Followers

Lelaki......

1.Bila si dia sibuk....
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2.Bila si dia ego...
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya.Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3.Bila si dia romantik...
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.

4.Bila si dia panas baran
Jangan buat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya.Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahannya reda.

5.Bila si dia penat...
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh.Dalam saat begini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan.

6.Bila si dia pentingkan diri sendiri...
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu.Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga.Jgn lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.

7.Bila si dia mengongkong....
Kalau kamu memberontak,pasti akan dimarahinya.Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri.Untuk itu kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejaskan hubungan kamu berdua.

8.Bila si dia selamba...
Cuba tarik perhatian si dia.Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik minatnya.Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu.Oleh sebab itu,kamu patut merancang sesutu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

9.Bila si dia curang...

Jgn tuduh tanpa usul periksa.Jika benar si dia curang,bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu.Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya,eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10.Bila si dia lurus bendul...
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya.Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sgt.

0 ulasan:

Album Saye..

My Princess

Terdapat ralat dalam alat ini
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEDAI ANEKA ADLINQISADAM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.