Followers

Fahami Konsep Keganasan Terhadap Wanita

Keganasan terhadap seorang wanita atau isteri boleh diklasifikasikan kepada lima jenis iaitu:-


1.Keganasan Fizikal
Merangkumi perbuatan seperti memukul,menumbuk,menampar,menggigit,menendang,melukakan,mematahkan tulang,membaling barang dan menggunakan senjata kepada mangsa.Juga perbuatan menghalang keperluan manusia seperti makan,minum,tidur dan juga tempat perlindungan.

2.Keganasan Seksual
Sesuatu yang merangkumi apa jua perlakuan atau pertuturan secara berulangan,dilakukan sama ada secara fizikal,gerak isyarat atau ucapan berunsur seks seperti di tempat kerja.Termasuklah menyentuh tubuh ,diajak berulang-ulang untuk memenuhi temu janji secara paksa supaya melakukan seks serta menggunakan gambar-gambar lucah di tempat kerja.

3.Keganasan Sosial
Berlaku apabila wanita sering di dorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan dari mendapat sokongan luar.Malah wanita ini akan dikongkong serta dilarang daripada keluar untuk bekerja atau mengetahui dunia luar.

4.keganasan Kewangan
Melibatkan seseorang wanita yang di halang dari mencari pekerjaan atau tidak dibenarkan untuk membuka akaun bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri.Termasuk juga wanita yang bekerja tetapi ditahan daripada menggunakan haknya sendiri malah hak tersebut diambil secara paksa atau paksa rela oleh orang lain untuk mendapatkan wang walaupun untuk keperluan asas sendiri.Serta tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk kes-kes kecemasan.

5.Keganasan Psikologi dan Emosi (yang jarang diketahui oleh wanita)
Meliputi perbuatan seperti ugutan termasuk juga caci maki dan kata-kata sindiran sinis.Walaupun mangsa tidak mengalami sebarang bentuk kesan luka yang boleh dilihat namun mangsa boleh mengalami tekanan perasaan yang amat teruk juga hilang upaya untuk mengawal emosi secara normal yang kesan jangka pendek atau jangka pangjang boleh menyebabkan kemungkinan mangsa melakukan sesuatu yang di luar kawalan.

Saya yakin ,ramai pembaca masih lagi ingat dengan kisah ibu yang menjerut lehet anak-anak,ibu yang membakar diri bersama anak-anak dan beberapa kes lain.Kajian mendapati si ibu atau wanita tadi mengalami kemurungan yang tinggi yang punca asalnya adalah disebabkan tertekan dengan sikap suami atau saudara sekeliling.

Jika anda berdepan dengan situasi tekanan perasaan disebabkan sikap suami atau isteri(ada juga kes suami yang menjadi mangsa keganasan)yang kasar,keras,baran,sering mencaci maki,bercakap dengan kasar dan suara tinggi hingga mengganggu ketenangan fikiran anda,bermaksud anda telah pun menjadi mangsa keganasan.
Ada yang bertanya,"kalau dan tinggi suara boleh jadi keganasan,takkanlah tak boleh nak marah langsung..tak dinafikan,dalam melayari bahtera perkahwinan,ada ketikanya berlaku pergaduhan yang menyebabkan berlakunya tinggi suara.
Ya! kalau sesekali bergaduh tu,memanglah adat berumah tangga,tapi jika selalu dan setiap kali itu juga ayat-ayat bisa yang tak sepatutnya dilafazkan kepada isteri atau suami dikeluarkan sebagai contoh mencaci pasangan dengan perkataan kesat,pelacur,setan dan sebagainya,itu bukan lagi pergaduhan sebaliknya satu penderaan:anda telah terlibat dalam kes keganasan melibatkn emosi dan psikologi.

0 ulasan:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Album Saye..

My Princess

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEDAI ANEKA ADLINQISADAM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.