Followers

Menguasai Suami Dengan Tangisan

Menangis merupakan ekspresi manusia yang bersumber dari gerak hati dan perasaan.Walaupun ramai isteri yang pandai berpura-pura untuk memanipulasi simpati suaminya demi maksud dan tujuan tertentu,tetapi perlu diakui bahawa tangisan adalah terapi yang paling baik untuk menginsafi diri.

Sebagaimana yang tertulis di dalam al-Quran yang bermaksud: "Maha Suci Tuhan kami,Sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi.Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.(Surah al-Isra' ayat:108-109).Untuk itu,cubalah kenali diri anda dengan gaya tangisan anda.

1.Tangisan materialistik.

Ada yang menangis disebabkan hal-hal yang remeh,suami tidak membelikan barang yang diminta atau tidak mahu menggantikan perabot baru,rumah atau kereta yang diminati dan pelbagai permintaan lain.
Kemudian hati berbisik dan menghasut kononnya suami tidak cinta atau ada perempuan lain atau tidak menghargai isteri atau lebih menyayangi ibunya serta lain-lain hasutan syaitan yang didengar dan ditaati.
Dalam hal ini Rasulullah S.A.W menyatakan nasib wanita yang tidak mensyukuri jasa suaminya.Dalam sabda baginda yang bermaksud: "Aku melihat ke dalam syurga,kebanyakan penghuninya daripada golongan fakir.Aku melihat ke dalam neraka,ramai penghuninya daripada golongan wanita kerana mereka tidak mensyukuri kebaikan suaminya." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2.Tangisan pesimistik

Mereka ini menangis kerana gagal dalam bercinta,berumah tangga,berkarier,berniaga,bergelut dengan ujian dunia yang menyempitkan dada.Ramai yang menangis kerana terlalu risaukan dunianya tetapi sedikit yang menangis kerana takutkan nasibnya di akhirat.
Apabila Umar bin Khattab mendapat musibah beliau berkata: "Aku bersyukur kerana musibah ini tidak sesekali merosakkan agamaku dan akhiratku."
Padahal ujian di akhirat lebih seksa lagi,sebagaimana disebutkan di dalam sabda baginda S.A.W yang bermaksud: "Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah telapak kakinya dua buah bara api neraka sehingga mendidih otak kepalanya.Dia tidak sangka ada orang lain yang lebih dasyat seksaan daripadanya padahal dialah orang yang mendapat seksaan paling ringan." (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

3.Tangisan Ego

Pernahkan anda melihat seseorang yang menangis sambil menjerit histeria,mencaci-maki,menghentak-hentak kaki,mengancam dan mengugut untuk menunjukkan bahawa dirinya saja yang benar.Jika isteri terlalu cemburu,perkara sebegini sering terjadi.
Suami yang sudah terbiasa dengan perangai isteri yang menyebalkan ini terpaksa menghindari bersemuka dengannya apabila terjadi konflik.Perkara sebegini tidak akan ada jalan keluarnya kerana kedua-duanya tidak pandai mengawal keadaan,bertenang dengan kepala dingin sambil berbincang.Bagaimana mungkin masalah boleh selesai dengan menjerit-jerit bagai terkena rasukan jin?

4.Tangisan manja

Tangisan yang menunjukkan kelemahan isteri yang tidak matang,mahu mendapat perhatian suami dan ia salah satu cara meraih simpati.Ada yang suka bila isteri bermanja,tapi suami pun rimas jika sikap ini tak berubah walaupun telah beranak pinak.Bagaimana hendak dibawa berjuang jika isteri terlalu bergantung dengan suami,bermanja-manja sehingga tidak boleh dibawa hidup susah.

5.Tangisan keinsafan

Ia adalah tangisan apabila seorang isteri berdiri untuk bersembahyang,berdoa dan bertafakur mengingati nikmat Allah sambil menghitung dosa dan kejahatannya.Dosa kepada suami,anak-anak,kedua orang tua dan kepada insan-insan lain yang pernah bergaul dengannya.
Kemudian dia mengingati akhirat dan membayangkan dibicarakan di mahkamah Allah,disoal tentang amanah yang dipikulkan di bahunya.Amanah tentang harta,keluarga,ilmu,umur,kesihatan dan masa mudanya,kemudian melelehlah air mata keinsafan kerana takut kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Seseorang yang menangis kerana takut pada Allah S.W.T tidak akan masuk neraka sehingga air susu kembali ke putingnya.Tidak akan dapat berkumpul debu yang melekat kerana berjuang di jalan Allah dengan asap neraka jahanam." (Hadis hasan sahih riwayat Al-Tirmizi)
Sesungguhnya satu titis air mata kerana takut kepada Allah lebih berharga daripada dunia dan segala isinya.Apabila isteri solehah menyimpan air mata dukanya di siang hari kerana keletihan menjaga rumah tangga dan mengeluarkan air matanya di malam hari saat bermunajat kepada Allah,maka akan turunlah rahmat di hati wanita ini sehingga dia dicintai suami,anak-anak serta manusia yang mengenalinya.

Tangani Anak Nakal Menerusi Doa

Anak adalah anugerah kepada setiap ibu bapa.Walau senakal mana pun mereka,pasti ada cara yang sesuai bagi mendidik dan menangani tahap kenakalan bagi setiap tahap umur.

Dalam islam sendiri menggariskan langkah-langkah yang sesuai untuk menangani golongan ini.Paling utama ialah doa yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia ke arah mewujudkan baiti jannati.
Sebagai ibubapa,kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak dan tidak mengatakan perkara yang buruk-buruk kerana kata-kata seseorang ibu adalah doa.Perkataan seperti 'bodoh','malas','bangang','tak reti diajar' hanya akan membuatkan seorang kanak-kanak itu memberontak,seterusnya langsung mengingkari setiap arahan dari ibu bapa.

TIP

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan seperti berikut.Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1.Selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2.Banyak bersabar dan yang utama,jangan cepat melenting jika anak melakukan sesuatu yang di luar dugaan.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3.Banyakkan berdoa kepada Allah dan minta dilembutkan hati anak-anak.

4.Bila bangun pagi,peluk anak sebanyak tiga kali,usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati(bergantung pada niat kita untuk di anak).

5.Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,"Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya)."Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

6.Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran,baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 daripada surah as-Syura bermaksud"Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya;Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki,dan Dialah Yang Maha Kuat,Lagi Maha Kuasa"Sebaik-baiknya dibaca selepas Subuh,baca pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

7.Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:"Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya."
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir'Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman'berulang-ulang.Semua ini Insya-Allah adalah da pelembut hati.Begitu juga,Surah Toha ayat 1hingga 8,surah ar-reahman ayat 1 hingga 4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

8.Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik,amalkan ayat 38 daripada Surah Ali Imran iaitu doa Nabi Zakaria yang bermaksud,"Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya,katanya:Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik;sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima)doa permohonan."

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.Sebaik-baiknya setiap malam ketika anak dalam keadaan baru hendak tidur,ketika ini otak mereka sedang berehat dan lebih cepat mendengar kata.

10.Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74 daripada Surah al-Furqan yang bermaksud,"Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata:Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu)bertakwa."
Amalkan juga ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud,"Wahai Tuhanku!Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang,dan zurait keturunanku.Wahai Tuhan kami,perkenankan doaku."
Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak.Doa itu senjata ornag mukmin.

Resepi Bahagia Dalam Hidup

Kisah ini ringkas tetapi menarik dan penuh pengajaran...

Pada suatu hari seekor keldai milik seorang petani jatuh ke dalam perigi.Haiwan itu menangis dengan keadaan yang memilukan selama berjam-jam,sementara si petani memikirkan apa yang harus dilakukannya.
Akhirnya,petani itu memutuskan bahawa haiwan itu sudah tua dan perigi juga perlu ditimbus(kerana berbahaya);jadi tidaklah berguna untuk menolng sang keldai.Dia mengajak jiran tetangganya untuk datang membantunya.Mereka mmembawa peralatan dan mulai menimbus tanah ke dalam perigi.
Pada mulanya,ketika sang keldai menyedari apa yang sedang terjadi,ia menangis penuh kengerian.Tetapi kemudian,semua orang takjub,sang keldai menjadi diam.Setelah beberapa serkup tanah lagi dituangkan ke dalam perigi,si petani melihat ke dalam perigi dan tercengang melihat apa yang berlaku.
Walaupun punggung keldai itu terus ditimpa olah tanah-tanah dan kotoran,sang keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan.Sang keldai menggoncang-gonggcangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya turun ke bawah,lalu di menaiki tanah itu.
Sementara jiran tetangga si petani terus menuangkan tanah dan kotoran ke atas belakang haiwan itu,sang keldai terus juga menggongcangkan badannya dan melangkah naik.Tidak lama kemudian,semua orang terpesona ketika sang keldai meloncat keluar dari perigi dan melarikan diri!
Kisah ini mengumpamakan bahawa kehidupan terus sahaja menuangkan tanah dan kotoran kepada kita,segala macam tanah dan kotoran.Cara untuk keluar dari 'perigi'(kesedihan,masalah,dan sebagainya)adalah dengan menggoncangkan segala tanah dan kotoran dari diri kita(fikiran dan hati kita)dan melangkah naik dari 'perigi'dengan menggunakan hal-hal tersebut sebagai pijakan.
Setiap mmasalah kita merupakan satu batu pijakan untuk melangkah.Kita dapat keluar dari 'perigi' yang terdalam dengan terus berjuang,jangan pernah menyerah!Gongcangkanlah perkara negatif yang menimpa dan melangkahlah naik! Ingatlah perkara yang boleh diamalkan untuk memperoleh kebahagiaan:

1.Bebaskan diri anda daripada kebencian.
2.Bebaskanlah fikiran anda daripada kecemasan.
3.Hiduplah sederhana
4.Berilah lebih banyak
5.Berharaplah lebih sedikit
6.Tersenyumlah

Entah ini adalah waktu kita yang terbaik atau waktu kita yang terburuk,inilah satu-satunya waktu yang kita miliki saat ini! Tangan dihulur,budi ditabur,bakti disubur....

Selalulah bermuhasabah diri

Berikut adalah tanda-tanda atau alamat seseorang yang akan mati dalam keadaan Husnulghathimah yakni dalam pengakhiran yang baik.

1.Sempat mengucap dua kalimah syahadah.
2.Berpeluh di dahi.
3.Mati pada malam atau hari Jumaat.
4.Mati di medan perang kerana membela agama Allah.
5.Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
*Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya di syurga(kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
*Diselamatkan dari seksa kubur.
*Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dasyat.
*Diperhiasi dengan iman.
*Dikahwinkan dengan ramai bidadari.
*Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya.
9.Mati kerana melahirkan anak.
10.Mati kerana taun.
11.Mati akibat sakit perut.
12.Mati tenggelam dan tertimbus oleh bangunan.
13.Mati terbakar.
14.Mati dalam nifas.
15.Mati kerana sakit TB.
13.Mati akibat luka pernag di jalan Allah.
14.Mati mempertahankan harta.
15.Mati mempertahankan diri.
16.Mati dalam bersiap-siap untuk berperang ke jalan Allah.
17.Mati ketika sedang beramal soleh.
17.Maka bagi siapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara.

*Menjaga sembahyang 5 waktu.
*Bayak bersedekah.
*Banyak membaca Al-Quran.
*Banyak bertasbih.

Dan hendaklah ia:
*Meninggalkan dusta
*Meninggalkan sifat khianat.
*Meninggalkan sifat mengadu-domba.
*Menjaga kencing.

Faktor-faktor Penguat Ingatan

1.Menjauhi maksiat.
2.Bersungguh-sungguh dan istiqamah.
3.Sedikit makan dan minum.
4.Memperbanyakkan ibadat sunat seperti Solat Tahajjud,berpuasa dan lain-lain.
5.Selalu membaca Al-Quran.
6.Membaca doa ketika membaca buku.
7.Membaca doa selepas solat lima waktu.
8.Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi s.a.w.
9.Minum madu di waktu pagi.
10.Makan biji kismis (merah) setiap hari sebelum sarapan.
11.Minum susu segar.
12.Tidak berbual kosong.
13.Sentiasa bergaul dengan orang yang soleh dan alim.
14.Makan buah badam.
15.Minum air zam-zam.
16.Mengamalkan makanatau minum halia.

Faktor-Faktor Lupa

1.Melakukan maksiat dan banyak dosa.
2.Selalu bersedih dan runsing.
3.Makan daun ketumbar.
4.Makan buah atau makanan yang masam.
5.Melihat kepada yang kena sula.
6.Membaca tulisan terdapat di papan/batu nisan kubur.
7.Berjalan di antara unta-unta yang dirantai.
8.Membuang serangga "Tuma" yang masih hidup ke tanah.
9.Berbekam di lubang tengkuk.
10.Melihat kemaluan orang lain.
11.Makan makanan dari sisa semut dan tikus.
12.Makan kepala ikan.
13.Makan makanan yang telah basi.
14.Onani
15.Makan organ dalam binatang seperti hati,limpa,jantung,paru,perutdan sebagainya.
16.Membiasakan diri makan berlebihan.
17.Minum air antara suapan makan.

SATU KISAH CINTA BIASA...

Menarik untuk dikongsi bersama...


Suami saya adalah seorang jurutera,saya mencintai sifatnya yang semula jadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.
Tiga tahun dalam masa perkenalan dan dua tahun dalam masa pernikahan,saya harus akui,bahawa saya mulai merasa letih..lelah,alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.
Tetapi,semua itu tidak pernah saya peroleh.Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.Rasa sensitifnya kurang dan ketidak mampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.Suatu hari,saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya,bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih,Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya,nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu,padahal tidak.Kekecewaan saya semakin bertambah,seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya,apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?Dan akhirnya dia bertanya."Apa yang abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada satu soalan,kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti,Siti akan mengubah fikiran Siti.Seandainya,Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu,Abang akan mati.Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?".
Dia termenung dan akhirnya berkata,"Abang akan memberikan jawapanya esok.".Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Jawapan
Keesokan paginya,dia tidak ada di rumah,dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang tertera...
"Sayangku,Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu,tetapi izinkan abang untuk menjelaskan alasannya."Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya.Namun,saya masih terus ingin membacanya."Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor,Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar,dan Abang harus memberikan kaki abang supaya boleh menendang pintu,dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi,Abang harus mencari Siti dari lot kedai ke satu lot kedai lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal bandan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan,dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah,dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'.Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer,membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti,Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti,abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan abang akan memegang tangan Siti,membimbing menelusuri pantai,menikmati matahari pagi dan pasir yang indah.Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku,Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati.Kerana,Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku,Abang tahu,ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

Bukti sayang

"Untuk itu sayang,jika semua yang telah diberikan oleh tangan,kaki,mata Abang tidak cukup bagi Siti.Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan,kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Air mata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur,tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang,Siti telah selesai membaca jawapan Abang.Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini,dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini,tolong bukakan pintu rumah kita,Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
"Tetapi,jika Siti tidak puas hati,sayangku..biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang,dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu.Percayalah,bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun.Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat.Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu,tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.Itulah cinta,disaat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan'yang kita inginkan,maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis Laknatullah

Soalan Nabi s.a.w "Siapa yang mencahayakan muka engkau ?"

Jawab Iblis " Orang yang berdosa,bersumpah bohong,saksi palsu,pemungkir janji."

Soalan Nabi s.a.w " Apakah rahsia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis " Jika seseorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan,maka hamba gosok-gosokkan NAJISNYA sendiri ke badannya tanpa dia sedari."

Soalan Nabi s.a.w "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan maka larilah hamba dari mereka.Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya,dan bercamprulah benih hamba dengan benih isterinya.Jika menjadi anak maka anak itu gemar kepada pekerjaan maksiat,malas pada kebaikan,durhaka.Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri.Begitu jika mereka makan tanpa membaca Bismillah,hamba yang dahulu makan daripadanya.Walaupun mereka makan,tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi s.a.w "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"

Jawab Iblis "Jika dia berbuat dosa,maka dia kembali bertaubat kepada Allah,menangis kesal akan perbuatannya.Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang,maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"

Jawab Iblis "Lelaki dan perempuan! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari.Di situlah hamba mengecilkan diri,bersarang,begantung,berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi s.a.w "Hai iblis! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau?"

Jawab Iblis " Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda,maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu,hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati.Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus denagn pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.Manakala di pandang di depannya,hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya,lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syhawatnya.Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya,nescaya tidak terpeliharalah farajnya(kemaluannya).Sesiapa yan tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya."

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis!Dimana tempat engkau diam?"

Jawab Iblis "Iaitu pada rumah-rumah berhala pada batu,kayu dan sebagainya.Apabila mereka menyembah selain daripada Allah,maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik.Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk kerumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan betapa tipisnya iman mereka."

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis! Siapakah yang menyokong engkau?"

Jawab Iblis "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Allah! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat,maka betapa sukanya hamba,tiba-tiba mereka mengucap LaIllahaillallah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannya itu".
"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba,kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis syaitan."

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku,kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini.Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman,dari gelap-gelita kepada terang-benderang "Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya "Ya Rabbi,demi kemuliaan Engkau,sentiasalah hamba akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagaa-bagai jalan maksiat.Selama ada nyawa di dalam batang tubuh mereka itu,hamba akan jadikan pemuda-pemudi bercampur berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya."

Maka firman Allah SWT :

"Hai Malaun(yang dilaknat-Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampun dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku."

Maka kata Iblis "Ya Rasullullah! Bahawasanya hamba sangat hairan melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.

1.Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat.
2.Mereka sangat marah kepada hamba tapi mereka itu mengikut hasutanku.

Maka datang firman Allah "Hai Malaun!Demi kemulianKu dan kebesaranKu,Aku anugerahkan atas umat Muhammad 2 kebahagiaan;
Kasih mereka kepadaKu,Aku jadikah kaffah(penebus dosa)bagi maksiat mereka kerana perdayaan mereka marah mereka kepada engkau (IBLIS)Aku jadikan kaffah(penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu".

Setelah itu Rasullullah SAW pun menghalau Iblis.Iblis pergi dengan hati yang sangat dukacita kerana tipu dayanya telah diketahui oleh umat Muhammad SAW.

Rasullulah s.a.w bersabda :
"Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat"

Mengenali Suami Yang Bermain Kayu Tiga

Suami anda ada perempuan lain? Pasti? Kadangkala terdengar jiran-jiran atau kawan-kawan menceritakan kepada anda,"Farah minggu lepas aku nampak suami awak berkepit dengan perempuan lain."
Apa reaksi anda sebagai seorang isteri.Mungkin ramai daripada kita hanya memekakkan telinga dan menyangka orang-orang yang berkata seperti itu dengki melihat rumahtangga anda.Ingin tahu beberapa tip yang boleh dijadikan panduan.Caranya agak mudah,terdapat beberapa tanda yang suami anda sedang bermain kayu tiga.Ikutilah tip dibawah.Data yang dihimpunkan oleh universiti Chicago cukup mengerikan!70 peratus lelaki pernah bermain kayu tiga denagn isteri atau kekasih mereka sedangkan wanita pula 30 peratus.
Jumlah ini merupakan kenaikan yang cukuo drastik jika dibandngkan dengan kajian pada tahun 1990,di Amerika.Data pada tahun tersebut menunjukkna jumlah lelaki hanya 37 peratus dan perempuan 29 peratus.Di Malaysia,jangan tanya,tak ada data.Mungkin kerana perkara berkaitan dengan ini merupakan satu tabu dalam masyarakat kita.Tapi tak harus dilupakan kita juga perlu mempelajari ilmu'menilik'.Maksudnya ialah ilmu mengenalpasti tanda-tanda suami anda sedang bermain kayu tiga.Hebatnya suami kini lebih mahir menutup 'kecurangannya'.

TANDA-TANDA

1.Siapa yang tak suka diperlakuakn seperti sang Puteri? Jika melayan anda seperti seorang puteri raja bukan kebiasaannya,maka mungkin dia sedang memasang kuda-kuda.Hati-hati dengan perlakuan yang sangat manis,memberi hadiah yang cukup mahal dan istimewa,membawa anda makan ke restoran lima bintang untuk merayakan ulang tahun hari lahir sedangkan dia tak punya budget untuk itu semua.

2.Setelah beberapa tahun menikah,tentu anda dan pasangan sudah memiliki pola kehidupan seks yang rutin.Jika pola itu tiba-tiba berubah menjadi lebih intensif (lebih kerap contohnya),maka anda perlu berasa sedikit curiga.Ketika pasangan anda 'meminta' lebih kerap,maka mungkin dia ingin melampiaskan ghairahnya yang sedang tinggi.Pasangan yang 'bermain kayu tiga'kerapkali ingin melepaskan rasa 'geram' (dengan pelukan dan ciuman) bersama wanita yang dianggapnya akan beri rasa aman.Nah wanita itu tak lain tak bukan adalah pasangan hidupnya yang rasmi.Tentang gaya sewaktu berasmara pula sekiranya dia mula mengubah 'cara-cara yang baru'.Hal ini sekiranya dia ingin menghembuskan variasi baru dalam kehidupan seks anda berdua.tapi anda perlu selidik,dari mana dia mendapat gaya tersebut? Syukurlah kalau dari bahan pembacaannya...

3.Kedengarannya klasik: pulang terlambat,makan di luar,kerana ada mesyuarat dengan klien atau mengerjakan pekerjaan pejabat yang terlambak.Sesekali,alasan itu boleh dipercaya.tetapi jika sudah terlalu sering,anda patut menyiasat kebenaran cerita-cerita tersebut.Misalnya dengan menghantarkan makanan malam ke pejabatnya secara tiba-tiba,atau menjemputnya dari tempat mesyuarat,dengan alasan anda kebetulan lalu di tempat itu.

Tetapi jangan pula anda terus menuduh yang bukan-bukan..Perlulah selidik terlebih dahulu.Bukan tiada kepercayaan kepada pasangan,tetapi sekadar berhati-hati dan menjaga keharmonian rumahtangga agar pasangan yang melakukan kesilapan tidak terus hanyut.Memang kita selalu dengar suami atau kekasih amat tidak suak seandainya pasangannya mencurigai dirinya.Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna..Seringkali melakukan kesilapan..Kadangkala mereka mencipta alasan dari kesilapan dan kelamahan pasangan untuk 'bermain kayu tiga'.

Bukan tak boleh manja...Tapi biar berpada...

Setuju tak kalau saya kata,orang lelaki manjanya mengalahkan anak-anak.Kalau dengan anak sekurang-kurangnya kita boleh marah.Suruh mereka buat sendiri.Dengan suami,jangan kata nak marah,nak tegur pun kena jaga-jaga.Takut suami kecil hati dan merajuk.Tak pasal-pasal dapat dosa kering.
Soal memanjakan suami memang tanggungjawab isteri.Suami mana yang tak suka kalau isteri manjakan dia.Sebut saja nak makan apa,bila balik dari pejabat nanti sudah terhidang di meja.kalau penat,isteri boleh tolong picit atau urut cakar harimau.Semua kerja rumah isteri bereskan.Suami balik kerja boleh rehatkan badan.
Berbanding dengan isteri,rasa macam tak pijak tanah sebab dikejar masa.Bagi isteri sepenuh masa di rumah,celik biji mata dah sibuk menguruskan suami,anak-anak dan kerja-kerja lain.kalau isteri itu bekerja,bertambah-tambah kalut menyediakan itu ini sebelum kepejabat.Walau ada pembantu rumah,tetap juga nak ambil tahu apa yang perlu.
Sebab itu jangan hairan kalau ada suami mati kutu kalau isteri tak ada.Jangan kata rumahtangga,diri sendirinya pun tak terurus.Dalam soal ini nak salahkan suami atau isteri? Ketika diajukan pertanyaan ini kepada seorang rakan,jawapannya baik suami atau isteri sama-sama bersalah!
Suami bersalah kerana asyik nak mengharapkan isteri melakukan semua perkara.Dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besarnya.Sikap ego suamilah yang menjadi batas penghalang untuknya ringan tangan membantu isteri di rumah.Dengan kuasa vetonya sebagai ketua keluarga,suami hanya tahu cakap tak tahu buat.
Isteri lagi bersalah.Sejak mula sudah memanjakan suami.Konon nak jadi isteri mithali dan tak mahu dituduh 'queen control'.Akibatnya,suami naik muka dan hanya mengharapkan isteri selama-lamanya.
Pengalaman seorang teman lain pula menceritakan bagaimana sakit jiwanya mempunyai suami manja.Katanya,suaminya memang tak pernah buat kerja rumah waima cuci cawan sebiji pun dia belum pernah lakukan.Ketika dia balik kampung kerana berpantang,habis semua pinggan mangkuk dalam almari berlonggok dalam singki.Sebab,suaminya gunakan pinggan mangkuk tapi tak cuci.
Apa pun, bukan semua suami bersikap begitu.Ada suami yang terlalu manjakan isteri sampaikan isteri tak payah buat satu kerjapun.Dari soal jaga anak hingga soal mengurus rumahtangga,semuanya suami yang buat.Isteri hanya perlu jaga badan dan layan suami sahaja! Cuma,berapa ramai suami begitu!
Soal manja dan memanjakan memang lumrah suami isteri.Bukan tak boleh manja tapi biar berpada.Suami isteri ibarat tangan kanan dan tangan kiri.Kalau patah salah satu,tentulah tak sempurna jadinya.Sebab itu mesti ada tolak ansur dan saling membantu.Suami kalau nak manja pun tengok tempatlah.Begitu juga isteri,kalau nak manjakan suami pun jangan sampai menyusahkan diri sendiri.

AGAR SUAMI TIDAK BERPALING TADAH PADA WANITA LAIN

Mempertahankan perkahwinan sama sukarnya dengan bertahan untuk hidup.Jangan yakin sebuah perkahwinan akan kekal hingga hayat memisahkan kedua-duanya.Tersadung dan kerikil tajam sentiasa menghalang kelancaran sebuah perkahwinan.Sebelum bencana tiba,tidak ada salahnya sebagai wanita melindungi perkahwinan agar tetap utuh.Tentukan agar suami tidak berpaling.Berikut adalah cara-cara yang harus diperhatikan oleh isteri-isteri;

1.PERHATIKAN KEPERLUAN DAN KESENANGAN SUAMI

Isteri harus tahu apa yang menjadi keperluan dan kesukaan suami.Jika suami memang sukakan wanita bertubuh langsing dan berpakaian kemas,isteri harus merawat tubuhnya dengan baik.Jangan mentang-mentang sudah bersuami dan ada anak,penampilan diri tidak dipedulikan lagi.Penampilan yang anggun bukan hanya nutuk suami tetapi untuk diri sendiri juga.

2.JANGAN MALU UCAPKAN 'I LOVE U'

Mungkin bagi mereka yang sudah bernikah beranggapan bahawa perkataan 'I LOVE U' sudah tidak layak lagi dan tidak sesuai diucapkan.Sedangkan sebenarnya itulah harus dilakukan kepada pasangan.Kata cinta itu harus mesti rajin diucapkan kerana perkataan tersebut menjadi pengikat sebuah perkahwinan.Apalagi bagi mereka yang sudah menjalani kehidupan rumah tangga lebih dari sepuluh tahun.Ucapan cinta padamu memberi kenyamanan tersendiri dalam sesebuah perkahwinan.

3.KEJUTAN DAN PERHATIAN

Lelaki suka sekali diberi perhatian dengan memberinya hadiah yang mengejutkan.Meskipun dalam bentuk kecil.Contohnya,mengajak suami makan di luar hanya berdua.Tidak perlu ke restoran mewah,asalkan lokasi dan makanan yang dipilih kegemaran suami,sudah memadai.

4.CIUMAN HANGAT

Mungkin kegiatan ini sering dilupakan oleh para isteri yakni memberi ciuman hangat kepada suami seperti yang mereka lakukan ketika baru-baru berumah tangga dulu.Umumnya mereka beranggapan bahawa hanya dengan hubungan seksual sudah cukup mencerminkan perasaan mereka kepada suami.Hubungan seksual dan ciuman khas untuk suami ada dua perkara berbeza.Melalui ciuman hangat yang penuh kasih sayang ini,akan mengembalikan rasa cinta yang semakin tidak dipedulikan.Ciuman akan menyatukan dua perasaan yang sebelum ini terasa berjauhan walaupun dekat.Inilah cara paling baik untuk mengeratkan kasih sayang suami isteri.

5.KENANG KISAH LAMA

Hanya dengan suami,pergi ke tempat di mana kenangan paling manis menyatukan anda.Ketika ini jangan fikirkan ada akan terbiar daripada perhatian anda.Lagipun aktiviti ini bukannya setiap hari dilakukan.Mengenang kisah manis nan lalu terutama saat sedang hangat bercinta atau ketika baru bernikah,sangat perlu anda lakukan.Motivasi seperti ini,boleh membangkitkan semula perasaan yang sempat hambar terhadap pasangan atau perkahwinan.Dan secara tidak langsung ia boleh menjaga keharmonian cinta suami isteri.

6.KOMUNIKASI DANKETERBUKAAN

Komunikasi dan keterbukaan sangat penting dalam keluarga.Hanya dengan komunikasi dan keterbukaan,kita boleh memahami apa sebenarnya diinginkan pasangan.Jika ada perkara yang terbuku di hatinya mengenai sikap atau perilaku anda,ada baiknya dibincangkan dari hati ke hati.Perkara itu jauh lebih baik daripada kita bertindak menggelabah,menyelidiki kegiatan suami tanpa alasan atau mudah mempercayai cakap-cakap orang.

7.MENJAGA PRIVACY SUAMI

Menjaga privacy suami sangat penting.Hendaknya para isteri lebih mempercayai pasangannya.Jangan cuba-cuba membuka beg duit suami atau membaca sms dalam telefon bimbit suami secara sembunyi-bunyi.Jika isteri melakukan perkara ini dan akhirnya di ketahui suami,harga diri suami bagaikan terinjak-injak kerana menandakan isteri tidak percaya kepada suami.Isteri harus belajar mempercayai suami.

8.TIDAK MEREMEHKAN EKSISTENSI SUAMI

Ramai isteri yang meremehkan kewujudan suaminya kerana gaji suami lebih rendah daripada dirinya atau kedudukannya lebih tinggi daripada kedudukan suami.Isteri mesti sedia menerima suami apa adanya.Bukankah komitmen awal sudah disepakati bersama? Jangan kerana pendapatan anda lebih tinggi daripada suami,anda memperlekehkan suami sehingga dia berasa dirinya tidak dihargai.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Album Saye..

My Princess

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEDAI ANEKA ADLINQISADAM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.