Followers

Menguasai Suami Dengan Tangisan

Menangis merupakan ekspresi manusia yang bersumber dari gerak hati dan perasaan.Walaupun ramai isteri yang pandai berpura-pura untuk memanipulasi simpati suaminya demi maksud dan tujuan tertentu,tetapi perlu diakui bahawa tangisan adalah terapi yang paling baik untuk menginsafi diri.

Sebagaimana yang tertulis di dalam al-Quran yang bermaksud: "Maha Suci Tuhan kami,Sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi.Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.(Surah al-Isra' ayat:108-109).Untuk itu,cubalah kenali diri anda dengan gaya tangisan anda.

1.Tangisan materialistik.

Ada yang menangis disebabkan hal-hal yang remeh,suami tidak membelikan barang yang diminta atau tidak mahu menggantikan perabot baru,rumah atau kereta yang diminati dan pelbagai permintaan lain.
Kemudian hati berbisik dan menghasut kononnya suami tidak cinta atau ada perempuan lain atau tidak menghargai isteri atau lebih menyayangi ibunya serta lain-lain hasutan syaitan yang didengar dan ditaati.
Dalam hal ini Rasulullah S.A.W menyatakan nasib wanita yang tidak mensyukuri jasa suaminya.Dalam sabda baginda yang bermaksud: "Aku melihat ke dalam syurga,kebanyakan penghuninya daripada golongan fakir.Aku melihat ke dalam neraka,ramai penghuninya daripada golongan wanita kerana mereka tidak mensyukuri kebaikan suaminya." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2.Tangisan pesimistik

Mereka ini menangis kerana gagal dalam bercinta,berumah tangga,berkarier,berniaga,bergelut dengan ujian dunia yang menyempitkan dada.Ramai yang menangis kerana terlalu risaukan dunianya tetapi sedikit yang menangis kerana takutkan nasibnya di akhirat.
Apabila Umar bin Khattab mendapat musibah beliau berkata: "Aku bersyukur kerana musibah ini tidak sesekali merosakkan agamaku dan akhiratku."
Padahal ujian di akhirat lebih seksa lagi,sebagaimana disebutkan di dalam sabda baginda S.A.W yang bermaksud: "Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah telapak kakinya dua buah bara api neraka sehingga mendidih otak kepalanya.Dia tidak sangka ada orang lain yang lebih dasyat seksaan daripadanya padahal dialah orang yang mendapat seksaan paling ringan." (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

3.Tangisan Ego

Pernahkan anda melihat seseorang yang menangis sambil menjerit histeria,mencaci-maki,menghentak-hentak kaki,mengancam dan mengugut untuk menunjukkan bahawa dirinya saja yang benar.Jika isteri terlalu cemburu,perkara sebegini sering terjadi.
Suami yang sudah terbiasa dengan perangai isteri yang menyebalkan ini terpaksa menghindari bersemuka dengannya apabila terjadi konflik.Perkara sebegini tidak akan ada jalan keluarnya kerana kedua-duanya tidak pandai mengawal keadaan,bertenang dengan kepala dingin sambil berbincang.Bagaimana mungkin masalah boleh selesai dengan menjerit-jerit bagai terkena rasukan jin?

4.Tangisan manja

Tangisan yang menunjukkan kelemahan isteri yang tidak matang,mahu mendapat perhatian suami dan ia salah satu cara meraih simpati.Ada yang suka bila isteri bermanja,tapi suami pun rimas jika sikap ini tak berubah walaupun telah beranak pinak.Bagaimana hendak dibawa berjuang jika isteri terlalu bergantung dengan suami,bermanja-manja sehingga tidak boleh dibawa hidup susah.

5.Tangisan keinsafan

Ia adalah tangisan apabila seorang isteri berdiri untuk bersembahyang,berdoa dan bertafakur mengingati nikmat Allah sambil menghitung dosa dan kejahatannya.Dosa kepada suami,anak-anak,kedua orang tua dan kepada insan-insan lain yang pernah bergaul dengannya.
Kemudian dia mengingati akhirat dan membayangkan dibicarakan di mahkamah Allah,disoal tentang amanah yang dipikulkan di bahunya.Amanah tentang harta,keluarga,ilmu,umur,kesihatan dan masa mudanya,kemudian melelehlah air mata keinsafan kerana takut kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Seseorang yang menangis kerana takut pada Allah S.W.T tidak akan masuk neraka sehingga air susu kembali ke putingnya.Tidak akan dapat berkumpul debu yang melekat kerana berjuang di jalan Allah dengan asap neraka jahanam." (Hadis hasan sahih riwayat Al-Tirmizi)
Sesungguhnya satu titis air mata kerana takut kepada Allah lebih berharga daripada dunia dan segala isinya.Apabila isteri solehah menyimpan air mata dukanya di siang hari kerana keletihan menjaga rumah tangga dan mengeluarkan air matanya di malam hari saat bermunajat kepada Allah,maka akan turunlah rahmat di hati wanita ini sehingga dia dicintai suami,anak-anak serta manusia yang mengenalinya.

2 ulasan:

Unknown berkata...

menarik... menarik sekali.

suami kakchik, menangis ni bukan senjata yang baik untuk menarik perhatian dia, tak menjadinya.

lebih baik cakap lembut-lembut dan minta duduk berbincang.

tapi lumrah wanita memang mudah menangis kan.

Mr_aMAd berkata...

em..ni untuk orang dah kawen..
bagaimana pu;a dengan orang perempuan yang belum kawen menggunakan air mata untuk melemahkan lelaki?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Album Saye..

My Princess

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEDAI ANEKA ADLINQISADAM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.