1.JUJUR
Sama ada kita suami atau isteri,jujur terhadap pasangan sangat penting.Elakkan diri daripada berprasangka buruk terhadap pasangan.Buang jauh-jauh sifat negatif itu dari diri.Apabila hati sudah bersih,kita pasti akan lebih sayang dan cinta padanya.
2.BERTANGGUNGJAWAB
Kedua-dua belah pihak mesti tahu tanggungjawab masing-masing setelah diijabkabulkan.Sekiranya suami dan isteri menjalankan tugas yang di amanahkan sebaiknya,pasti tidak akan berlaku pertelingkahan.Dalam sesebuah institusi keluarga,suamilah yang bertanggungjawab memastikan seluruh ahli keluarga dijaga dan dibimbing sebaiknya mengikut jalan diredai ALLAH.Bagi isteri dan anak-anak pula,mereka bertanggungjawab mengikuti segala tunjuk ajar dan perintah suami selagi tidak bertentangan dengan kehendak agama.
3.BERWAWASAN
Semua pasangan suami isteri haruslah berbincang untuk menetapkan matlamat atau arah tuju keluarga.Matlamatnya haruslah sama agar perjalanan hidup lebih terarah.Bagi orang islam sewajarnya mereka memegang satu wawasan iaitu mahukan hidup yang kekal dan bahagia di Syurga.Oleh itu,barulah kita akan memilih jalan yang lurus dan yang diredhai di dunia ini agar dapat mencapai wawasan ke Syurga untuk bertemu ALLAH S.W.T.
4.DISIPLIN
Untuk memastikan matlamat tercapai,suami isteri malah seisi keluarga haruslah berdisiplin melakukan setiap yang disuruh agama dan meninggalkan apa yang dilarang.Ketahuilah bahawa disiplin teras kejayaan sama ada di dunia mahupun akhirat.
5.BEKERJASAMA
Apa yang penting? Kerja sama.Sesuatu pekerjaan jika dilakukan bersama-sama,mesti akan jadi lebih mudah.Berat sama dipikul,ringan sama di jinjing.
6.ADIL
Tidak kira suami ataupun isteri,kita mestilah sentiasa bersikap adil kepada semua orang agar rumah tangga aman dan damai sepanjang masa.Walau bagaimanapun,kita perlulah memahami konsep adil itu sendiri sebelum melaksanakannya
7.PRIHATIN
Rajin-rajinlah mengambil tahu apa yang berlaku di dalam keluarga kita.Selalu bertanya apa yang telah dilakukan mereka setiap hari.Jika ada yang tidak kena,perbetulkan segera.Hal ini penting bagi mengelakkan ahli keluarga kita tersasar jauh dari jalan yang sepatutnya kita lalui.
Farewell My Blog
Setahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan