hidup bersendirian setelah berumah tangga benar-benar susah.
Kalau dulu,hampir semua kerja rumah,kepada dialah saya serah.Selalu juga apabila anak kecil keriau tengah malam minta susu,saya pura-pura tidur mati dengan hajat isterilah yang bangun buat susu.Tapi dalam dua tiga hari ini,mahu tak mahu,terpaksalah saya yang ambil alih tugas itu.
Kalau dulu,balik dari kerja,ada saja yang saya berasa tak kena apabila melihat isteri tarik muka kepenatan.Sekarang wajah itulah yang paling saya rindukan!Kalau dulu,ada ketika saya mudah sangat berasa jauh hati-saja nak mengada-ada sebenarnya-sedangkan kesilapan yang dilakukan isteri amatlah kecil tapi apabila dia tidak ada di sisi,saya sungguh-sungguh berasa sunyi.
Kalau dulu,balik saja ke rumah,semuanya sudah siap tersedia di atas meja walhal isteri saya juga bekerja.Tapi dalam kelam kabut pulang dari tempat kerja,masih sempat juga dia siapkan makan malam.Dan kalau pun tak berkesempatan,dia juga yang singgah di mana-mana beli lauk pauk yang sudah siap.Saya hanya tahu pulang dan perabihkan!
Sekarang,apabila tinggal hanya saya dengan anak-anak,barulah saya sedar bahawa membuat itu semua bukanlah kerja yang mudah! Payah bahkan teramat payah!
Kalau dulu,paling tidak dua hari sekali,pulang dari kerja dan sambil-sambil memasak,isteri saya masih sempat mencuci baju.Sekarang ini,kain baju saya biar bertimbun dan hanya sedia untuk melakukannya hanya pada hari cuti hujung minggu.
Kalau dulu,dalam kelam kabut dia bersiap nak keluar ke tempat kerja,masih sempat dia mengisi ruang yang suntuk itu dengan mengemas tempat tidur dan menyiapkan bekalan anak,saya pula,begitu saya tinggalkan waktu pagi,begitulah juga apabila saya kembali pada malam hari.Mungkin untuk saya,putaran jam atau bumi lebih laju berbanding isteri!
Bahkan pada hari pertama dulu,saya berasa keadaannya begitu tergesa-gesa hingga tidak sedar sarung pelekat cap gajah yang saya pakai untuk solat subuh,saya tinggalkan berlingkar di tengah-tengah rumah macam ular sawa kenyang.
Setelah pulang lewat petang,barulah saya terperasan! Itulah! Keadaan memang benar-benar berubah apabila isteri tiada di rumah.Segala-galanya buat saya jadi serba salah.Setelah beristeri dan tiba-tiba tinggal seorang diri untuk mengurus diri dan anak-anak memang susah lagi payah.Ia jauh beza dengan ketika hidup bujangan dulu.
Hari ini,setelah masuk tahun ke-12 berumah tangga,barulah saya dapat rasa relevannya peribahasa orang tua-tua kita.Rupanya dengan berjauhan,barulah kita mengenal erti rindu-rinduan,sayang-sayangan,dan susah payahan.Itu pun isteri saya pergi bukannya lama-3 hari saja!

KISAH SEPASANG PENGANTIN SYURGA

Seorang gadis yang terlalu istimewa,cantik paras rupanya,mulia akhlaknya,terjaga maruahnya oleh iman dan takwa kepada Allah SWT,mempunyai nasab yang paling bersih,suci dan tinggi kedudukannya di mata manusia dan di sisi Tuhannya.Anak perempuan seorang Nabi yang terpuji,dididik di bawah bimbingan wahyu Ilahi,hidup dalam naungan kasih sayang orang-orang beriman.Dialah Fatimah al-Zahra',puteri Rasulullah SAW,wanita yang paling dikasihi dan dilindungi.Tahukah anda apakah persediaan majlis kahwin Fatimah al-Zahra' dengan Saidina Ali bin Abu Talib?

*Alat menggiling gandum
*Alat penumbuk
*Kulit yang disamak
*Bantal yang berisi daun-daun kering dan biji kurma
*Sebuah bekas air
*Sebiji pinggan

Abu Bakar menangis ketika melihat keadaan persediaan perkahwinan puteri Rasulullah SAW itu.Beliau bertanya:"Ini sajakah bekalan untuk Fatimah? Nabi SAW bersabda: "Wahai Abu Bakar ini semua sudah cukup banyak untuk orang yang masih hidup di dunia."
Wahai pengantin yang paling agung,kemuliaan itu terletak pada hati yang beriman dan amal yang soleh.Bukan banyaknya harta dan kemewahan,keturunan atau pangkat dan jawatan.Secantik-cantik pengantin adalah sepasang hamba Allah yang tunduk dan taat hanya kepada-Nya.

ADAB MELAYANI SUAMI

Suami tak lekat di rumah,ada perempuan lain,tidak dihargai serta tidak dipedulikan adalah sebahagian daripada rungutan isteri terhadap suami mereka.Kecewa,sedih semuanya diluahkan oleh pihak isteri malang ini.

Namun janganlah terus menyalahkan suami bila mereka bersikap menyakitkan hati.Mungkin ada perkara yang anda lakukan tidak memuaskan hatinya.Sebagai permulaan perhatikan layanan anda terhadap suami.Betulkah caranya?

Melayan suami ada cara-cara dan adabnya,sekiranya anda melakukannya dengan tepat,tiada alasan untuk suami membuat perangai.

Namun begitu sebagai isteri tahukah anda akan cara terbaik dan adab dalam melayani suami?Jika belum mengetahui dan memahaminya,panduan berikut mungkin boleh membantu.

1.Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya.Jangan suka menyampuk dan memotong percakapannya.Apabila bercakap dengan suami pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukannya menengking.

2.Ada kalanya suami suka mengusik isterinya,Bila apa yang dilakukan menyentuh perasaan,janganlah cepat merajuk.Merajuk mmenunjukkan sikap kita tidak matang dan keanak-anakan,sebaliknya bersikap sporting dan tertawalah dengan usikannya.

3.Sekiranya suami marah,seeloknya isteri mendiamkan diri.Jangan amalkan sikap suka menjawab.Sikap sebegini hanya akan menambahkan lagi kemarahan suami.Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak bertegur sapa dengan anda sebagai hukuman atas kedegilan anda sebagai isteri.

4.Sekiranya suami pulang sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan segeralah meminta maaf.Tidak perlulah menunggu suami melutut di depan anda kerana lelaki punya egonya yang tersendiri.

5.Jika suami berhajat sesuatu,hendaklah isteri cepat bertindak.Bangun segera jika disuruh dan janganlah mmelengah-lengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan.Jangan sesekali mengambil sikap acuh tak acuh kemahuan suami kerana ia memberi gambaran bahawa anda tidak lagi taat kepadanya.

6.Bila kehendak suami dan anak-anak bertembung,dahulukan kehendak suami begitu juga dengan kehendak ibu dan bapa.Melayani suami memberi satu pahala yang cukup besar buat seorang isteri.

7.Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah.Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami senang memandang dan bergurau senda dengannya.Ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah SWT.

8.Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami dan bukan mengikut selera isteri.Kalau suami suka makan kari janganlah kita menghidangkan ikan masak asam pedas untuk santapannya.Suami akan gembira sekiranya seleranya ditepati.Selain itu pepatah inggeris ada menyebut,'a way to win a men hearts is through ist stomach'.

9.Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahupun wang yang diberikan.Jangan amalkan sikap guna dulu beritahu kemudian.

10.Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit.Jangan biarkan suami terus memakai baju yang terkoyak kerana ia akan memberi petanda anda bukan isteri yang pandai mengurus suami.Selain itu jahitlah dengan cantik dan kemas kerana ia juga melambangkan peribadi anda.Semua suami akan berasa bangga kalau pakaiannya dijahit sendiri oleh isterinya.

11.Bila misai atau janggut suami kelihatan panjang,segeralah memotongnya,paling tidak ketiplah kuku suami.Pilihlah hari yang terbaik iaitu hari Isnin,Khamis dan Jumaat.

12.Janganlah membuat perkara yang boleh membebankan atau menyusahkan hati suami antaranya seperti menambah hutang di kedai perabot ataupun bergaduh dengan jiran.Sebaliknya lakukan sesuatu yang boleh menenangkan hati suami seperti menjaga anak dan rumah tangga dengan baik dan teratur.

13.Hargailah pemberian suami walaupun ia cuma hadiah yang kecil.Jangan menyepahkan barang yang telah diberikan olehnya kerana ia boleh membuat suami berkecil hati.Meskipun anda tidak menyukai apa yang diberikan terima dan simpanlah sebaik mungkin.Setiap pemberian itu ada nilainya yang tersendiri.

14.Sentiasa sediakan barang-barang keperluan suami di dalam poket baju atau seluarnya seperti sikat dan sapu tangan.Tidak menjadi kesalahan seandainya suami menolak persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah apa yang dirasakan perlu buat suami.

15.Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja.Walaupun anda juga kepenatan bekerja,tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman.Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.

16.Air minuman suami hendaklah sentiasa disiapkan walaupun sekadar air sejuk.Jangan tunggu suami minta,sebaiknya hidangkan terus buat suami sebaik dia pulang ke rumah.Lebih elok sediakan air kegemarannya seperti kopi tongkat ali ataupun teh.

RENUNGAN KITA BERSAMA

Rasulullah s.a.w. ada bersabda,katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat.Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari sebelah kiri.Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan,"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.Malaikat yang di sebelah kiri bertanya lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan,apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan,"Biarkannya,sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala.Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya,kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas,hanya hambanya sahaja yang lalai dan leka dengan keseronokan serta kemewahan dunia.

Menguasai Suami Dengan Tangisan

Menangis merupakan ekspresi manusia yang bersumber dari gerak hati dan perasaan.Walaupun ramai isteri yang pandai berpura-pura untuk memanipulasi simpati suaminya demi maksud dan tujuan tertentu,tetapi perlu diakui bahawa tangisan adalah terapi yang paling baik untuk menginsafi diri.

Sebagaimana yang tertulis di dalam al-Quran yang bermaksud: "Maha Suci Tuhan kami,Sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi.Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.(Surah al-Isra' ayat:108-109).Untuk itu,cubalah kenali diri anda dengan gaya tangisan anda.

1.Tangisan materialistik.

Ada yang menangis disebabkan hal-hal yang remeh,suami tidak membelikan barang yang diminta atau tidak mahu menggantikan perabot baru,rumah atau kereta yang diminati dan pelbagai permintaan lain.
Kemudian hati berbisik dan menghasut kononnya suami tidak cinta atau ada perempuan lain atau tidak menghargai isteri atau lebih menyayangi ibunya serta lain-lain hasutan syaitan yang didengar dan ditaati.
Dalam hal ini Rasulullah S.A.W menyatakan nasib wanita yang tidak mensyukuri jasa suaminya.Dalam sabda baginda yang bermaksud: "Aku melihat ke dalam syurga,kebanyakan penghuninya daripada golongan fakir.Aku melihat ke dalam neraka,ramai penghuninya daripada golongan wanita kerana mereka tidak mensyukuri kebaikan suaminya." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2.Tangisan pesimistik

Mereka ini menangis kerana gagal dalam bercinta,berumah tangga,berkarier,berniaga,bergelut dengan ujian dunia yang menyempitkan dada.Ramai yang menangis kerana terlalu risaukan dunianya tetapi sedikit yang menangis kerana takutkan nasibnya di akhirat.
Apabila Umar bin Khattab mendapat musibah beliau berkata: "Aku bersyukur kerana musibah ini tidak sesekali merosakkan agamaku dan akhiratku."
Padahal ujian di akhirat lebih seksa lagi,sebagaimana disebutkan di dalam sabda baginda S.A.W yang bermaksud: "Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah telapak kakinya dua buah bara api neraka sehingga mendidih otak kepalanya.Dia tidak sangka ada orang lain yang lebih dasyat seksaan daripadanya padahal dialah orang yang mendapat seksaan paling ringan." (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

3.Tangisan Ego

Pernahkan anda melihat seseorang yang menangis sambil menjerit histeria,mencaci-maki,menghentak-hentak kaki,mengancam dan mengugut untuk menunjukkan bahawa dirinya saja yang benar.Jika isteri terlalu cemburu,perkara sebegini sering terjadi.
Suami yang sudah terbiasa dengan perangai isteri yang menyebalkan ini terpaksa menghindari bersemuka dengannya apabila terjadi konflik.Perkara sebegini tidak akan ada jalan keluarnya kerana kedua-duanya tidak pandai mengawal keadaan,bertenang dengan kepala dingin sambil berbincang.Bagaimana mungkin masalah boleh selesai dengan menjerit-jerit bagai terkena rasukan jin?

4.Tangisan manja

Tangisan yang menunjukkan kelemahan isteri yang tidak matang,mahu mendapat perhatian suami dan ia salah satu cara meraih simpati.Ada yang suka bila isteri bermanja,tapi suami pun rimas jika sikap ini tak berubah walaupun telah beranak pinak.Bagaimana hendak dibawa berjuang jika isteri terlalu bergantung dengan suami,bermanja-manja sehingga tidak boleh dibawa hidup susah.

5.Tangisan keinsafan

Ia adalah tangisan apabila seorang isteri berdiri untuk bersembahyang,berdoa dan bertafakur mengingati nikmat Allah sambil menghitung dosa dan kejahatannya.Dosa kepada suami,anak-anak,kedua orang tua dan kepada insan-insan lain yang pernah bergaul dengannya.
Kemudian dia mengingati akhirat dan membayangkan dibicarakan di mahkamah Allah,disoal tentang amanah yang dipikulkan di bahunya.Amanah tentang harta,keluarga,ilmu,umur,kesihatan dan masa mudanya,kemudian melelehlah air mata keinsafan kerana takut kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Seseorang yang menangis kerana takut pada Allah S.W.T tidak akan masuk neraka sehingga air susu kembali ke putingnya.Tidak akan dapat berkumpul debu yang melekat kerana berjuang di jalan Allah dengan asap neraka jahanam." (Hadis hasan sahih riwayat Al-Tirmizi)
Sesungguhnya satu titis air mata kerana takut kepada Allah lebih berharga daripada dunia dan segala isinya.Apabila isteri solehah menyimpan air mata dukanya di siang hari kerana keletihan menjaga rumah tangga dan mengeluarkan air matanya di malam hari saat bermunajat kepada Allah,maka akan turunlah rahmat di hati wanita ini sehingga dia dicintai suami,anak-anak serta manusia yang mengenalinya.

Tangani Anak Nakal Menerusi Doa

Anak adalah anugerah kepada setiap ibu bapa.Walau senakal mana pun mereka,pasti ada cara yang sesuai bagi mendidik dan menangani tahap kenakalan bagi setiap tahap umur.

Dalam islam sendiri menggariskan langkah-langkah yang sesuai untuk menangani golongan ini.Paling utama ialah doa yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia ke arah mewujudkan baiti jannati.
Sebagai ibubapa,kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak dan tidak mengatakan perkara yang buruk-buruk kerana kata-kata seseorang ibu adalah doa.Perkataan seperti 'bodoh','malas','bangang','tak reti diajar' hanya akan membuatkan seorang kanak-kanak itu memberontak,seterusnya langsung mengingkari setiap arahan dari ibu bapa.

TIP

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan seperti berikut.Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1.Selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2.Banyak bersabar dan yang utama,jangan cepat melenting jika anak melakukan sesuatu yang di luar dugaan.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3.Banyakkan berdoa kepada Allah dan minta dilembutkan hati anak-anak.

4.Bila bangun pagi,peluk anak sebanyak tiga kali,usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati(bergantung pada niat kita untuk di anak).

5.Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,"Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya)."Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

6.Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran,baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 daripada surah as-Syura bermaksud"Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya;Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki,dan Dialah Yang Maha Kuat,Lagi Maha Kuasa"Sebaik-baiknya dibaca selepas Subuh,baca pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

7.Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:"Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya."
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir'Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman'berulang-ulang.Semua ini Insya-Allah adalah da pelembut hati.Begitu juga,Surah Toha ayat 1hingga 8,surah ar-reahman ayat 1 hingga 4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

8.Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik,amalkan ayat 38 daripada Surah Ali Imran iaitu doa Nabi Zakaria yang bermaksud,"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya,katanya:Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik;sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima)doa permohonan."

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.Sebaik-baiknya setiap malam ketika anak dalam keadaan baru hendak tidur,ketika ini otak mereka sedang berehat dan lebih cepat mendengar kata.

10.Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74 daripada Surah al-Furqan yang bermaksud,"Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata:Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu)bertakwa."
Amalkan juga ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud,"Wahai Tuhanku!Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang,dan zurait keturunanku.Wahai Tuhan kami,perkenankan doaku."
Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak.Doa itu senjata ornag mukmin.

Resepi Bahagia Dalam Hidup

Kisah ini ringkas tetapi menarik dan penuh pengajaran...

Pada suatu hari seekor keldai milik seorang petani jatuh ke dalam perigi.Haiwan itu menangis dengan keadaan yang memilukan selama berjam-jam,sementara si petani memikirkan apa yang harus dilakukannya.
Akhirnya,petani itu memutuskan bahawa haiwan itu sudah tua dan perigi juga perlu ditimbus(kerana berbahaya);jadi tidaklah berguna untuk menolng sang keldai.Dia mengajak jiran tetangganya untuk datang membantunya.Mereka mmembawa peralatan dan mulai menimbus tanah ke dalam perigi.
Pada mulanya,ketika sang keldai menyedari apa yang sedang terjadi,ia menangis penuh kengerian.Tetapi kemudian,semua orang takjub,sang keldai menjadi diam.Setelah beberapa serkup tanah lagi dituangkan ke dalam perigi,si petani melihat ke dalam perigi dan tercengang melihat apa yang berlaku.
Walaupun punggung keldai itu terus ditimpa olah tanah-tanah dan kotoran,sang keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan.Sang keldai menggoncang-gonggcangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya turun ke bawah,lalu di menaiki tanah itu.
Sementara jiran tetangga si petani terus menuangkan tanah dan kotoran ke atas belakang haiwan itu,sang keldai terus juga menggongcangkan badannya dan melangkah naik.Tidak lama kemudian,semua orang terpesona ketika sang keldai meloncat keluar dari perigi dan melarikan diri!
Kisah ini mengumpamakan bahawa kehidupan terus sahaja menuangkan tanah dan kotoran kepada kita,segala macam tanah dan kotoran.Cara untuk keluar dari 'perigi'(kesedihan,masalah,dan sebagainya)adalah dengan menggoncangkan segala tanah dan kotoran dari diri kita(fikiran dan hati kita)dan melangkah naik dari 'perigi'dengan menggunakan hal-hal tersebut sebagai pijakan.
Setiap mmasalah kita merupakan satu batu pijakan untuk melangkah.Kita dapat keluar dari 'perigi' yang terdalam dengan terus berjuang,jangan pernah menyerah!Gongcangkanlah perkara negatif yang menimpa dan melangkahlah naik! Ingatlah perkara yang boleh diamalkan untuk memperoleh kebahagiaan:

1.Bebaskan diri anda daripada kebencian.
2.Bebaskanlah fikiran anda daripada kecemasan.
3.Hiduplah sederhana
4.Berilah lebih banyak
5.Berharaplah lebih sedikit
6.Tersenyumlah

Entah ini adalah waktu kita yang terbaik atau waktu kita yang terburuk,inilah satu-satunya waktu yang kita miliki saat ini! Tangan dihulur,budi ditabur,bakti disubur....

Selalulah bermuhasabah diri

Berikut adalah tanda-tanda atau alamat seseorang yang akan mati dalam keadaan Husnulghathimah yakni dalam pengakhiran yang baik.

1.Sempat mengucap dua kalimah syahadah.
2.Berpeluh di dahi.
3.Mati pada malam atau hari Jumaat.
4.Mati di medan perang kerana membela agama Allah.
5.Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
*Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya di syurga(kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
*Diselamatkan dari seksa kubur.
*Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dasyat.
*Diperhiasi dengan iman.
*Dikahwinkan dengan ramai bidadari.
*Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya.
9.Mati kerana melahirkan anak.
10.Mati kerana taun.
11.Mati akibat sakit perut.
12.Mati tenggelam dan tertimbus oleh bangunan.
13.Mati terbakar.
14.Mati dalam nifas.
15.Mati kerana sakit TB.
13.Mati akibat luka pernag di jalan Allah.
14.Mati mempertahankan harta.
15.Mati mempertahankan diri.
16.Mati dalam bersiap-siap untuk berperang ke jalan Allah.
17.Mati ketika sedang beramal soleh.
17.Maka bagi siapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara.

*Menjaga sembahyang 5 waktu.
*Bayak bersedekah.
*Banyak membaca Al-Quran.
*Banyak bertasbih.

Dan hendaklah ia:
*Meninggalkan dusta
*Meninggalkan sifat khianat.
*Meninggalkan sifat mengadu-domba.
*Menjaga kencing.

Faktor-faktor Penguat Ingatan

1.Menjauhi maksiat.
2.Bersungguh-sungguh dan istiqamah.
3.Sedikit makan dan minum.
4.Memperbanyakkan ibadat sunat seperti Solat Tahajjud,berpuasa dan lain-lain.
5.Selalu membaca Al-Quran.
6.Membaca doa ketika membaca buku.
7.Membaca doa selepas solat lima waktu.
8.Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi s.a.w.
9.Minum madu di waktu pagi.
10.Makan biji kismis (merah) setiap hari sebelum sarapan.
11.Minum susu segar.
12.Tidak berbual kosong.
13.Sentiasa bergaul dengan orang yang soleh dan alim.
14.Makan buah badam.
15.Minum air zam-zam.
16.Mengamalkan makanatau minum halia.

Faktor-Faktor Lupa

1.Melakukan maksiat dan banyak dosa.
2.Selalu bersedih dan runsing.
3.Makan daun ketumbar.
4.Makan buah atau makanan yang masam.
5.Melihat kepada yang kena sula.
6.Membaca tulisan terdapat di papan/batu nisan kubur.
7.Berjalan di antara unta-unta yang dirantai.
8.Membuang serangga "Tuma" yang masih hidup ke tanah.
9.Berbekam di lubang tengkuk.
10.Melihat kemaluan orang lain.
11.Makan makanan dari sisa semut dan tikus.
12.Makan kepala ikan.
13.Makan makanan yang telah basi.
14.Onani
15.Makan organ dalam binatang seperti hati,limpa,jantung,paru,perutdan sebagainya.
16.Membiasakan diri makan berlebihan.
17.Minum air antara suapan makan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Album Saye..

My Princess

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEDAI ANEKA ADLINQISADAM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.