Followers

BLOUSE

LD1556 DRESS-PINK RM50 TERMASUK POS LENGTH : 80CM, BUST:90CM, SIZE: FREE, MATERIAL: CHIFFON WITH LINING

KOLEKSI JAKET/CARDIGAN

JC1717 CARDIGAN WHITE AND PINK RM49 TERMASUK POS LENGTH : 95CM, SHOULDER :38CM, BUST : 84CM, SLEEVE: 58CM, SIZE:FREE SIZE MATERIAL: CHIFFON + ICE SIMIAN
JC1642 JACKET BLACK RM48 TERMASUK POS LENGTH: 64CM, SLEEVE: 68CM, SIZE: FREE, MATERIAL: KNITTED COTTON
JC1747 PUFF SLEEVE CARDIGAN BLACK RM50 TERMASUK POS LENGTH : 68CM, SHOULDER: 36CM, SLEEVE:56CM, SIZE: FREE SIZE, MATERIAL: COTTON

LIPSTIK COLLAGEN D'HERBs

Harga jualan RM25.00 D'herbs Lipstick Collagen Treatment Bibir kering,gincu tidak tahan lama,mengelupas,sensitif,gelap dan tidak menarik... Jangan bimbang,dengan gincu rawatan d'herbs anda akan memiliki bibir yang seksi,munggil serta kemerah-merahan secara semulajadi. Fungsi : 1)Sebagai penyeri bibir semulajadi mengikut suhu badan dan darah. 2)melembaplan bibir yang kering dan merekah. 3)Sesuai juga untuk bibir yang gelap akibat merokok dan faktor keturunan. 4)Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita. 5)Simpan di tempat yang bersuhu bilik (30-35'c)

DOA MENGGILAP ANAK BAGAI PERMATA

" Ya Allah,mudahkanlah anakku melalui ujian di dunia apatah lagi di akhirat.Tunjukkanlah dia memilih yang benar dan hindarkan dia dari memilih yang salah.Dengan rahmat-Mu Ya Allah lindungilah dia dari kejahatan segala makhluk yang boleh menggugat imannya kepada-Mu.

" Kasihanilah dia dengan penjagaan-Mu yang tak pernah tidur,genggamlah jiwanya dengan kelembutan-Mu dan bimbinglah akal dan perasaannya dengan cahaya ilmu-Mu.Ya Allah jadikan dia sebagaimana Ismail A.S di sisi Ibrahim A.S pada diriku,sesungguhnya Engkau tidak pernah menghampakan hamba-Mu yang memohon dengan menyangka baik pada ketentuan-Mu.Wahai Tuhan Yang Maha Belas Kasihan kuserahkan jiwa anakku dalam penjagaan-Mu."

Lelaki......

1.Bila si dia sibuk....
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2.Bila si dia ego...
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya.Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3.Bila si dia romantik...
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.

4.Bila si dia panas baran
Jangan buat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya.Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahannya reda.

5.Bila si dia penat...
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh.Dalam saat begini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan.

6.Bila si dia pentingkan diri sendiri...
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu.Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga.Jgn lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.

7.Bila si dia mengongkong....
Kalau kamu memberontak,pasti akan dimarahinya.Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri.Untuk itu kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejaskan hubungan kamu berdua.

8.Bila si dia selamba...
Cuba tarik perhatian si dia.Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik minatnya.Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu.Oleh sebab itu,kamu patut merancang sesutu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

9.Bila si dia curang...

Jgn tuduh tanpa usul periksa.Jika benar si dia curang,bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu.Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya,eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10.Bila si dia lurus bendul...
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya.Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sgt.

Doa Semasa Hamil

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia,Engkau yang menyembuhkan,tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.Ya Allah,rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasulmu.Ya Allah,keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.Ya Allah,jadikanlah dia sihat yang sempurna,berakal dan pandai,alim dan beramal.Ya Allah,panjangkanlah umurnya,sihatkanlah badannya,baikkanlah akhlaknya,fasihkanlah lisannya,baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.






Assalamualaikum....

Aduh...lame betul dah tak update blog ni..kepale asyik pening aje sekarang...

Melawat blog kawan-kawan ajela nampaknye..hehehe..

Semoge bertemu kembali..tatatititutu...

10 PesananBerguna Untuk Kehidupan

1.Senyum itu tanda kemesraan,diberi kepada manusia dianggap sedekah.Ketawa itu lambang kelalaian.Selalu dilakukan hati akan mati.Dibuat dihadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2.Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran,insaflah ini tanda kelemahan diri,kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak akan mengulanginya lagi.

3.Syukur nikmat dan sabar dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4.Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian.Kesusahan dan penderitaan itu selalunya membawa kekecewaan dan putus asa,kecuali orang yang mukmin.

5.Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah,suka memotong percakapan orang,suka bermujadalah yakni bertegang leher,nampak dimukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis,bercakap meninggikan suara,pantang ditegur,tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahannya.

6.Orang yang sudah hilang sifat marah-dayus,cepat melahirkan sifat marah-lemah mujahadah.Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali ditempat -tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7.Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu.Merasa diri kita itu hamba itu penghayatan,yang kedua-dua inilah akan lahir sifat tawaduk,malu,khusyuk,takut,hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8.Jika kita mengingati dosa,kita tidak nampak lagi kebaikan kita,apatah lagi untuk dibanggakan.

9.Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya,tapi jangan putus hati kita dengan Allah,ini adalah hakNya pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian ,rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi,tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

UBAT PENYAKIT TAKBUR

Imam Al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sikap takbur dalam diri seseorang iaitu dengan cara:

Apabila kita bersuara dengan anak-anak kecil,maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih belum mempunyai dosa-dosa berbanding dari kita yang telah dewasa.

Apabila kita bersuara dengan orang tua pula,maka kita anggaplah yang kita sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadat kepada Allah dari kita.

Apabila kita bersuara dengan orang alim pula,maka kita anggaplah yang sebenarnya beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.

Apabila kita bersuara dengan orang jahil pula,maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya,sedangkan kita berdosa akan tetapi memiliki ilmu pula dengan sengaja kita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu yang mana satu perkara buruk dan baik.

Apabila kita bersuara dengan orang kafir pula,katakanlah dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk islam.Maka semua dosa yang dilakukan sebelum dia masuk islam akan diampunkan oleh Allah s.w.t.Sedangkan kita pula sebagai umat islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa tanpa mengenal balasan Allah yang bakal tiba kelak.

...Dan yang sebenarnya telah banyak manakakah dosa dan pahala yang tak mampu kita pastikan...?

Dari itu segeralah kita kembali kepadaNYA semoga amalan kebaikan kita didunia ini akan dibalas kegembiraan di akhirat kelak.Renung-renungkanlah wahai sahabatku.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Album Saye..

My Princess

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEDAI ANEKA ADLINQISADAM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.