Followers

BIDADARI SYURGA

Di syurga kelak kaum wanita yang beriman akan dibangkitkan dengan wajah yang lebih jelita dan rupawan,kulit tubuh mereka jauh lebih halus dan pakaian mereka lebih indah serta berharga dari perhiasan para bidadari syurga sendiri.Ini kerana mereka telah melalui berbagai-bagai ujian semasa di dunia sedangkan para bidadari tidak begitu.Di syurga kelak seorang wanita yang telah bersuami akan kembali kepada suaminya sedang sisuami sendiri akan menjadi ketua di mahligainya sendiri.

Bagi wanita yang berkahwin lebih dari satu,mereka akan diberi kebebasan untuk memilih suami yang pernah dikahwini dulu.Hal ini juga sama dengan kaum lelaki.Wanita ahli syurga kemuliaannya lebih baik dari bidadari syurga dengan 70 kali ganda.Di dalam syurga tidak akan berlaku pergaduhan,pertengkaran,dendam mendendami,sakit hati,hasutan,dengki khianat dan sebagainya.

Apabila seseorang isteri di dunia menyakiti hati suaminya dan membuat hati suami tersinggung akan berkatalah para bidadari syurga yang bakal menjadi isteri kepada suami tersebut,"Janganlah kamu menyakitinya kerana ini akan menyebabkan kemarahan Allah pula ke atas dirimu.Dia di sisimu hanya sementara saja,di akhirat nanti dia akan menjadi suami kami pula."Suami kepada para bidadari syurga telah ditentukan awal-awal lagi oleh Allah.Para bidadari syurga dapat mengenali suami mereka sejak kelahiran dari perut ibunya lagi.Apa yang berlaku keatas lelaki itu sentiasa diperhatikan oleh bidadari ini dengan tidak sabar menunggu saat pertemuan yang paling bererti di syurga kelak.

2 ulasan:

secangkir madu merah berkata...

beruntungnya makhluk yg bergelar wanita itu kan?


salam...

tajnur berkata...

Salam!
Hadis yg sdri utarakan ini mengingatkan saya satu muzakarah mengenai isteri atau isteri2 ketika Rasulullah saw Isra` dari Mekah ke Baitulmuqadis semasa peristiwa kali pertama diundang ole Allah SWT. Rasulullah saw bersabda,`... Aku telah melihat suatu pemandangan diNeraka yang sekali2 paling menggerunkan, aku melihat penghuninya lebih ramai wanita2, Mrk (Para sahahabat)telah berkata,`Dgn sebab apa ya Rasulullah? Rasululah telah berkata kerana kekufuran mrk! Mrk bertanya lagi, mereka (wanita2) kufur dgn Allah? Rasullah menjawab `Mrk kufur kpd pergaulan dan perlauan baik kpd suami mrk, jikalau engkau (suami) telah berbuat baik kpd salah seorang isteri sepanjang masa sepenuhnya kemudian telah ia (isteri)melihat engkau (suami) dan berkata siisteri,`Tidak aku melihat engkau kebaikan sedikit pun` Riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas dlm kitab AlAhkamul Sultaniyyah m/s 106.
Jaga mulut dan jgn sampai kecilkan hati suami walaupun suami tak mungkin dapat memberi hak dan keadilan pada semua isteri2nya. Wallahualam

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Album Saye..

My Princess

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEDAI ANEKA ADLINQISADAM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.