Followers

SATU KISAH CINTA BIASA...

Menarik untuk dikongsi bersama...


Suami saya adalah seorang jurutera,saya mencintai sifatnya yang semula jadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.
Tiga tahun dalam masa perkenalan dan dua tahun dalam masa pernikahan,saya harus akui,bahawa saya mulai merasa letih..lelah,alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.
Tetapi,semua itu tidak pernah saya peroleh.Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.Rasa sensitifnya kurang dan ketidak mampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.Suatu hari,saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya,bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih,Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya,nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu,padahal tidak.Kekecewaan saya semakin bertambah,seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya,apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?Dan akhirnya dia bertanya."Apa yang abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada satu soalan,kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti,Siti akan mengubah fikiran Siti.Seandainya,Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu,Abang akan mati.Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?".
Dia termenung dan akhirnya berkata,"Abang akan memberikan jawapanya esok.".Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Jawapan
Keesokan paginya,dia tidak ada di rumah,dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang tertera...
"Sayangku,Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu,tetapi izinkan abang untuk menjelaskan alasannya."Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya.Namun,saya masih terus ingin membacanya."Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor,Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar,dan Abang harus memberikan kaki abang supaya boleh menendang pintu,dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi,Abang harus mencari Siti dari lot kedai ke satu lot kedai lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal bandan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan,dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah,dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'.Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer,membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti,Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti,abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan abang akan memegang tangan Siti,membimbing menelusuri pantai,menikmati matahari pagi dan pasir yang indah.Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku,Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati.Kerana,Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku,Abang tahu,ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

Bukti sayang

"Untuk itu sayang,jika semua yang telah diberikan oleh tangan,kaki,mata Abang tidak cukup bagi Siti.Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan,kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Air mata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur,tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang,Siti telah selesai membaca jawapan Abang.Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini,dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini,tolong bukakan pintu rumah kita,Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
"Tetapi,jika Siti tidak puas hati,sayangku..biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang,dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu.Percayalah,bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun.Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat.Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu,tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.Itulah cinta,disaat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan'yang kita inginkan,maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis Laknatullah

Soalan Nabi s.a.w "Siapa yang mencahayakan muka engkau ?"

Jawab Iblis " Orang yang berdosa,bersumpah bohong,saksi palsu,pemungkir janji."

Soalan Nabi s.a.w " Apakah rahsia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis " Jika seseorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan,maka hamba gosok-gosokkan NAJISNYA sendiri ke badannya tanpa dia sedari."

Soalan Nabi s.a.w "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan maka larilah hamba dari mereka.Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya,dan bercamprulah benih hamba dengan benih isterinya.Jika menjadi anak maka anak itu gemar kepada pekerjaan maksiat,malas pada kebaikan,durhaka.Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri.Begitu jika mereka makan tanpa membaca Bismillah,hamba yang dahulu makan daripadanya.Walaupun mereka makan,tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi s.a.w "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"

Jawab Iblis "Jika dia berbuat dosa,maka dia kembali bertaubat kepada Allah,menangis kesal akan perbuatannya.Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang,maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"

Jawab Iblis "Lelaki dan perempuan! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari.Di situlah hamba mengecilkan diri,bersarang,begantung,berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi s.a.w "Hai iblis! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau?"

Jawab Iblis " Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda,maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu,hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati.Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus denagn pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.Manakala di pandang di depannya,hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya,lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syhawatnya.Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya,nescaya tidak terpeliharalah farajnya(kemaluannya).Sesiapa yan tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya."

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis!Dimana tempat engkau diam?"

Jawab Iblis "Iaitu pada rumah-rumah berhala pada batu,kayu dan sebagainya.Apabila mereka menyembah selain daripada Allah,maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik.Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk kerumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan betapa tipisnya iman mereka."

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis! Siapakah yang menyokong engkau?"

Jawab Iblis "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Allah! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat,maka betapa sukanya hamba,tiba-tiba mereka mengucap LaIllahaillallah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannya itu".
"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba,kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis syaitan."

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku,kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini.Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman,dari gelap-gelita kepada terang-benderang "Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya "Ya Rabbi,demi kemuliaan Engkau,sentiasalah hamba akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagaa-bagai jalan maksiat.Selama ada nyawa di dalam batang tubuh mereka itu,hamba akan jadikan pemuda-pemudi bercampur berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya."

Maka firman Allah SWT :

"Hai Malaun(yang dilaknat-Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampun dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku."

Maka kata Iblis "Ya Rasullullah! Bahawasanya hamba sangat hairan melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.

1.Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat.
2.Mereka sangat marah kepada hamba tapi mereka itu mengikut hasutanku.

Maka datang firman Allah "Hai Malaun!Demi kemulianKu dan kebesaranKu,Aku anugerahkan atas umat Muhammad 2 kebahagiaan;
Kasih mereka kepadaKu,Aku jadikah kaffah(penebus dosa)bagi maksiat mereka kerana perdayaan mereka marah mereka kepada engkau (IBLIS)Aku jadikan kaffah(penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu".

Setelah itu Rasullullah SAW pun menghalau Iblis.Iblis pergi dengan hati yang sangat dukacita kerana tipu dayanya telah diketahui oleh umat Muhammad SAW.

Rasullulah s.a.w bersabda :
"Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat"

Mengenali Suami Yang Bermain Kayu Tiga

Suami anda ada perempuan lain? Pasti? Kadangkala terdengar jiran-jiran atau kawan-kawan menceritakan kepada anda,"Farah minggu lepas aku nampak suami awak berkepit dengan perempuan lain."
Apa reaksi anda sebagai seorang isteri.Mungkin ramai daripada kita hanya memekakkan telinga dan menyangka orang-orang yang berkata seperti itu dengki melihat rumahtangga anda.Ingin tahu beberapa tip yang boleh dijadikan panduan.Caranya agak mudah,terdapat beberapa tanda yang suami anda sedang bermain kayu tiga.Ikutilah tip dibawah.Data yang dihimpunkan oleh universiti Chicago cukup mengerikan!70 peratus lelaki pernah bermain kayu tiga denagn isteri atau kekasih mereka sedangkan wanita pula 30 peratus.
Jumlah ini merupakan kenaikan yang cukuo drastik jika dibandngkan dengan kajian pada tahun 1990,di Amerika.Data pada tahun tersebut menunjukkna jumlah lelaki hanya 37 peratus dan perempuan 29 peratus.Di Malaysia,jangan tanya,tak ada data.Mungkin kerana perkara berkaitan dengan ini merupakan satu tabu dalam masyarakat kita.Tapi tak harus dilupakan kita juga perlu mempelajari ilmu'menilik'.Maksudnya ialah ilmu mengenalpasti tanda-tanda suami anda sedang bermain kayu tiga.Hebatnya suami kini lebih mahir menutup 'kecurangannya'.

TANDA-TANDA

1.Siapa yang tak suka diperlakuakn seperti sang Puteri? Jika melayan anda seperti seorang puteri raja bukan kebiasaannya,maka mungkin dia sedang memasang kuda-kuda.Hati-hati dengan perlakuan yang sangat manis,memberi hadiah yang cukup mahal dan istimewa,membawa anda makan ke restoran lima bintang untuk merayakan ulang tahun hari lahir sedangkan dia tak punya budget untuk itu semua.

2.Setelah beberapa tahun menikah,tentu anda dan pasangan sudah memiliki pola kehidupan seks yang rutin.Jika pola itu tiba-tiba berubah menjadi lebih intensif (lebih kerap contohnya),maka anda perlu berasa sedikit curiga.Ketika pasangan anda 'meminta' lebih kerap,maka mungkin dia ingin melampiaskan ghairahnya yang sedang tinggi.Pasangan yang 'bermain kayu tiga'kerapkali ingin melepaskan rasa 'geram' (dengan pelukan dan ciuman) bersama wanita yang dianggapnya akan beri rasa aman.Nah wanita itu tak lain tak bukan adalah pasangan hidupnya yang rasmi.Tentang gaya sewaktu berasmara pula sekiranya dia mula mengubah 'cara-cara yang baru'.Hal ini sekiranya dia ingin menghembuskan variasi baru dalam kehidupan seks anda berdua.tapi anda perlu selidik,dari mana dia mendapat gaya tersebut? Syukurlah kalau dari bahan pembacaannya...

3.Kedengarannya klasik: pulang terlambat,makan di luar,kerana ada mesyuarat dengan klien atau mengerjakan pekerjaan pejabat yang terlambak.Sesekali,alasan itu boleh dipercaya.tetapi jika sudah terlalu sering,anda patut menyiasat kebenaran cerita-cerita tersebut.Misalnya dengan menghantarkan makanan malam ke pejabatnya secara tiba-tiba,atau menjemputnya dari tempat mesyuarat,dengan alasan anda kebetulan lalu di tempat itu.

Tetapi jangan pula anda terus menuduh yang bukan-bukan..Perlulah selidik terlebih dahulu.Bukan tiada kepercayaan kepada pasangan,tetapi sekadar berhati-hati dan menjaga keharmonian rumahtangga agar pasangan yang melakukan kesilapan tidak terus hanyut.Memang kita selalu dengar suami atau kekasih amat tidak suak seandainya pasangannya mencurigai dirinya.Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna..Seringkali melakukan kesilapan..Kadangkala mereka mencipta alasan dari kesilapan dan kelamahan pasangan untuk 'bermain kayu tiga'.

Bukan tak boleh manja...Tapi biar berpada...

Setuju tak kalau saya kata,orang lelaki manjanya mengalahkan anak-anak.Kalau dengan anak sekurang-kurangnya kita boleh marah.Suruh mereka buat sendiri.Dengan suami,jangan kata nak marah,nak tegur pun kena jaga-jaga.Takut suami kecil hati dan merajuk.Tak pasal-pasal dapat dosa kering.
Soal memanjakan suami memang tanggungjawab isteri.Suami mana yang tak suka kalau isteri manjakan dia.Sebut saja nak makan apa,bila balik dari pejabat nanti sudah terhidang di meja.kalau penat,isteri boleh tolong picit atau urut cakar harimau.Semua kerja rumah isteri bereskan.Suami balik kerja boleh rehatkan badan.
Berbanding dengan isteri,rasa macam tak pijak tanah sebab dikejar masa.Bagi isteri sepenuh masa di rumah,celik biji mata dah sibuk menguruskan suami,anak-anak dan kerja-kerja lain.kalau isteri itu bekerja,bertambah-tambah kalut menyediakan itu ini sebelum kepejabat.Walau ada pembantu rumah,tetap juga nak ambil tahu apa yang perlu.
Sebab itu jangan hairan kalau ada suami mati kutu kalau isteri tak ada.Jangan kata rumahtangga,diri sendirinya pun tak terurus.Dalam soal ini nak salahkan suami atau isteri? Ketika diajukan pertanyaan ini kepada seorang rakan,jawapannya baik suami atau isteri sama-sama bersalah!
Suami bersalah kerana asyik nak mengharapkan isteri melakukan semua perkara.Dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besarnya.Sikap ego suamilah yang menjadi batas penghalang untuknya ringan tangan membantu isteri di rumah.Dengan kuasa vetonya sebagai ketua keluarga,suami hanya tahu cakap tak tahu buat.
Isteri lagi bersalah.Sejak mula sudah memanjakan suami.Konon nak jadi isteri mithali dan tak mahu dituduh 'queen control'.Akibatnya,suami naik muka dan hanya mengharapkan isteri selama-lamanya.
Pengalaman seorang teman lain pula menceritakan bagaimana sakit jiwanya mempunyai suami manja.Katanya,suaminya memang tak pernah buat kerja rumah waima cuci cawan sebiji pun dia belum pernah lakukan.Ketika dia balik kampung kerana berpantang,habis semua pinggan mangkuk dalam almari berlonggok dalam singki.Sebab,suaminya gunakan pinggan mangkuk tapi tak cuci.
Apa pun, bukan semua suami bersikap begitu.Ada suami yang terlalu manjakan isteri sampaikan isteri tak payah buat satu kerjapun.Dari soal jaga anak hingga soal mengurus rumahtangga,semuanya suami yang buat.Isteri hanya perlu jaga badan dan layan suami sahaja! Cuma,berapa ramai suami begitu!
Soal manja dan memanjakan memang lumrah suami isteri.Bukan tak boleh manja tapi biar berpada.Suami isteri ibarat tangan kanan dan tangan kiri.Kalau patah salah satu,tentulah tak sempurna jadinya.Sebab itu mesti ada tolak ansur dan saling membantu.Suami kalau nak manja pun tengok tempatlah.Begitu juga isteri,kalau nak manjakan suami pun jangan sampai menyusahkan diri sendiri.

AGAR SUAMI TIDAK BERPALING TADAH PADA WANITA LAIN

Mempertahankan perkahwinan sama sukarnya dengan bertahan untuk hidup.Jangan yakin sebuah perkahwinan akan kekal hingga hayat memisahkan kedua-duanya.Tersadung dan kerikil tajam sentiasa menghalang kelancaran sebuah perkahwinan.Sebelum bencana tiba,tidak ada salahnya sebagai wanita melindungi perkahwinan agar tetap utuh.Tentukan agar suami tidak berpaling.Berikut adalah cara-cara yang harus diperhatikan oleh isteri-isteri;

1.PERHATIKAN KEPERLUAN DAN KESENANGAN SUAMI

Isteri harus tahu apa yang menjadi keperluan dan kesukaan suami.Jika suami memang sukakan wanita bertubuh langsing dan berpakaian kemas,isteri harus merawat tubuhnya dengan baik.Jangan mentang-mentang sudah bersuami dan ada anak,penampilan diri tidak dipedulikan lagi.Penampilan yang anggun bukan hanya nutuk suami tetapi untuk diri sendiri juga.

2.JANGAN MALU UCAPKAN 'I LOVE U'

Mungkin bagi mereka yang sudah bernikah beranggapan bahawa perkataan 'I LOVE U' sudah tidak layak lagi dan tidak sesuai diucapkan.Sedangkan sebenarnya itulah harus dilakukan kepada pasangan.Kata cinta itu harus mesti rajin diucapkan kerana perkataan tersebut menjadi pengikat sebuah perkahwinan.Apalagi bagi mereka yang sudah menjalani kehidupan rumah tangga lebih dari sepuluh tahun.Ucapan cinta padamu memberi kenyamanan tersendiri dalam sesebuah perkahwinan.

3.KEJUTAN DAN PERHATIAN

Lelaki suka sekali diberi perhatian dengan memberinya hadiah yang mengejutkan.Meskipun dalam bentuk kecil.Contohnya,mengajak suami makan di luar hanya berdua.Tidak perlu ke restoran mewah,asalkan lokasi dan makanan yang dipilih kegemaran suami,sudah memadai.

4.CIUMAN HANGAT

Mungkin kegiatan ini sering dilupakan oleh para isteri yakni memberi ciuman hangat kepada suami seperti yang mereka lakukan ketika baru-baru berumah tangga dulu.Umumnya mereka beranggapan bahawa hanya dengan hubungan seksual sudah cukup mencerminkan perasaan mereka kepada suami.Hubungan seksual dan ciuman khas untuk suami ada dua perkara berbeza.Melalui ciuman hangat yang penuh kasih sayang ini,akan mengembalikan rasa cinta yang semakin tidak dipedulikan.Ciuman akan menyatukan dua perasaan yang sebelum ini terasa berjauhan walaupun dekat.Inilah cara paling baik untuk mengeratkan kasih sayang suami isteri.

5.KENANG KISAH LAMA

Hanya dengan suami,pergi ke tempat di mana kenangan paling manis menyatukan anda.Ketika ini jangan fikirkan ada akan terbiar daripada perhatian anda.Lagipun aktiviti ini bukannya setiap hari dilakukan.Mengenang kisah manis nan lalu terutama saat sedang hangat bercinta atau ketika baru bernikah,sangat perlu anda lakukan.Motivasi seperti ini,boleh membangkitkan semula perasaan yang sempat hambar terhadap pasangan atau perkahwinan.Dan secara tidak langsung ia boleh menjaga keharmonian cinta suami isteri.

6.KOMUNIKASI DANKETERBUKAAN

Komunikasi dan keterbukaan sangat penting dalam keluarga.Hanya dengan komunikasi dan keterbukaan,kita boleh memahami apa sebenarnya diinginkan pasangan.Jika ada perkara yang terbuku di hatinya mengenai sikap atau perilaku anda,ada baiknya dibincangkan dari hati ke hati.Perkara itu jauh lebih baik daripada kita bertindak menggelabah,menyelidiki kegiatan suami tanpa alasan atau mudah mempercayai cakap-cakap orang.

7.MENJAGA PRIVACY SUAMI

Menjaga privacy suami sangat penting.Hendaknya para isteri lebih mempercayai pasangannya.Jangan cuba-cuba membuka beg duit suami atau membaca sms dalam telefon bimbit suami secara sembunyi-bunyi.Jika isteri melakukan perkara ini dan akhirnya di ketahui suami,harga diri suami bagaikan terinjak-injak kerana menandakan isteri tidak percaya kepada suami.Isteri harus belajar mempercayai suami.

8.TIDAK MEREMEHKAN EKSISTENSI SUAMI

Ramai isteri yang meremehkan kewujudan suaminya kerana gaji suami lebih rendah daripada dirinya atau kedudukannya lebih tinggi daripada kedudukan suami.Isteri mesti sedia menerima suami apa adanya.Bukankah komitmen awal sudah disepakati bersama? Jangan kerana pendapatan anda lebih tinggi daripada suami,anda memperlekehkan suami sehingga dia berasa dirinya tidak dihargai.

SIFAT MULIA DALAM RUMAHTANGGA

1.JUJUR

Sama ada kita suami atau isteri,jujur terhadap pasangan sangat penting.Elakkan diri daripada berprasangka buruk terhadap pasangan.Buang jauh-jauh sifat negatif itu dari diri.Apabila hati sudah bersih,kita pasti akan lebih sayang dan cinta padanya.

2.BERTANGGUNGJAWAB

Kedua-dua belah pihak mesti tahu tanggungjawab masing-masing setelah diijabkabulkan.Sekiranya suami dan isteri menjalankan tugas yang di amanahkan sebaiknya,pasti tidak akan berlaku pertelingkahan.Dalam sesebuah institusi keluarga,suamilah yang bertanggungjawab memastikan seluruh ahli keluarga dijaga dan dibimbing sebaiknya mengikut jalan diredai ALLAH.Bagi isteri dan anak-anak pula,mereka bertanggungjawab mengikuti segala tunjuk ajar dan perintah suami selagi tidak bertentangan dengan kehendak agama.

3.BERWAWASAN

Semua pasangan suami isteri haruslah berbincang untuk menetapkan matlamat atau arah tuju keluarga.Matlamatnya haruslah sama agar perjalanan hidup lebih terarah.Bagi orang islam sewajarnya mereka memegang satu wawasan iaitu mahukan hidup yang kekal dan bahagia di Syurga.Oleh itu,barulah kita akan memilih jalan yang lurus dan yang diredhai di dunia ini agar dapat mencapai wawasan ke Syurga untuk bertemu ALLAH S.W.T.

4.DISIPLIN

Untuk memastikan matlamat tercapai,suami isteri malah seisi keluarga haruslah berdisiplin melakukan setiap yang disuruh agama dan meninggalkan apa yang dilarang.Ketahuilah bahawa disiplin teras kejayaan sama ada di dunia mahupun akhirat.

5.BEKERJASAMA

Apa yang penting? Kerja sama.Sesuatu pekerjaan jika dilakukan bersama-sama,mesti akan jadi lebih mudah.Berat sama dipikul,ringan sama di jinjing.

6.ADIL

Tidak kira suami ataupun isteri,kita mestilah sentiasa bersikap adil kepada semua orang agar rumah tangga aman dan damai sepanjang masa.Walau bagaimanapun,kita perlulah memahami konsep adil itu sendiri sebelum melaksanakannya

7.PRIHATIN

Rajin-rajinlah mengambil tahu apa yang berlaku di dalam keluarga kita.Selalu bertanya apa yang telah dilakukan mereka setiap hari.Jika ada yang tidak kena,perbetulkan segera.Hal ini penting bagi mengelakkan ahli keluarga kita tersasar jauh dari jalan yang sepatutnya kita lalui.

10 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI

Berdasarkan konsep rezeki,Allah s.w.t telah membuka jalan yang seluas-luasnya untuk setiap hambanya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.Berikut adalah sepuluh amalan untuk dimurahkan rezeki.

1.Mengabdikan diri untuk beribadah
Allah s.w.t tidak mensia-siakan pengabdian hambanya seperti firmanNya. "Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk menyembahku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu."

2.Memperbanyakkan Istighfar
Sabda Nabi s.a.w,"Barangsiapa memperbanyakkan istighfar maka Allah S.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya,menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."

3.Sentiasa mengingati Allah
Firman Allah s.w.t,"Orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.

4.Mendoakan ibu dan bapa
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Mendoakan ibu dan bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki.Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya."

5.Menjalin silaturrahim
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya."

6.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.Lalu Rasulullah s.a.w bersabda,"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih(dari hadas)nescaya Allah akan memurahkan rezeki.

7.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah s.w.t membuka pintu rezeki seseorang itu.Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Zubair bin al-Awwam."Hai Zubair,ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,nescaya Allah membanyakkan baginya.Dan siapa yang menyedikitkan,nescaya Allah menyedikitkan baginya."

8.Mengamalkan solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia(aktiviti harian),juga mempunyai rahsia tersendiri.Firman Allah s.w.t'"Wahai anak Adam,jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha),nanti pasti akan aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."

9.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat Allah s.w.t.Melupainya adalah seperti kufur nikmat yang Allah berikan.Allah s.w.t berfirman,"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur ,nescaya Aku tambahi nikmatKu kepadamu,dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,sesungguhnya azabKu amat keras."

10.Bertawaka;l
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,nescaya kamu diberi rezeki seperti burung iaitu,pada pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.

TANDA-TANDA STRESS

Antara tanda seseorang itu mengalami tekanan perasaan :

1.Apabila seseorang itu sering berasa gementar,berpeluh,sakit kepala,bernafas laju,cepat letih,kerap buang air kecil dan besar,kurang selera makan dan juga mudah mendapat penyakit asma,sakit belakang dan juga masalah penghadaman.

2.Tanda-tanda seseorang mengalami stress juga boleh dikesan melalui psikologikal yang ditunjukkan seperti mudah berasa bimbang,keliru,kurang daya tumpuan,sukar kawal diri,sukar hendak tidur,perubahan emosi seperti sering berasa kecewa,mewujudkan permusuhan,rasa tidak berdaya,cepat marah dan lemah semangat.

3.Mengalami gangguan fikiran.Individu yang mengalami tekanan perasaan ini sukar untuk membuat keputusan,kurang berminat terhadap aktiviti-aktiviti harian yang sering dilakukan dan individu ini juga sering sahaja berfikiran negatif terhadap banyak perkara.

4.Bagi individu yang mengalami tekanan perasaan juga sering menunjukkannya melalui tingkah lakunya apabila melakukan sesuatu.Individu ini sering bercakap dengan kuat dan cepat,sentiasa menguap,suka menggigit jari,mengetap bibir,kerap menggerakkan jari,mudah berasa letih,terlalu bergantung kepada orang lain,bertindak secara tidak logik dan ada kalanya terlalu beremosi terhadap sesuatu perkara tersebut.

Dalam jangkamasa panjang,stress boleh memberi kesan yang teruk kepada diri kamu.Kamu perlu mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini,sekiranya tidak,ia akan memberi kesan kepada diri.Antara kesannya ialah;

1)MUDAH KELETIHAN DAN CEPAT PENAT
2)KEKECEWAAN
3)HILANG SEMANGAT (burn out)

RENUNGKAN SEJENAK.......

*Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.Dalam islam sendiri panggilan yang baik adalah digalakkan.

*Berikan anak anda pelukan setiap hari.Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekutan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

*Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang.Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.

*Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.Berilah pujian,pelukan,ciuman,hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

*Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan,mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

*Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga.Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar.

*Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak,janganlah mengeluh.Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

Ada makna tersirat di sebalik telinga,rambut,leher dan bahu....

KENALI PERSONALITI MELALUI BENTUK LEHER

Leher berfungsi menahan kepala daripada jatuh.Oleh itu,bentuk leher boleh menerangkan kita tentang usia,kekayaan dan kejayaan seseorang.Leher bulat menampakkan kekuatan otot-otot leher menunjukkan pemiliknya sihat,disukai ramai orang dan romantik.Manakala leher yang pendek dan tegap memberitahu kita empunya leher bertenaga,mempunyai kemahiran mengendalikan orang bawahan dengan baik,berjaya dalam perniagaan dan politik.Sekiranya leher itu kurus dan rata,ini menunjukkan sifat suka bergantung harap kepada orang lain.Leher yang panjang dan berisi pula pemiliknya seorang pelajar yang berbakat,sederhana dan mencintai seni.

KENALI PERSONALITI MELALUI JENIS RAMBUT

Rambut adalah mahkota setiap individu.Mahkota ini berbeza daripada individu ke seorang individu yang lain.Rambut yang nipis melambangkan pemiliknya yang bijaksana,kreatif dan romantik.Rambut kerinting pula menunjukkan orang itu sangat bijaksana,mudah berubah pendirian dan cepat naik angin.Rambut yang sangat lurus menerangkan empunya rambut yang penyayang dan cepat puas hati.Manakala rambut yang kasar menunjukkan orang itu bertindak mengikut perasaan bukan fikiran.Rambut yang nipis dan rata pula memberitahu orang itu suka dipuji kecantikannya.Jika dia memuji orang lain sebenarnya dia mahukan orang itu memuji dirinya.

KENALI PERSONALITI MELALUI TELINGA

Ada tiga kedudukan telinga yang jelas iaitu tinggi,tengah dan bawah.Kedudukan telinga yang lebih tinggi dari paras mata menunjukkan orang itu mencapai kejayaan yang awal pada usia muda.Kedudukan telinga di tengah paras mata memberitahu bahawa individu itu mencapai kejayaan pada usia 30-an.Berlainan pula jika kedudukan telinga itu di bawah paras mata menunjukkan kejayaan hanya dicapai pada usia 40-an.

KENALI PERSONALITI MELALUI BENTUK BAHU

Bahu digunakan unuk menggalas beg dan benda.Bahu juga menerangkan kita tentang kemampuan pemiliknya menggalas sendiri hidupnya.Bahu yang yang kurus sempit melambangkan orangnya yang kurang bertenaga,tidak banyak yang dicapai dalam hidupnya dan tidak aktif dalam sukan.Manakala bahu yang berlekuk menerangkan individu itu sentiasa sibuk dengan pelbagai kerja.Bahu yang terbaik ialah bahu yang bidang dan otot-otot bahunya kelihatan.Orang ini berjaya dalam pengurusan dan perniagaan,mampu menangani apa jua krisis serta masalah,berkeyakinan tinggi,suka membantu orang lain,peramah dan daya seks yang tinggi.Bahu yang kelihatan jatuh melambangkan kurang kekutan tetapi jika kelihatan otot-otot bahu,ini melambangkan orang itu atlet dan bertuah.

Rahsia Nama Bermula Dengan Huruf

A - Menggambarkan seseorang itu bijak.
B - Berpengaruh ke atas diri orang lain dan mengutamakan material.
C - Mudah terikut-ikut tapi jujur dalam persahabatan.
D - Kamu seorang yang gugup.
E - Kamu sebenarnya seorang yang suka cari pasal dengan orang lain.
F - Kamu pandai berdikari dan tidak suka cari pasal denagn orang lain.
G - Seorang yang rajin dan bekerja keras untuk hidup.
H - Mengutamakan keceriaan dan kegembiraan dalam hidup.
I - Sentiasa memerlukan perhatian orang lain.
J - Tak sukar berurusan dengan orang yang sempoi.
K - Kamu ni jenis yang lembut hati dan tak suka simpan demdam.
L - Sering menarik perhatian orang yang berlainan jantina.
M - Agak kaku tetapi mampu menjadi ketua yang baik.
N - Sanggup menghadapi apa jua rintangan dalam mengejar impian dan cita-cita.
O - Suka menyendiri.
Q - Tak suka dedahkan diri kepada orang lain dan lebih suka hidup misteri.
R - Kamu seorang yang kuat bekerja.
S - Berpendirian kukuh dan bersemangat.
T - Romantis orangnya.
U - Kamu seorang yang pendiam dan agak sukar bekomunikasi dengan kamu.
V - Kadangkala sikapnya sering disalah anggap.
W - Agak lambat bertindak tetapi tetap akan lakukannya.
X - Sabar,teliti dan tekun.
Y - Pintar dan mampu mempengaruhi orang lain.
Z - Sukar untuk dinilai perlakuan mereka.

Luahkan dengan warna bunga...



Bunga memang sinonim dengan simbol.Ia sebuah lambang dari kecantikan dan kasih sayang.Makna dari sekuntum,sejambang ataupun serangkaian bunga boleh diertikan lebih luas dari hanya sebuah cinta antara pasangan.Seringkali bunga dibeli seseorang bukan hanya menyatakan cinta dan kasih sayang,tetapi juga untuk permohonan maaf serta tanda simpati kepada seseorang.
Kebiasaannya memberi bunga untuk menyampaikan rasa dan ekspresi ini bukan hanya terjadi di negara barat saja,kerana di negara kita juga budaya ini telah menjadi satu tradisi dalam kebudayaan moden.Dalam hal yang berkaitan cinta dan kasih sayang,bungalah kuncinya.Walau demikian,sebenarnya setiap warna bunga memiliki makna masing-masing.Cuba sesuaikan warna bunga yang pernah anda dapat dengan maknanya di bawah ini.

SIMBOL CINTA ( MERAH )

Ini adalah bunga dengan warna yang paling lazim dan mungkin paling sering anda dapat daripada pasangan.Warna merah diertikan sebagai lambang kecantikan sekali gus keghairahan cinta.Merah memang warna yang paling berani dan memberi kesan kejam,tetapi untuk warna bunga adalah sebaliknya.Ia lebih mendalam dan membara.Tidak hairan bila anda sering menerima mawar merah daripada pasangan kan?

SIMBOL KESUCIAN,LUGU DAN POLOS ( PUTIH )

Warna putih umumnya merupakan suatu luahan pada hal-hal yang bukan fizikal semata.Putih melambangkan cinta secara rohani yang suci dan meneduhkan,bukan merupakan cinta badani yang penuh ghairah.Di Jepun warna putih melambangkan duka cita,dari sana lahir tradisi yang menjadikan mawar putih sebagai simbol kekuatan cinta yang tidak pernah mati.

SIMBOL KECERIAAN,PERSAHABATAN SERTA KECEMBURUAN (KUNING)

Lain padang lain belalang,lain lubuk lain ikannya.Di Amerika Syarikat bunga berwarna kuning sering digunakan untuk mengungkapkan keakraban serta kesederhanaan.Di Britain,warna ini bermakna simbol kecemburuan.

SIMBOL KEBAHAGIAAN,KEANGGUNAN DAN KEPERCAYAAN ( MERAH JAMBU )

Merah jambu merupakan ungkapan dari ekspresi rasa percaya.Sementara bila ingin lebih terperinci,merah jambu pekat membawa maksud rasa syukur,atau ucapan terima kasih.Sementara merah jambu muda atau pucat memberi erti pernyataan simpati.

SIMBOL SUATU KEINGINAN ATAU HASRAT ( CORAL )

Warna ini memang mirip tone warna bebatuan.Alami dan menawan dengan warna seperti bebatuan,berunsur coklat,sedikit merah juga oren.Sekiranya anda ingin mengenal seseorang lebih jauh,berikan saja bunga berwarna coral ini.

SIMBOL PESONA ( OREN )

Sebagaimana terang dan colourful-nya warna oren,warna ini mewakili sebuah pujian ataupun rasa terpesona pada seseorang.

SIMBOL KEDEWASAAN SERTA KEKAGUMAN (UNGU)

Jangan pedulikan frasa ungkapan,'ungu si warna janda'.Bunga yang bewarna ungu sebenarnya mengungkapkan rasa kagum dan terpikat..

Kenali Personaliti Lelaki Melalui Hidung

Nikmat deria paling besar ertinya kepada diri seseorang.Setiap manusia mempunyai ciri-ciri yang berbeza,unik dan punya keistimewaan yang tersendiri.Mata,mulut,tangan dan hidung sebenarnya mempunyai makna yang tersirat.Karakter seseorang dapat dinilai berdasarkan bentuk-bentuknya.Kali ini kita cuba menyingkap rahsia dan personaliti seseorang lelaki melalui bentuk hidungnya.

1.HIDUNG PANJANG
Lelaki yang memiliki hidung sebegini merupakan seseorang yang mempunyai personaliti kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya.Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya.Selain itu,mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati,hanya mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu.Mereka juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

2.HIDUNG KECIL
Lelaki berhidung kecil,mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni.Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan.Bagi mereka yang berhidung kecil,suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.Dia juga seorang yang peramah,dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelililngnya.Ada kalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakkan.Awas,pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian.Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan,tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut.

3.HIDUNG TAJAM
Awas dengan pemilik hidung tajam!Mereka ini jenis yang memandang kebendaan.Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya.Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut.Ini tidak bermakna mereka jenis yang memandang kebendaan,mereka sekadar gemar mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat dan bukan menumpang kekayaan orang lain.Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

4.HIDUNG PARUH BURUNG
Hidung paruh burung kelihatan seperti patah sedikit.Nampak berlainan daripada bentuk hidung yang lain,tetapi lelaki jenis ini ada keistimewaannya yang tersendiri.Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.Mereka cukup tegas dalam apa-apa jua keadaan,tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan.Mereka cukup imaginatif,kreatif dan bijak,tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

5.HIDUNG LURUS
Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan lelaki hidung lurus.Mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara.Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri.Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu.

6.HIDUNG KEMBANG
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja.Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka.Jika anda ingin meminta pertolongan,carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa.Mereka mudah kasihan kepada teman-teman,sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

7.HIDUNG RUNCING
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi.Mereka juga licik orangnya,mereka juga bersifat pentingkan diri sendiri.Satu lagi kelemahan si hidung runcing,mereka mudah terpengaruh dengan apa-apa juga yang dilakukan oleh orang lain.Mood mereka sukar dijangka,jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang 'bodoh' kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

8.HIDUNG PESEK
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia.Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa.Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara,sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik.Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja.Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.

10 cara Ungkapkan Cinta

Hidup berumahtangga akan disulami dengan suka duka yang silih berganti.Lalu tidak mustahil perasaan cinta akan pudar,Namun masih ada pasangan yang tetap sayang namun seperti ada tembok penghalang untuk mereka mengungkapkan cinta.Mengungkapkan kata cinta bukan terhad pada hari-hari istimewa.Ia boleh diucapkan bila-bila masa,sama seperti memberikan ciuman dan pelukan setiap hari.
Mengucap kata cinta dan sayang bukanlah perkara tabu atau sukar,tetapi jangan tidak percaya mungkin bagi sesetengah orang itu merupakan pekerjaan yang susah.
Sebenarnya,ada cara-cara sederhana untuk mengungkapkan cinta,baiklah kata orang tindakan bicara lebih keras dari pada kata-kata! Sekarang perhatikan tip-tip sederhana di bawah ini untuk panduan anda mengungkapkan kasih-sayang pada yang tersayang.

1.Letakkan catatan di meja makan sebelum sarapan,dengan tulisan 'Aku Mencintaimu'.
2.Kirimkan sebuah e-mail pada pasangan anda berisi sebuah puisi cinta.
3.Kirimkan e-card cinta pada pasangan anda.Untuk yang ini,anda juga boleh melakukannya setiap hari.
4.Kirimkan bunga dengan catatan singkat'Aku Cinta Padamu'
5.Buat senarai perkara-perkara yang membuatkan anda mencintainya,betapa pun bunyinya macam konyol,berikan senarai panjang itu padanya.
6.Luangkan waktu khusus hanya untuk berdua-duaan dengan pasangan anda.
7.Beri pelukan hangat di tempat yang dia tak menduga anda akan melakukannya.
8.Buat masakan makanan kegemaran pasangan.
9.Saat bersamanya,berikan senyuman anda yang paling manis dan tatap matanya dalam-dalam.
10.Jika anda dan pasangan terpisah kerana terpaksa (urusan kerja misalnya)lakukan kunjungan kejutan.

Siapakah?????

Siapakah Orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata"Inna lillahi wainna illahi rajiuun." Lalu sambil berkata."Ya Rabbi Aku Redha dengan KetentuanMu ini," sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang cantik?
Orang yang cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka...

20 Tanda Iman Yang lemah

Iman yang lemah merupakan penyakit hati dan seperti halnya semua penyakit maka iman yang lemah juga memiliki petanda.Tanda-tanda itu jelas dan kita dapat mencatatnya sehingga boleh melakukan pengujian sendiri terhadap kadar keimanan kita.

Terdapat 20 tanda iman yang lemah dan semoga kita dapat meningkatkan keimanan kita:-

1.Melakukan dosa tapi tidak merasa bersalah.
2.Memiliki hati yang keras dan tidak berkeinginan untuk membaca Al-Quran.
3.Merasa malas untuk berbuat baik,misalnya amat susah dalam melaksanakan solat.
4.Melalaikan sunnah.
5.Perasaan yang mudah berubah,contohnya cepat marah tentang sesuatu hal dan banyak terganggu.
6.Tidak merasakan apapun ketika mendengarkan ayat-ayat Qur'an,misalnya ketika Allah memperingatkan kita tentang azab.
7.Menemukan kesulitan ketika mengingati Allah dan berzikir.
8.Tidak merasa bersalah ketika melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran islam.
9.Menginginkan status dan kekayaan.
10.Menjadi jahat,tamak dan kedekut iaitu tidak ingin hartanya dibahagikan kepada orang lain.
11.Menyuruh orang lain untuk berbuat baik tapi sendirinya tidak mempraktikkannya.
12.Merasa senang atau gembira ketika sesuatu perkara yang buruk atau tiada kemajuan terjadi pada orang lain.
13.Hanya peduli pada yang halal dan haram sahaja dan tidak menghindari yang makruh.
14.Mentertawakan seseorang yang melakukan sesuatu kebaikan yang kecil seperti membersihkan masjid.
15.Tidak peduli dengan keaadaan umat islam.
16.Tidak merasa bertanggungjawab untuk ikut memajukan islam.
17.Menyukai berdebat walaupun itu tanpa bukti.
18.Tidak mampu menghadapi musibah,contohnya menangis dan berteriak dengan keras ketika ada kematian.
19.Menjadi terleka dan terlibat jauh dengan dunia,dengan sesuatu yang bersifat duniawi,iaitu merasa hancur ketika kehilangan harta kekayaan.
20.Menjadi lalai dan obses pada diri sendiri.

12 Punca Perceraian

1.KECURANGAN

Ini adalah punca paling kerap didengar.Mengapakah hal ini boleh terjadi..Mungkin kerana hati sudah berjaya ditawan oleh orang lain yang dianggap lebih memahami.Jika hal ini terjadi pada anda,selidikilah diri sendiri dan perbaiki setiap kesilapan.Jangan hanya salahkan pihak yang satu lagi.

2.MASALAH KOMUNIKASI

Selepas tinggal bersama untuk satu-satu tempoh,pasangan didapati seakan tidak mampu berkomunikasi secara normal.Setiap kali bercakap,ada saja yang tidak kena.Akibatnya timbul pelbagai konflik yang membawa ke kancah perceraian.

3.PENDERAAN FIZIKAL,PSIKOLOGI ATAUPUN EMOSI

Tidak kira sama ada anda lelaki ataupun perempuan,deraan dalam apa bentuk sekalipun sangat menyakitkan.Kerana penderaan ini,perkahwinan yang pada mulanya atas dasar suka sama suka dianggap satu penyesalan.

4.SOAL KEWANGAN

Setelah keluarga semakin membesar dan perbelanjaan kian bertambah,wang mula menjadi punca perselisihan faham.Bagi yang tidak tabah hadapi dugaan,pertengkaran adalah lumrah.Apa tidaknya,perbelanjaan yang mewah sebelum ini terpaksa disekat lantaran tidak cukup duit.Akibat tidak puas hati dan rasa terseksa,ramai memilih jalan mudah iaitu bercerai.

5.KETIDAKUPAYAAN SEKSUAL

Bagi yang sabar dan percaya bahawa setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya,ketidakupayaan seksual bukanlah masalah utama dalam rumah tangga.Akan tetapi,bagi yang tidak sabar dan hanya pentingkan diri sendiri,hal itu sudah cukup kuat untuk dijadikan alasan perceraian.

6.BOSAN

Tidak dinafikan dalam dunia ini ramai manusia yang cepat bosan.Mereka-mereka inilah yang sukar mempertahankan ikatan perkahwinan yang telah dibina lebih-lebih lagi sekiranya aktiviti harian sama setiap hari.

7.KETIDAKSEFAHAMAN

Setelah berumah tangga,anda seharusnya bertolak ansur dengan pasangan.Tidak perlu bertelingkah hanya kerana mempertahankan idea anda yang belum tentu betul.Ketahuilah bahawa ketidaksefahaman jika tidak ditangani dengan bijak akan membawa kepada kemusnahan institusi keluarga.

8.KETAGIHAN

Ketagihan memang pemusnah.Bukan sahaja pada diri sendiri malah pada keluarga.Tidak kiralah samaada seseorang itu ketagihan dadah,arak ataupun judi,semuanya membawa keburukan.Supaya keluarga anda tidak berantakan,jauhilah diri daripada semua ini.

9.KURANG KOMITMEN

Keputusan untuk menamatkan zaman bujang perlulah dibuat setelah berfikir panjang.Bukan sekadar ikut kata hati.Fikirlah segala implikasi yang akan datang setelah bergelar suami ataupun isteri.Ambil iktibar terhadap segala yang berlaku disekeliling anda.Membuat keputusan tanpa memikirkan halangan dan perubahan yang perlu dilalui setelah berumah tangga mungkin menyebabkan anda rasa terbeban dengan tanggungjawab baru.Maka berlakulah pertengkaran dan jika tidak diselesaikan segera,perceraian dianggap jalan terbaik.

10.KEHIDUPAN SOSIAL YANG MENJIJIKKAN

Jika anda mengambil keputusan berumahtangga,maknanya anda harus bersedia meninggalkan segala aktiviti sosial kurang sihat yang dahulunya menjadi kegemaran.Lupakan terus aktiviti-aktiviti sosial yang menjelikkkan.Semua ini penting demi untuk kerukunan rumah tangga.

11.PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Ini satu lagi punca perceraian.Sebenarnya,tidak kiralah di mana pun anda,jika terlalu pentingkan diri sendiri,susah jadinya.Orang yang pentingkan diri sendiri tidak mempunyai sifat empati yang membolehkan mereka faham perasaan orang lain.Akibatnya,persefahaman sukar dicapai dalam hidup berkeluarga.

12.ENGGAN BERUBAH SELEPAS BERUMAHTANGGA

Bukan semua orang rela untuk berubah,terutamanya bagi yang sudah bisa hidup senang-lenang.Seperti yang kita semua tahu,mempunyai keluarga memerlukan komitmen yang tinggi kerana tanggungjawab sudah semakin bertambah.Ketika inilah timbul masalah bagi yang enggan berubah.Dan lazimnya,diri dianggap seperti orang bujang.Anak ke mana,pasangan kemana.Dia tetap dengan aktiviti sosialnya.Dalam erti kata yang lain,lari daripada tanggungjawab kerana tidak sanggup untuk berubah.Kesengsaraan tentulah pada yang menunggu dirumah.Titik noktahnya,perceraian.


CARA MENGHINDARI MASALAH RUMAHTANGGA.

*Elakkan diri daripada berhadapan dengan konflik rumah tangga.
*Selesaikan masalah bersama.
*Mengesan sebarang perubahan pada pasangan dari peringkat awal.
*Sedia berubah dan memperbaiki diri.
*Dapatkan nasihat daripada individu bertauliah.
*Jangan menggunakan anak-anak sebagai mangsa.
*Jangan bercakap hal negatif tentang pasangan.
*Jangan libatkan anak-anak dalam pertengkaran.

MASALAH BIASA DALAM PERKAHWINAN.

1.Selalu mengkritik
Kritikan selalunya seolah-olah menyerang pasangan secara peribadi.Diakui,kita memang boleh mengkritik tetapi perlulah dengan berperasaan.Lebih-lebih lagi kritikan terhadap pasangan agar tidak berlaku perbalahan.

2.Rasa benci
Selalunya bibit rasa benci timbul daripada rasa tidak puas hati.Hasilnya meracun jiwa lalu mengakibatkan perselisihan faham.

3.Terlalu pertahankan hak sendiri
Sifat ini tanpa disedari akan membuatkan pasangan berasa kecil hati.Jika tidak ditangani segera,masalah ini pastinya berlarutan sehingga mungkin berpotensi menjadi penyumbang kepada kegagalan rumahtangga.

4.Biarkan pasangan tergantung tanpa kata pasti.
Kalau tidak suka,berterus terang sahajalah,jangan sesekali biarkan pasanagn anda tertanya-tanya.sekiranya ada masalah segeralah selesaikan.Ajak pasangan berbincang bersama untuk menguraikan segala yang tersimpul bukan pendamkan saja.Kelak nanti meledak bagai gunung berapi,susah pula jadinya.

5.Menipu pasangan
Siapa diantara anda yang suka ditipu...Tentu tak ada kan..Jika anda tidak suka ditipu,mengapa pula anda harus menipu..Masa telah berjaya membuktikan banyak rumah tangga berantakan kerana menipu.Jadi,jangan jadikan rumah tangga anda mangsa seterusnya.

6.Tidak memahami kehendak pasangan
Masa bercinta dahulu,ramai diantara anda menganggap diri begitu memahami kehendak pasangan.Namun,selepas bertahun melayari gerbang perkahwinan bersama,kesefahaman seolah-olah semakin tidak wujud.Semakin tak faham si dia.Mengapa..Siasatlah dan cari jalan penyelesaian sewajarnya.

Ketahuilah wahai wanita dan isteri2 di luar sana..

Intisari wasiat Rasulullah S.A.W tersebut dirumuskan seperti berikut: Hai,aisyah,peliharalah diri engkau.Ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada kaum engkau(kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka.Antara sebab-sebabnya ialah kerana mereka itu:

1.Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan(kesusahan).Apabila dibalakan tidak bersabar.

2.Tidak memuji ALLAH TAALA di atas kemurahan-NYA(mensyukuri nikmat); atau mengkufurkan nikmat.

3.Membanyakkan kata-kata yang sia-sia.Wahai Aisyah,ketahuilah:
a.Bahawa wanita yang menidak-nidakkan kebajikan(kebaikan)yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh ALLAH TAALA amalannya.
b.Bahawa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya,maka pada hari kiamat,ALLAH menjadikan lidahnya 70 hasta dan dibelitkan di tengkuknya.

4.Bahawa isteri yang memandang jahat(menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya),ALLAH akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada hari kiamat.

5.Bahawa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suaminya(yang harus/halal)di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkianati suaminya,akan dibangkitkan ALLAH pada hari kiamat dengan muka yang hitam,matanya yang kelabu,ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.

6.Bahawa wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk sumainya,akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya.

7.Bahawa wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu di menampar-nampar mukanya atau mencarik-carikkan pakaiannya,dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syufaat daripada sesiapapun.

8.Bahawa wanita yang berzina akan diderakan dia di hadapan segala makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat-tiap-tiap perbuatan zina dengan 80 cemeti daripada api.

9.Bahawa isteri yang mengandung itu adalah baginya pahala seperti berpuasa pada singa harinya dan mengerjakan Qiamullai pada malamnya serta pahala berjuang fisabilillah.

10.Bahawa isteri yang bersalin,bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang sahaya.Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.

11.Bahawa wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti suaminya,maka samalah dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah.Dialah antara wanita-wanita yang qanitat(banyak beribadat kepada ALLAH)

Semoga ALLAH beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan.Alam untuk dikongsi bersama.Sama-samalah berusaha saling menyenangkan dan muncul luar biasa bagus.

8 Perkara Pantang bagi Lelaki

Jom kite kongsi same2..

1.Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda sayangi jangan bongkar rahsia diri anda sendiri.Usah beritahu dia ada ramai lelaki meminati anda.Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupun cari masalah dengan lelaki2 berkenaan.Lebihkan berbicara tentang masa hadapan dan dia sebagai satu-satunya lelaki yang bertakhta di hati anda.Usah banding-bandingkan dia dengan lelaki yang pernah anda kenali.Itu mengundang musibah.

2.Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada ibunya.Jadi,jangan gatal-gatal cakap itu ini,begitu begini tentang ibunya.Cakap yang baik-baik tak apa walaupun tak betul.Lelaki mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya,tetap mudah marah apabila ibunya dihina walaupun memang benar ibunya jahat.

3.Kenapa suka sangat cerita sejarah silam anda,Tak perlu...Simpan semua sejarah silam untuk diri anda sendiri.Dia tidak ingin tahu semua itu.Setelah anda bertaubat anggap diri anda bersih.Dia juga menganggap begitu terhadap anda.Hanya bercerita tentang rahsia anda apabila anda rasakan ia boleh mengintimkan hubungan.

4.Jika dia telahpun bergelar suami,usah sentuh soal kejantanannya yang mungkin telah menurun selari dengan bertambahnya usia.Dia memang tak suka dengar,tak suka bincang dan tak suka berubat.Apa yang anda boleh lakukan ialah cari penawar dan campurkan dengan minuman atau makanan kegemarannya secara rahsia.Jangan sekali-kali perlekeh dan perkecilkannya.

5.Dia tak suka sama sekali dipersalahkan,meskipun jelas dia bersalah.Misalnya anda balik kampung dan dia memandu,tiba-tiba dia mengambil jalan lain untuk short-cut,tiba-tiba tersesat dan sampai kerumah lewat beberapa jam dari selalu.Lalu anda pun asyik menyalahkannya dan menceritakan hal itu kepada mentua anda,ibunya.Anda sengaja mencari nahas dengan berbuat begitu.

6.Sokong di atas semua masalah yang dihadapinya,terutama dengan bos,kawan-kawan,bahkan minat dia pun anda perlu sokong. Jangan tatkala dia mengeluh atau mengadu tentang bos atau teman sekerja,anda tokok tambah lagi serta menyalah-nyalahkannya,ini sangat menyakitkan hatinya.Anda tahu apa yang akan dilakukannya selepas itu..Selepas itu dia tidak akan bicara lagi dengan anda.Dia akan mencari orang lain untuk bercakap.Jika kebetulan orang itu adalah wanita,akhirnya ada kemungkinan anda dipertandingkan dan dibanding-bandingkan.Bersiap sedialah untuk diduakan.Sentiasalah berdiri dipihaknya.Jika perlu memberi pandangan,gunakan bahasa paling halus tanpa mengusik sama sekali egonya.

7.Jangan puji lelaki lain dihadapannya.Jika tertarik pun diam saja dan simpan dalam hati.Walaupun lelaki itu seorang artis milik masyarakat,memuji-mujinya secara berlebihan akan mengundang rasa tidak tenang.Silap2 dia akan cap anda'gatal'.

8.Lelaki penuh dengan keegoan.Meskipun dia berpendidikan rendah daripada anda,usah perkecilkannya.Minta pendapatnya selalu apabila nak buat keputusan.Berikan dia kuasa memimpin.Jangan fikir mentang-mentang anda berpendidikan tinggi dan berpendapatan lebih daripadanya,anda berhak bersuara menentukan satu-satu keputusan.Lelaki tetap pemimpin dan hak membuat keputusan terletak ditangannya.Anda boleh memberi cadangan,jangan asyik bangkang.

Itulah dia lapan perkara yang tak disukai oleh kebanyakan lelaki.Ambil kisah dan berhati-hatilah.Semoga hidup anda bahagia disampingnya.Amin...

Tabiat Wanita Mengikut Hari Kelahiran

Isnin

Wanita ini bersikap jujur,tidak mudah menggelabah atau panik,berhati-hati,tidak mudah mengalah,pandai menjaga diri dan pergaulan.Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.Dia juga mudah memberi pertolongan,cergas,kuat berusaha,teliti dan pandai menguruskan kewangannya.Namun jika marah berapi-api dan menakutkan,jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran.Dalam percintaan,dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

Selasa

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami.Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.Apabila tidak sukakan seseorang,sentiasa mencari kesalahannya,hatinya keras dan sukar dilembutkan.Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain.Pandai simpan rahsia,hanya orang tertentu saja yang tahu rahsianya.Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh.Dalam soal kewangan dia pandai berjimat,tidak kedekut.Dia rajin bekerja,ada tanggungjawab,suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

Rabu

Suka berdendam.Jika ada orang berbuat jahat padanya,dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu.Namun dia pandai dalam pergaulan,pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang.Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri.Berfikiran terbuka,tak pandai simpan rahsia,tidak suka diperintah dalam bekerja.Keputusannya tidak seimbang,kurang pengalaman.Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk.Hanya orang-orang tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya.Dalam soal kewangan,dia pandai cari duit tapi tidak pandai simpan duit.Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.Seksualnya tinggi dan kuat,romantik di tempat tidur dan pandai berasmara.

Khamis

Dia suka menyinggung hati orang lain,cakapnya kesat,kemahuan kuat,dan bersikap agresif.Rajin dan tekun bekerja,tidak suka diganggu ketika bekerja.Bercita-cita tinggi.Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami.Namun dia tidak mudah jatuh cinta,suka menyelidik dahulu sebelum bercinta.Hatinya tidak tetap,mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk.Dia pandai mengurus dan merancang kewangan.Pada awal perkahwinan,tunduk pada suami,akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.Seksualnya tinggi,jika tidak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

Jumaat

Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.Bangga diri,suka berbelanja,suka dipuji,suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia.Bersemangat waja,pandai simpan rahsia,tak suka mengaku kesalahan sendiri.Dalam soal kewangan,bersikap boros dan tak pandai simpan wang.Cintanya sejati dan tidak mudah berubah,cuma kadangkala tidak telus.Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan,penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

Sabtu

Kuat cemburu,suka kebendaan,tidak gemar dengan anak-anak dan suka bertikam lidah.Namun tegas pendirian,cerdas pemikiran dan teliti dalam banyak hal.Tidak pernah merasa puas,suka bekorban apa sahaja demi mencapai cita-cita.Apabila bercinta suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji.Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan.Wanita ini akur dan mengikut perintah suami.Seksualnya agak dingin,tetapi apabila bermula,seksnya kuat dan tahan lama,tidak tergesa-gesa dan dilakukan dengan kelembutan.

Ahad

Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-ninjuk diri.Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri.Dia tidak suka dengar nasihat,mudah terpedaya dengan kata-kata.Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya.Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka.Pandai simpan rahsia,rajin berusaha dan bekerja,tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros.Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tidak dapat kepuasan cari jalan lain.

Nasihat Untuk Wanita

1.Untuk membentuk bibir yang menawan,ucapkan kata-kata kebaikan.

2.Untuk mendapat mata yang indah,carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

3.Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing ,berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

4.Untuk mendapatkan rambut yang indah,mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

5.Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah,berjalanlah denagn segala ilmu pengetahuan dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.Manusia jauh melebihi segala ciptaan lain,perlu senantiasa berubah,diperbaharui,dibentuk kembali dan diampun.jadi jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda.Apabila anda sudah melakukan semua itu,ingatlah senatiasa,jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan,akan senantiasa ada tangan terhulur.Dan dengan bertambahnya usia anda,anda semakin mensyukuri telah diberi dua tangan,satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

6.Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya,bukan pada bentuk tubuhnya atau cara dia menyisir rambutnya.

7.Kecantikan wanita terdapat pada matanya,cara dia memandang dunia.Kerana dimatanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia,di mana cinta dapat berkembang.

8.Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni terpancar pada jiwanya yang penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dan kecantikan itu akan tumbuh sepangjang waktu.

KECANTIKAN LELAKI,KEGAGAHAN WANITA

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal,tetapi pada murni rohani.Lelaki yang cantik adalah :-

1)Lelaki yang mampu mengeluarkan airmata untuk ingatan.
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun.
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5)Lelaki yang baik sangka.
6)Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri diatas kemurniaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan.Wanita yang gagah adalah:-

1)Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2)Wanita yang tidak takut pada kemiskinan.
3)Wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4)Wanita yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan wanita berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Khatijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang wanita.

Sifat Wanita Melalui Unsur

Wanita Tanah

Dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21Apr-20mei), Virgo(24Ogos-23Sep) dan Capricon(22Dec-20Jan)

* Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
* Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dari segi emosi dan material.
* Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
* Kebijaksanaan dan kepintaran diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
* Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konsevatif,serius dan sederhana.
* Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

Wanita api

Dilahirkan di bawah lambang Aries(21Mac-20Apr) Leo(24Jul-23Ogos) dan Sagitarius(23Nov-21Dec)

* Dilahirkan sebagai pemimpin
* Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
* Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
* Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
* Suka berterus-terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
* Jujur dan mahu perhubungan peribadi berjalan dengan lancar.
* Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
* Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

Wanita angin

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22Mei-21Jun) Libra(24Sep-23Oct) dan Aquarius(21Jan-19Feb)

* Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
* Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
* Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
* Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
* Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul untuk berkontraktasi.
* Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
* Dikenali dan diingati kerana sifat romantik dan manja.

Wanita air

Terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22Jun-23Julai), Scorpio(24Oct-22Nov) dan Pisces(20Feb-20Mac).

* Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
* Mereka ini dipandu oleh persaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
* Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada di sekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
* Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

Wahai Putera dan Puteri Adam

* Adakah kamu ingat akan murka-ku ketika kamu LANGGAR PERINTAHKU dan selepas itu membuat kamu terhenti.

* Apakah telah kamu TUNAIKAN AMANAH yang telah dibebankan ke atasmu..

* Apakah kamu telah BERBUAT BAIK kepada orang yang melakukan kejahatan terhadapmu..

* Apakah kamu MEMBERI MAAF kepada orang-orang yang menganiayaimu..

* Apakah kamu AJAK BICARA orang yang telah meninggalkanmu..

* Apakah kamu telah MENGERATKAN SILATULRAHIM pada yang memutuskan..

* Apakah kau telah SEDARKAN ORANG yang telah mengkhianatimu..

* Apakah telah kamu TANYA KEPADA ULAMA tentang urusan agama dan duniamu..

Aku tidak melihat pada rupa lahiriahmu TAPI AKU LIHAT pada ISI HATI dan NIAT-NIATMU...

TANDA HATI SAKIT

1.Sifat marah
2.Riyak
3.Bakhil
4.Benci
5.Hasad dengki
6.Berat melakukan ibadah
7.Sombong

TIP MENGUBAT HATI YANG SAKIT

1.Sentiasa berbaik sangka
2.Buang segala hasad dengki
3.Ukirkan senyuman
4.Sentiasa merendah diri
5.Hiasi diri dengan sifat pemaaf
6.Hiasi diri dengan sifat ikhlas
7.Sentiasa menghadiri majlis ilmu
8.Jangan tinggal ibadat

TANDA HATI MATI

-Menolak kebenaran
-Tidak menyembah Allah
-Mempersenda hukum
-Seronok melakukan kemungkaran
-Seronok melihat orang menderita
-Sakit hati melihat orang bahagia
-Tidak percaya akhirat
-Tidak percaya syurga dan neraka

TIP MENGHIDUPKAN HATI

1.Taubat
2.Bersifat redha
3.Hiasi diri dengan sifat malu
4.Rajin berzikir dan membaca Al-Quran
5.Sentiasa mengingati mati dan menziarahi kubur
6.Menziarahi orang miskin
7.Menziarahi orang sakit
8.Sentiasa menghadiri majlis ilmu
9.Mendampingi ulama
10.Banyakkan berselawat

Kutanya Hati.....


Kutanya hati
Kutepuk dada sendiri
Manakah hala perjalananku
ini...
Terasa sangsi masih kubelum
mengerti
Adakah aku dilanda laluan pasti..

Bertanyaku pada bayu yang menumpang jalan
Apakah berita yang suci dari sempadan
Berikan petunjuk hidayah dan
pesanan
Bawakan doaku terus ke
takhta pangkuan

Berbalas pandangan mataku
Dengan sang bulan
Bagaikan Bicara
Mengharapkan pegertian
Moga disusun bintang yang
Berselerakan
Menjadi landasan laluan
Perjalanan

Kutanya hati
Apakah bisa aku dikhianati
Dengan kata hati yang tidak
pasti
Atau akukah yang tidak
mengerti
Betapa berharganya hati yang
suci..

Subhanallah
Indahnya hati pemberian Allah
Akan kujaga biarpun payah
Akan kuhias dengan sifat
Mahmudah
Akan kusingkir sifat
Mazmumah

Fahami Konsep Keganasan Terhadap Wanita

Keganasan terhadap seorang wanita atau isteri boleh diklasifikasikan kepada lima jenis iaitu:-


1.Keganasan Fizikal
Merangkumi perbuatan seperti memukul,menumbuk,menampar,menggigit,menendang,melukakan,mematahkan tulang,membaling barang dan menggunakan senjata kepada mangsa.Juga perbuatan menghalang keperluan manusia seperti makan,minum,tidur dan juga tempat perlindungan.

2.Keganasan Seksual
Sesuatu yang merangkumi apa jua perlakuan atau pertuturan secara berulangan,dilakukan sama ada secara fizikal,gerak isyarat atau ucapan berunsur seks seperti di tempat kerja.Termasuklah menyentuh tubuh ,diajak berulang-ulang untuk memenuhi temu janji secara paksa supaya melakukan seks serta menggunakan gambar-gambar lucah di tempat kerja.

3.Keganasan Sosial
Berlaku apabila wanita sering di dorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan dari mendapat sokongan luar.Malah wanita ini akan dikongkong serta dilarang daripada keluar untuk bekerja atau mengetahui dunia luar.

4.keganasan Kewangan
Melibatkan seseorang wanita yang di halang dari mencari pekerjaan atau tidak dibenarkan untuk membuka akaun bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri.Termasuk juga wanita yang bekerja tetapi ditahan daripada menggunakan haknya sendiri malah hak tersebut diambil secara paksa atau paksa rela oleh orang lain untuk mendapatkan wang walaupun untuk keperluan asas sendiri.Serta tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk kes-kes kecemasan.

5.Keganasan Psikologi dan Emosi (yang jarang diketahui oleh wanita)
Meliputi perbuatan seperti ugutan termasuk juga caci maki dan kata-kata sindiran sinis.Walaupun mangsa tidak mengalami sebarang bentuk kesan luka yang boleh dilihat namun mangsa boleh mengalami tekanan perasaan yang amat teruk juga hilang upaya untuk mengawal emosi secara normal yang kesan jangka pendek atau jangka pangjang boleh menyebabkan kemungkinan mangsa melakukan sesuatu yang di luar kawalan.

Saya yakin ,ramai pembaca masih lagi ingat dengan kisah ibu yang menjerut lehet anak-anak,ibu yang membakar diri bersama anak-anak dan beberapa kes lain.Kajian mendapati si ibu atau wanita tadi mengalami kemurungan yang tinggi yang punca asalnya adalah disebabkan tertekan dengan sikap suami atau saudara sekeliling.

Jika anda berdepan dengan situasi tekanan perasaan disebabkan sikap suami atau isteri(ada juga kes suami yang menjadi mangsa keganasan)yang kasar,keras,baran,sering mencaci maki,bercakap dengan kasar dan suara tinggi hingga mengganggu ketenangan fikiran anda,bermaksud anda telah pun menjadi mangsa keganasan.
Ada yang bertanya,"kalau dan tinggi suara boleh jadi keganasan,takkanlah tak boleh nak marah langsung..tak dinafikan,dalam melayari bahtera perkahwinan,ada ketikanya berlaku pergaduhan yang menyebabkan berlakunya tinggi suara.
Ya! kalau sesekali bergaduh tu,memanglah adat berumah tangga,tapi jika selalu dan setiap kali itu juga ayat-ayat bisa yang tak sepatutnya dilafazkan kepada isteri atau suami dikeluarkan sebagai contoh mencaci pasangan dengan perkataan kesat,pelacur,setan dan sebagainya,itu bukan lagi pergaduhan sebaliknya satu penderaan:anda telah terlibat dalam kes keganasan melibatkn emosi dan psikologi.

Ahli keluarga sebelah suami tersayang



Bergambar di pagi raye pertame...

Hai...

Selamat tengah hari...

Rumahku syurgaku..
inilah duniaku sehari-hari..sebagai suri rumah sepenuh masa kehidupanku banyak dihabiskan di rumah...

Kadang-kadang aku terfikir..ape lagi benda berfaedah yang boleh aku lakukan dari rumah..sesuatu yang boleh mendatangkan hasil..

Walaupun sebagai suri rumah..aku bercita-cita ingin menjadi suri rumah yang berkualiti..

Kalau sesiape yang mempunyai idea yang bernas..kongsi-kongsila dengan saya...

Tingkatkan motivasi diri anda

"Bukan tugas anda mendidik suami,tetapi suamilah yang semestinya mendidik anda,tetapi jika hal ini tidak terjadi,buat hal sendiri dan berusaha mempertingkatkn ibadah anda nyata lebih baik"

"Senyuman tetap baik untuk sesiapa saja termasuk diri yang memberikan senyuman itu"

"Bercinta itu kadang-kadang sakit dan usah anggap setelah anda berkahwin kesakitan ni terhenti.Kadand-kadang kesakitan ini lebih sakit berbanding sewaktu anda bercinta dulu"

"Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa sebab mati boleh datang bila-bila"

"Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad"

" Cinta bermakna kesudian kita berkongsi banyak perkara dengan orang yang kita cintai itu"

"Cinta memang memualkan tetapi cinta juga manis untuk ditelan.Cinta yang meloyakan tersedia untuk orang yang sanggup menelannya tetapi citna yang enak itu ada untuk mereka yang sudi menjamahnya"

"Pilihlah sabar daripada lawan.Lawan semakin menyakitkan hati tapi sabar menawar hati"

"Kadang-kadang rumah tangga bergolak bukan disebabkan hilang kecantikan tetapi hilang keangggunan"

"Seorang isteri perlu belajar meramal air muka suaminya agar gurau dan sendanya mendatangkan senyum,bukan menyampah dan bosan"

"Sukarnya membina keserasian apabila sememangnya tiada jodoh,atau sukarnya membina cinta apabila masing-masing tiada kejujuran dan keikhlasan"

Kesilapan ibu bapa sehingga menyebabkan kesan negatif terhadap anak-anak ,antaranya:-

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.\
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8. Membezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10.Sering mengeluh dihadapan anak-anak.
11.Tidak meraikan anak-anak ketika pergi dan pulang dari sekolah.
12.Tidak mengenalkan anak-anak konsep keadilan.
13.Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
14.Tidak terlibat dgn urusan pelajaran anak-anak.
15.Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16.Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17.Mengizinkan anak-anak menjmah makanan dan minuman yang tidak halal.
18.Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak.
19.Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dgn anak-anak.
20.Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dan anak-anak.
21.Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22.Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23.Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24.Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.
25.Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26.Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27.Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28.Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.
29.Tidak memupuk semangat membaca dikalangan anak-anak.
30.Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31.Tidak memberi perhatian kepada buah fikiran anak-anak.
32.Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33.Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.
34.Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35.Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36.Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37.Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.
38.Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39.Tidak tegas mendidik anak-anak.
40.Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Oleh itu sama-samalah kite renungkan...adakah selama ini kite mendidik anak-anak kite dengan betul.Mungkin kite telah melakukan kesilapan tanpa kite sedari...
Puteri sulung saya dilahirkan pada 2.2.2008..sekarang sudahpun berusia 1 tahun 9 bulan..namanya Nur Damia Qistina
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Album Saye..

My Princess

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEDAI ANEKA ADLINQISADAM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.