Followers

Isteri Oh Isteri...

Saya tertarik untuk berkongsi nukilan yang di petik dari mingguan wanita melalui ruangan Sembang Lelaki...

Sejak di bangku sekolah,saya selalu tertanya-tanya apa relevan dan munasabahnya peribahasa orang tua-tua kita,sayang isteri tinggal-tinggalkan.
Bagi saya,kalau sayang,mengapa pula mesti ditinggalkan.Kalau sayang mestilah selalu duduk dekat-dekat.Kalau tak sayang,barulah jauh-jauhan.
Saya bangun untuk menulis pojok ini ketika tak lena tidur malam.Sudah dua hari isteri saya pergi out station atas urusan kerja.Sepeninggalannya,barulah saya berasa hidup bersendirian setelah berumah tangga benar-benar susah.
Kalau dulu,hampir semua kerja rumah,kepada dialah saya serah.Selalu juga apabila anak kecil keriau tengah malam minta susu,saya pura-pura tidur mati dengan hajat isterilah yang bangun buat susu.Tapi dalam dua tiga hari ini,mahu tak mahu,terpaksalah saya yang ambil alih tugas itu.
Kalau dulu,balik dari kerja,ada saja yang saya berasa tak kena apabila melihat isteri tarik muka kepenatan.Sekarang wajah itulah yang paling saya rindukan!Kalau dulu,ada ketika saya mudah sangat berasa jauh hati-saja nak mengada-ada sebenarnya-sedangkan kesilapan yang dilakukan isteri amatlah kecil tapi apabila dia tidak ada di sisi,saya sungguh-sungguh berasa sunyi.
Kalau dulu,balik saja ke rumah,semuanya sudah siap tersedia di atas meja walhal isteri saya juga bekerja.Tapi dalam kelam kabut pulang dari tempat kerja,masih sempat juga dia siapkan makan malam.Dan kalau pun tak berkesempatan,dia juga yang singgah di mana-mana beli lauk pauk yang sudah siap.Saya hanya tahu pulang dan perabihkan!
Sekarang,apabila tinggal hanya saya dengan anak-anak,barulah saya sedar bahawa membuat itu semua bukanlah kerja yang mudah! Payah bahkan teramat payah!
Kalau dulu,paling tidak dua hari sekali,pulang dari kerja dan sambil-sambil memasak,isteri saya masih sempat mencuci baju.Sekarang ini,kain baju saya biar bertimbun dan hanya sedia untuk melakukannya hanya pada hari cuti hujung minggu.
Kalau dulu,dalam kelam kabut dia bersiap nak keluar ke tempat kerja,masih sempat dia mengisi ruang yang suntuk itu dengan mengemas tempat tidur dan menyiapkan bekalan anak,saya pula,begitu saya tinggalkan waktu pagi,begitulah juga apabila saya kembali pada malam hari.Mungkin untuk saya,putaran jam atau bumi lebih laju berbanding isteri!
Bahkan pada hari pertama dulu,saya berasa keadaannya begitu tergesa-gesa hingga tidak sedar sarung pelekat cap gajah yang saya pakai untuk solat subuh,saya tinggalkan berlingkar di tengah-tengah rumah macam ular sawa kenyang.
Setelah pulang lewat petang,barulah saya terperasan! Itulah! Keadaan memang benar-benar berubah apabila isteri tiada di rumah.Segala-galanya buat saya jadi serba salah.Setelah beristeri dan tiba-tiba tinggal seorang diri untuk mengurus diri dan anak-anak memang susah lagi payah.Ia jauh beza dengan ketika hidup bujangan dulu.
Hari ini,setelah masuk tahun ke-12 berumah tangga,barulah saya dapat rasa relevannya peribahasa orang tua-tua kita.Rupanya dengan berjauhan,barulah kita mengenal erti rindu-rinduan,sayang-sayangan,dan susah payahan.Itu pun isteri saya pergi bukannya lama-3 hari saja!

KISAH SEPASANG PENGANTIN SYURGA

Seorang gadis yang terlalu istimewa,cantik paras rupanya,mulia akhlaknya,terjaga maruahnya oleh iman dan takwa kepada Allah SWT,mempunyai nasab yang paling bersih,suci dan tinggi kedudukannya di mata manusia dan di sisi Tuhannya.Anak perempuan seorang Nabi yang terpuji,dididik di bawah bimbingan wahyu Ilahi,hidup dalam naungan kasih sayang orang-orang beriman.Dialah Fatimah al-Zahra',puteri Rasulullah SAW,wanita yang paling dikasihi dan dilindungi.Tahukah anda apakah persediaan majlis kahwin Fatimah al-Zahra' dengan Saidina Ali bin Abu Talib?

*Alat menggiling gandum
*Alat penumbuk
*Kulit yang disamak
*Bantal yang berisi daun-daun kering dan biji kurma
*Sebuah bekas air
*Sebiji pinggan

Abu Bakar menangis ketika melihat keadaan persediaan perkahwinan puteri Rasulullah SAW itu.Beliau bertanya:"Ini sajakah bekalan untuk Fatimah? Nabi SAW bersabda: "Wahai Abu Bakar ini semua sudah cukup banyak untuk orang yang masih hidup di dunia."
Wahai pengantin yang paling agung,kemuliaan itu terletak pada hati yang beriman dan amal yang soleh.Bukan banyaknya harta dan kemewahan,keturunan atau pangkat dan jawatan.Secantik-cantik pengantin adalah sepasang hamba Allah yang tunduk dan taat hanya kepada-Nya.

ADAB MELAYANI SUAMI

Suami tak lekat di rumah,ada perempuan lain,tidak dihargai serta tidak dipedulikan adalah sebahagian daripada rungutan isteri terhadap suami mereka.Kecewa,sedih semuanya diluahkan oleh pihak isteri malang ini.

Namun janganlah terus menyalahkan suami bila mereka bersikap menyakitkan hati.Mungkin ada perkara yang anda lakukan tidak memuaskan hatinya.Sebagai permulaan perhatikan layanan anda terhadap suami.Betulkah caranya?

Melayan suami ada cara-cara dan adabnya,sekiranya anda melakukannya dengan tepat,tiada alasan untuk suami membuat perangai.

Namun begitu sebagai isteri tahukah anda akan cara terbaik dan adab dalam melayani suami?Jika belum mengetahui dan memahaminya,panduan berikut mungkin boleh membantu.

1.Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya.Jangan suka menyampuk dan memotong percakapannya.Apabila bercakap dengan suami pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukannya menengking.

2.Ada kalanya suami suka mengusik isterinya,Bila apa yang dilakukan menyentuh perasaan,janganlah cepat merajuk.Merajuk mmenunjukkan sikap kita tidak matang dan keanak-anakan,sebaliknya bersikap sporting dan tertawalah dengan usikannya.

3.Sekiranya suami marah,seeloknya isteri mendiamkan diri.Jangan amalkan sikap suka menjawab.Sikap sebegini hanya akan menambahkan lagi kemarahan suami.Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak bertegur sapa dengan anda sebagai hukuman atas kedegilan anda sebagai isteri.

4.Sekiranya suami pulang sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan segeralah meminta maaf.Tidak perlulah menunggu suami melutut di depan anda kerana lelaki punya egonya yang tersendiri.

5.Jika suami berhajat sesuatu,hendaklah isteri cepat bertindak.Bangun segera jika disuruh dan janganlah mmelengah-lengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan.Jangan sesekali mengambil sikap acuh tak acuh kemahuan suami kerana ia memberi gambaran bahawa anda tidak lagi taat kepadanya.

6.Bila kehendak suami dan anak-anak bertembung,dahulukan kehendak suami begitu juga dengan kehendak ibu dan bapa.Melayani suami memberi satu pahala yang cukup besar buat seorang isteri.

7.Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah.Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami senang memandang dan bergurau senda dengannya.Ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah SWT.

8.Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami dan bukan mengikut selera isteri.Kalau suami suka makan kari janganlah kita menghidangkan ikan masak asam pedas untuk santapannya.Suami akan gembira sekiranya seleranya ditepati.Selain itu pepatah inggeris ada menyebut,'a way to win a men hearts is through ist stomach'.

9.Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahupun wang yang diberikan.Jangan amalkan sikap guna dulu beritahu kemudian.

10.Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit.Jangan biarkan suami terus memakai baju yang terkoyak kerana ia akan memberi petanda anda bukan isteri yang pandai mengurus suami.Selain itu jahitlah dengan cantik dan kemas kerana ia juga melambangkan peribadi anda.Semua suami akan berasa bangga kalau pakaiannya dijahit sendiri oleh isterinya.

11.Bila misai atau janggut suami kelihatan panjang,segeralah memotongnya,paling tidak ketiplah kuku suami.Pilihlah hari yang terbaik iaitu hari Isnin,Khamis dan Jumaat.

12.Janganlah membuat perkara yang boleh membebankan atau menyusahkan hati suami antaranya seperti menambah hutang di kedai perabot ataupun bergaduh dengan jiran.Sebaliknya lakukan sesuatu yang boleh menenangkan hati suami seperti menjaga anak dan rumah tangga dengan baik dan teratur.

13.Hargailah pemberian suami walaupun ia cuma hadiah yang kecil.Jangan menyepahkan barang yang telah diberikan olehnya kerana ia boleh membuat suami berkecil hati.Meskipun anda tidak menyukai apa yang diberikan terima dan simpanlah sebaik mungkin.Setiap pemberian itu ada nilainya yang tersendiri.

14.Sentiasa sediakan barang-barang keperluan suami di dalam poket baju atau seluarnya seperti sikat dan sapu tangan.Tidak menjadi kesalahan seandainya suami menolak persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah apa yang dirasakan perlu buat suami.

15.Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja.Walaupun anda juga kepenatan bekerja,tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman.Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.

16.Air minuman suami hendaklah sentiasa disiapkan walaupun sekadar air sejuk.Jangan tunggu suami minta,sebaiknya hidangkan terus buat suami sebaik dia pulang ke rumah.Lebih elok sediakan air kegemarannya seperti kopi tongkat ali ataupun teh.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Album Saye..

My Princess

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEDAI ANEKA ADLINQISADAM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.