Amarah yang tidak dikawal dengan baik akan menjejaskan kehidupan dan hubungan.Akibatnya anda mungkin tidak disenangi oleh rakan,mahupun akan menjejaskan prestasi kerja anda.Dengan keadaan minyak naik,harga barang naik dan mahal,ini memberi tekanan kepada anda mahupun kepada pasangan anda.Kesilapan menangani marah akan menyebabkan rumahtangga bergolak dan akan menjejaskan keharmoniaan rumah tangga.Semoga tip ini memberi anda ketenangan dan dapat menangani kemarahan anda.
Langkah 1 (Teknik 5 saat)
Ketika darah anda naik disebabkan marah,apa yang perlu anda lakukan adalah genggam tangan sekuat hati dan tarik nafas sedalam-dalamnya.Setelah itu,hembuskan nafas secara perlahan-lahan dan lepaskan genggaman tangan anda sedikit demi sedikit.
Langkah 2 (Teknik 10 saat)
Tarik nafas sambil mengangkat bahu setinggi mungkin dan tahan nafas.Selepas itu,turunkan bahu secara perlahan-lahan sambil menghembuskan nafas.Saat bahu diturunkan,rasakan bahawa anda melepaskan semua beban atau masalah yang terpaksa dipikul sebelum ini.
Langkah 3 (Teknik 30 saat)
Kombinasikan gerakan kepala ke kanan dan kiri untuk lelagakan otot dan leher.Gerakan mudah ini juga boleh anda lakukan ketika anda berada dalam keadaan letih.
Langkah 4 (Teknik 45 saat)
Cubalah duduk bersandar di kerusi dalam keadaan relaks sambil memejamkan mata dengan kaki memijak lantai.Setelah itu,hentakkan kaki secara perlahan-lahan sambil menarik dan menghembuskan nafas.Dalam pada itu,sematkan di dalam hati bahawa anda harus segera menghentikan kemarahan anda saat itu juga.Pastikan anda berasa lega.
Langkah 5 (Teknik 60 saat)
Sematkan kata-kata positif yang mampu mendeskripsikan diri anda seperti kesetiaan,toleransi,murah hati,tidak mudah marah,rendah diri dan pelbagai kata pujian dan positif yang lain.Tuliskan kata-kata tersebut di atas sekeping kertas dan tempatkan di tempat mudah untuk anda melihatnya.Di pejabat anda boleh menampalnya di atas meja kerja anda atau di rumah tampalkan di cermin solek anda.Jadi sekiranya anda di serang emosi marah,lihatlah kembali kertas tersebut untuk mengingatkan bahasa diri anda sebenarnya amat dihargai.
Farewell My Blog
Setahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan