Followers

BIDADARI SYURGA

Di syurga kelak kaum wanita yang beriman akan dibangkitkan dengan wajah yang lebih jelita dan rupawan,kulit tubuh mereka jauh lebih halus dan pakaian mereka lebih indah serta berharga dari perhiasan para bidadari syurga sendiri.Ini kerana mereka telah melalui berbagai-bagai ujian semasa di dunia sedangkan para bidadari tidak begitu.Di syurga kelak seorang wanita yang telah bersuami akan kembali kepada suaminya sedang sisuami sendiri akan menjadi ketua di mahligainya sendiri.

Bagi wanita yang berkahwin lebih dari satu,mereka akan diberi kebebasan untuk memilih suami yang pernah dikahwini dulu.Hal ini juga sama dengan kaum lelaki.Wanita ahli syurga kemuliaannya lebih baik dari bidadari syurga dengan 70 kali ganda.Di dalam syurga tidak akan berlaku pergaduhan,pertengkaran,dendam mendendami,sakit hati,hasutan,dengki khianat dan sebagainya.

Apabila seseorang isteri di dunia menyakiti hati suaminya dan membuat hati suami tersinggung akan berkatalah para bidadari syurga yang bakal menjadi isteri kepada suami tersebut,"Janganlah kamu menyakitinya kerana ini akan menyebabkan kemarahan Allah pula ke atas dirimu.Dia di sisimu hanya sementara saja,di akhirat nanti dia akan menjadi suami kami pula."Suami kepada para bidadari syurga telah ditentukan awal-awal lagi oleh Allah.Para bidadari syurga dapat mengenali suami mereka sejak kelahiran dari perut ibunya lagi.Apa yang berlaku keatas lelaki itu sentiasa diperhatikan oleh bidadari ini dengan tidak sabar menunggu saat pertemuan yang paling bererti di syurga kelak.

KEMULIAAN UMAT MUHAMMAD

Rasullulah menceritakan sabdanya,"Setelah Allah selesai menciptakan Jibril dalam bentuk yang cantik bersamanya juga dengan 600 sayap yang panjangnya dari Timur ke Barat,maka bertanyalah Jibril kepada Allah,"Adakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik dari aku? "Firman Allah,"Tidak."Lalu Jibril bangun untuk solat sunat 2 rakaat kerana bersyukur kepada Allah.Setiap rakaat lamanya 20,000 tahun.

Bila Jibril selesai solat Allah pun berfirman,"Engkau telah menyembah Aku dengan bersungguh-sungguh dan tiada siapa yang pernah menyembah Aku sepertimu itu tetapi akan ada seorang nabi yang mulia di akhir zaman nanti namanya 'Muhammad'.Umatnya sering melakukan dosa tetapi jika mereka mengerjakan solat sunat 2 rakaat maka demi keegoanKu solat mereka itu lebih Aku sukai dari solatmu.Mereka menunaikan solat di atas perintahKu sedangkan solatmu itu bukanlah dari perintahKu."Jibril bertanya lagi,"Apa yang telah Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai balasannya?"Firman Allah,"Aku berikan mereka syurga Ma'wa."

Lalu Jibril meminta izin dari Allah untuk pergi melihat syurga itu.Setelah diizinkan ia pun pergi dengan mengembangkan sayapnya yang besar dan menempuh perjalanan selama 300 tahun.Setelah penat Jibril pun berehat untuk seketika lalu bertanya kepada Allah,"Apakah aku sudah sampai separuh jalan atau sepertiga atau seperempat?"Firman Allah,"Wahai Jibril! Jika engkau terbang selama 3000 tahun lagi pun engkau tidak akan sampai pada 1/10,itulah syurga Ma'wa yang Aku sediakan untuk umat Muhammad yang mengerjakan solat sunat dua rakaat.

Gangguan Iblis Dalam Sembahyang

Rasullulah telah menyoal iblis sabdanya,"Wahai Iblis ! Ketika umatku berdiri mendirikan sembahyang,bagaimanakah hal engkau pada waktu itu?

Jawab iblis,"Waktu itulah masa yang paling sukar bagiku,seluruh badanku akan menggeletar dan lemah.Lalu aku memerintahkan sekalian bala tenteraku yang terdiri dari syaitan dan jin supaya menggoda orang yang hendak sembahyang itu.

Setiap orang akan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan,sesetengah pada anggotanya supaya ia merasa malas.Sesetengah akan masuk ke dalam hatinya supaya ia merasa was-was serta terlupa akan bilangan rakaat dan bimbang terhadap pekerjaan dunia lalu ia segera keluar dari sembahyangnya.

Sesetengah masuk ke dalam mata dan menjadikan hatinya tidak senang.Setengah yang lain pula akan duduk di atas belakangnya supaya orang itu tidak tahan lama untuk duduk tahiyat akhir,sementara di dalam hatinya berkehendakkan supaya sembahyang itu cepat habis.Semua godaan ini adalah supaya pahala sembahyang seseorang umatmu itu menjadi kurang.Sekiranya segala godaan syaitan itu tidak berhasil maka akan aku hukum dengan seberat-berat hukuman ke atas syaitan-syaitan itu".

HAIWAN DAN ZODIAK

KUCING

01-05 Februari
24-31 Mac
25-30 Jun
15-27 September
17-30 November

TIKUS

10-24 Januari
16-23 Mac
15-26 April
01-03 Jun
01-09 Julai
16-25 Ogos

ARNAB

01-09 Januari
01-03 April
15-20 Jun
10-15 Julai
28-30 September
01-16 Disember

SINGA

25-31 Januari
13-15 Mac
22-31 Mei
01-16 November

MERPATI

06-14 Februari
14-21 Mei
16-26 Julai
01-14 September
26-31 Disember

PENYU

15-21 Februari
27-30 April
04-14 Jun
26-31 Ogos
16-27 Oktober

MONYET

01-12 Mac
01-13 Mei
21-24 Jun
01-15 Ogos
01-15 Oktober
17-25 Disember

HARIMAU KUMBANG

22-28 Februari
04-14 April
28-31 Oktober

ARNAB

Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman.Sikapmu yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa.Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan.

KUCING

Pemalu dan comel,itu karektor yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini.Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tak dikenalinya.Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman.Dari sudut pandangan lain,ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.

MONYET

Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai.Kamu juga sentiasa sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif.Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekelilingmu untuk menjalinkan ikatan persahabatan denganmu.Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekalipun.Walaubagaimanapun,sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak.Bagi kamu,itu semua tidak penting!Prinsip hidup kamu,'hidup mesti ceria'selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.

HARIMAU KUMBANG

Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekelilingmu.Walau bagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman.Emosi mu yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekelilingmu sentiasa berhati-hati ketika bersama denganmu.Selain itu,kamu juga sering di kaitkan dengan pelbagai gosip.Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki,ternyata kamu sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.

TIKUS

'Diam-diam ubi berisi' itulah gambaran terdekat mengenai keperibadianmu.Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan.Sikap terlalu pemalu yang ada dalam dirimu itu harus dikurangkan.Selain itu,sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekelilingmu.Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular,dirimu tetap di kenali ramai.

SINGA

Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin.Individu sekelilingmu sentiasa berasa selamat bila berdampingan denganmu.Kamu juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik.Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam dirimu telah menarik ramai orang untuk bersahabat denganmu,maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru saban hari.

PENYU

Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu.Namun,ada sesetengah pihak agak kurang senang hati denagn sikapmu kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan perpepsi pemikiran diri kamu sendiri.Walau bagaimanapun kamu adalah seorang teman yang baik dan tidak bersikap seperti 'talam dua muka'.

MERPATI

Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta.Kamu juga tergolong dalam kategori individu yang sentiasa bersikap tenang.Sememangnya kamu bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu,namun kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harianmu.

7 PERKARA MEMBUAT ANDA BERMOTIVASI DI WAKTU PAGI

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi adalah :

1.Bersyukur,bersyukur,bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup,anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini,lebih baik dari kelmarin.

2.Tekad Bermotivasi

Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya.Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca seminit dua.

Di waktu pagi jangan buka email,baca news paper,baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan.Sebab ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3.Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media,misalnya motivasi pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzi di Hot FM.Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ini.

Motivasi harus dijaga,sebab kalau tak dijaga ia mudah turun.Kesannya,anda menjadi tidak bersemangat,lemah longlai dan lemah.

4.Dalam Apa Jua Yang Anda Buat,Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja,baca Bismillah,moga anda di jauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai,mengantuk macam tak cukup 'cas bateri' saja.

Andai kata anda seorang pelajar,bermula dari nak masuk kelas,duduk di kerusi anda dan mula nak buka buku,mulakan semuanya dengan Bismillah.Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.Masuk saja ke dalam kelas,pasang niat anda mahu menuntut ilmu.Bila istiqamah melakukannya,anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang.

5.Set Target Kemajuan Diri Sendiri.

Ini juga kurang dititikberatkan bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja,kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu,Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana,bekerja(atau mmenghadiri kelas)lepas itu nanti petang balik rumah,berehat,makan minum pastu tidur.Esok pagi bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup anda bagai dalam 1 bulatan,situ-situ saja.

Mulai hari ini,ubah sikap anda.Set target apa yang anda mahu capai,lagi bagus setkan untuk setiap hari.

6.Lihat Warna Cerah.

Warna boleh mempengaruhi mood.Warna cerah membuatkan kita jadi energetik,ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari,lihat warna-warna yang cerah seperti kuning,merah,biru,hijau.Cara ini saya dah test sendiri,berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda bewarna cerah sebab ia mampu menukar mood anda menjadi positif.

7.Penuhkan Hati Dengan Kemaafan.

Lepaskan segala yang dulu-dulu.Maafkan orang diwaktu pagi,maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam,rasa tak puas hati,geram,sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ini bersarang di hati walaupun sedikit ia menghalang motivasi.Kesannya,anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk,anda jadi orang yang berfikiran negatif,hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang,setiap situasi dan setiap benda.

GERAK JARI SINGKAP RAHSIA DIRI

Memicit atau memegang hidung

- tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa jua tindakan yang dilakukan.
- Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayai.

Meletak tangan pada bahu kawan

- Suka ikut kepala sendiri
- Pentingkan diri sendiri
- Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat.

Bermain dengan tangannya

- Mempunyai tahap humor yang tinggi.
- Pandai berjenaka.
- Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati.
- Jenis open minded.

Mematahkan jari jemarinya

- Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain.
- Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

Menggigit Kuku

- Gugup dan gementar bila berbicara.
- Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.

Memintal hujung rambut

- Suka berkhayal
- Sukar diperdayakan
- Keras kepala

Menongkat dagu

- Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat di tangannya.
- Suka mendengar masalah teman-teman.
- Setia dalam persahabatan.

Suka letakkan tangan atas meja

- Happy good lucky dan pandai menyesuaikan diri.
- Peramah
- Suka bergantung pada orang lain.

Menggosok 2 telapak tangan

- Ramah dan berfikiran matang
- Suka berterus-terang dan tidak suka cakap berbelit-belit.
- Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu.

Memutar cincin

- Sangat menepati janji.
- Berhati-hati dalam tutur kata.
- Gemar hidup yang teratur

Bosan Kalau Sama Dan Tak Serupa

Suatu hari seorang pemuda mendatangi kiai dan bertanyakan soalan yang dikhabarkan belum pernah dapat dijawab walau seorang bertaraf profesor sekalipun.

Pemuda:Anda siapa? Adakah anda boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiai:Saya hamba ALLAH dan dengan izin-NYA saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda:Anda yakin?Sedangkan profesor dan ramai orang yang pintar tak mampu menjawab pertanyaan saya?
Kiai:Saya akan mencuba sejauh mana kemampuan saya.
Pemuda:Saya ada tiga soalan.Pertama,kalau memang TUHAN itu ada,tunjukkan kepada saya.Kedua,apakah yang dinamakan takdir dan ketiga kalau syaitan diciptakan daripada api,kenapa dimasukkan ke neraka yang diperbuat daripada api.Sudah tentu tidak menyakitkan buat makhluk itu sebab mereka memiliki unsur yang sama.Apakah TUHAN tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kiai menampar pipi pemuda dengan kuat sekali.Sambil menahan sakit,pemuda itu bertanya:Kenapa anda marah kepada saya?
Kiai:Saya tidak marah.Tamparan itu adalah jawapan saya ke atas tiga soalan yang kamu ajukan sebentar tadi.
Pemuda:Saya tak faham!
Kiai:Bagaimana rasa tamparan saya?
Pemuda:Tentulah berasa sakit.
Kiai:Jadi,kamu percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda:Ya.
Kiai:Tunjukkan kepada saya wujudnya sakit itu.
Pemuda:Tak boleh.Mana boleh.Mustahil.
Kiai:Itulah jawapan pertanyaan pertama.Kita semua merasakan adanya TUHAN tanpa mampu melihat wujudnya DIA.
Pemuda:(Terdiam sambil mengusap-usap pipinya)
Kiai:Adakah malam tadi kamu bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda:Tidak.
Kiai:Apakah kamu pernah terfikir akan menerima tamparan daripada saya hari ini?
Pemuda:Juga tidak.
Kiai:Itulah yang dinamkan takdir.
Kiai:Terbuat daripada apa tangan yang saya gunakan untuk menampar kamu?
Pemuda:Kulit dan daging.
Kiai:Terbuat daripada apa pipi kamu?
Pemuda:Juga daripada kulit dan daging.
Kiai:Bagaimana rasa tamparan saya?
Pemuda:Sakit.
Kiai:Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga diperbuat daripada api,jika TUHAN menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang amat menyakitkan untuk syaitan.

Lagi-Lagi Salahkan Syaitan

Selalu terjadi,kita sangka lain yang jadi lain.Maka itu manusia selalu diingatkan supaya jangan kelam-kabut.Sabar dan tenang selalu.Tarik nafas panjang-panjang apabila terasa seperti hilang sabar.Jika masih rasa nak marah disuruh ambil wuduk ataupun mandi.

Tetapi itulah kita,biasanya terlupa untuk buat saranan-saranan seperti ini.Iyalah,tengah marah.Apa yang ada depan mata memang kena hempas.
Boleh,tidak ada salahnya,tetapi tahukah anda,lebih ramai orang bercerai sewaktu sedang marah berbanding sewaktu bertenang-tenang.Bertenang-tenang pasti untung,kelam-kabut dan marah-marah selalu rugi.
Kalaulah setiap pasangan yang bergaduh boleh bertenang sekejap sebelum ambil apa-apa keputusan,pasti kurang orang bercerai.Misalnya sewaktu bergaduh dan hampir sangat hendak bercerai,masing-masing relaks sekejap.Pergi ambil air dan minum,pergi ambil wuduk dan solat dua rakaat.Kalau masih nak bercerai dan bertumbuk itu kira 'patut'tetapi selalunya masing-masing akan lupa titik mula pada benang yang menyimpul.Ya tak?
Sebab itulah sewaktu marah selalu orang suruh istighfar,sebab marah datangnya dari syaitan.Syaitan dijadikan dari api,maka api pasti padam oleh air.Justeru itu padamkanlah semua kemarahan dengan mencurahkan air ke dalam tubuh (minum) atau curahkan air ke badan (wuduk/mandi).
Nak dengar satu cerita ? Ceritanya begini;Pada pukul 9.15 pagi,Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.
Doktor : Apa dah jadi dengan belakang awak ni?
Kudut :(Sambil mengaduh dan memicit-micit belakang) Saya kerja syif malam.Bila balik rumah saya kat tingkat 3,pukul 7.45 pagi tadi,saya dengar bunyi bising kat bilik tidur.Saya syak ada orang dah tidur dengan bini saya.
Saya tengok pintu balkoni terbuka.Saya berlari ke situ,jenguk ke bawah dan nampak seorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar.Apa lagi,saya terus angkat peti ais,campak kat lelaki tu.Tu yang saya sakit belakang sampai sekarang ni doktor.
Doktor mengangguk.Tapi belum sempat dia periksa belakang Kudut,tiba-tiba seorang lelaki bernama Chet meluru masuk ke bilik rawatan.Keadaan Chet nampak serius,macam baru lepas dilanggar kereta.
Doktor :Uih,ingatkan pesakit yang saya tengah periksa ni dah teruk,tapi awak ni lagi teruk.Apa dah jadi dengan awak?
Chet :Saya baru dapat kerja selepas lima tahun menganggur.Hari ini saya kena laporkan diri kat tempat kerja baru saya tu.Tapi malam tadi saya lupa nak set jam loceng.Biasalah orang bujang,terlajak,saya terlambat bangun.Tengah saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan seluar,tiba-tiba ada sebiji peti ais menghentam belakang saya.Aduhhhh,sakitnya.
Baru doktor hendak periksa belakangnya,seorang lagi lelaki menyerbu masuk.Namanya Don,keadaannya lebih teruk daripada Chet dan Kudut,jalan terhuyung-hayang,satu badan penuh lebam dan benjol.
Doktor :Laaa,apa pasal pulak ni?
Don :Saya nyorok dalam satu peti ais.Tetiba ada orang campak peti ais tu ke bawah dari tingkat tiga !!! Adoiii !!!!.......

Isteri Oh Isteri...

Saya tertarik untuk berkongsi nukilan yang di petik dari mingguan wanita melalui ruangan Sembang Lelaki...

Sejak di bangku sekolah,saya selalu tertanya-tanya apa relevan dan munasabahnya peribahasa orang tua-tua kita,sayang isteri tinggal-tinggalkan.
Bagi saya,kalau sayang,mengapa pula mesti ditinggalkan.Kalau sayang mestilah selalu duduk dekat-dekat.Kalau tak sayang,barulah jauh-jauhan.
Saya bangun untuk menulis pojok ini ketika tak lena tidur malam.Sudah dua hari isteri saya pergi out station atas urusan kerja.Sepeninggalannya,barulah saya berasa hidup bersendirian setelah berumah tangga benar-benar susah.
Kalau dulu,hampir semua kerja rumah,kepada dialah saya serah.Selalu juga apabila anak kecil keriau tengah malam minta susu,saya pura-pura tidur mati dengan hajat isterilah yang bangun buat susu.Tapi dalam dua tiga hari ini,mahu tak mahu,terpaksalah saya yang ambil alih tugas itu.
Kalau dulu,balik dari kerja,ada saja yang saya berasa tak kena apabila melihat isteri tarik muka kepenatan.Sekarang wajah itulah yang paling saya rindukan!Kalau dulu,ada ketika saya mudah sangat berasa jauh hati-saja nak mengada-ada sebenarnya-sedangkan kesilapan yang dilakukan isteri amatlah kecil tapi apabila dia tidak ada di sisi,saya sungguh-sungguh berasa sunyi.
Kalau dulu,balik saja ke rumah,semuanya sudah siap tersedia di atas meja walhal isteri saya juga bekerja.Tapi dalam kelam kabut pulang dari tempat kerja,masih sempat juga dia siapkan makan malam.Dan kalau pun tak berkesempatan,dia juga yang singgah di mana-mana beli lauk pauk yang sudah siap.Saya hanya tahu pulang dan perabihkan!
Sekarang,apabila tinggal hanya saya dengan anak-anak,barulah saya sedar bahawa membuat itu semua bukanlah kerja yang mudah! Payah bahkan teramat payah!
Kalau dulu,paling tidak dua hari sekali,pulang dari kerja dan sambil-sambil memasak,isteri saya masih sempat mencuci baju.Sekarang ini,kain baju saya biar bertimbun dan hanya sedia untuk melakukannya hanya pada hari cuti hujung minggu.
Kalau dulu,dalam kelam kabut dia bersiap nak keluar ke tempat kerja,masih sempat dia mengisi ruang yang suntuk itu dengan mengemas tempat tidur dan menyiapkan bekalan anak,saya pula,begitu saya tinggalkan waktu pagi,begitulah juga apabila saya kembali pada malam hari.Mungkin untuk saya,putaran jam atau bumi lebih laju berbanding isteri!
Bahkan pada hari pertama dulu,saya berasa keadaannya begitu tergesa-gesa hingga tidak sedar sarung pelekat cap gajah yang saya pakai untuk solat subuh,saya tinggalkan berlingkar di tengah-tengah rumah macam ular sawa kenyang.
Setelah pulang lewat petang,barulah saya terperasan! Itulah! Keadaan memang benar-benar berubah apabila isteri tiada di rumah.Segala-galanya buat saya jadi serba salah.Setelah beristeri dan tiba-tiba tinggal seorang diri untuk mengurus diri dan anak-anak memang susah lagi payah.Ia jauh beza dengan ketika hidup bujangan dulu.
Hari ini,setelah masuk tahun ke-12 berumah tangga,barulah saya dapat rasa relevannya peribahasa orang tua-tua kita.Rupanya dengan berjauhan,barulah kita mengenal erti rindu-rinduan,sayang-sayangan,dan susah payahan.Itu pun isteri saya pergi bukannya lama-3 hari saja!

KISAH SEPASANG PENGANTIN SYURGA

Seorang gadis yang terlalu istimewa,cantik paras rupanya,mulia akhlaknya,terjaga maruahnya oleh iman dan takwa kepada Allah SWT,mempunyai nasab yang paling bersih,suci dan tinggi kedudukannya di mata manusia dan di sisi Tuhannya.Anak perempuan seorang Nabi yang terpuji,dididik di bawah bimbingan wahyu Ilahi,hidup dalam naungan kasih sayang orang-orang beriman.Dialah Fatimah al-Zahra',puteri Rasulullah SAW,wanita yang paling dikasihi dan dilindungi.Tahukah anda apakah persediaan majlis kahwin Fatimah al-Zahra' dengan Saidina Ali bin Abu Talib?

*Alat menggiling gandum
*Alat penumbuk
*Kulit yang disamak
*Bantal yang berisi daun-daun kering dan biji kurma
*Sebuah bekas air
*Sebiji pinggan

Abu Bakar menangis ketika melihat keadaan persediaan perkahwinan puteri Rasulullah SAW itu.Beliau bertanya:"Ini sajakah bekalan untuk Fatimah? Nabi SAW bersabda: "Wahai Abu Bakar ini semua sudah cukup banyak untuk orang yang masih hidup di dunia."
Wahai pengantin yang paling agung,kemuliaan itu terletak pada hati yang beriman dan amal yang soleh.Bukan banyaknya harta dan kemewahan,keturunan atau pangkat dan jawatan.Secantik-cantik pengantin adalah sepasang hamba Allah yang tunduk dan taat hanya kepada-Nya.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Album Saye..

My Princess

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEDAI ANEKA ADLINQISADAM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.