Followers

FAKTA INTERNET

1.Walter Hallas,26 kerani kedai di Leeds,England,fobiakan doktor gigi.Apabila dia diserang sakit gigi pada suatu pagi dalam tahun 1979 dia meminta seorang rakan menumbuk pipinya,"Biar gigi ni tercabut..."katanya.Tetapi malang menimpa apabila Walter tersungkur terkena penumbuk sulung rakannya itu.Dia meninggal beberapa jam kemudian selepas doktor mengesahkan tengkoraknya pecah,akibat terhantuk pada dinding bangunan semasa rebah ditumbuk.

2.Pada 1996,jumlah penduduk Mexico mencapai 95,772,462 orang,menjadikan setiap satu kilometer persegi buminya dihuni 49 orang.

3.Thomas Elva Edison merupakan manusia pertama dapat merakam dan memperdengarkan semula bunyi-bunyian.Kejayaan itu diciptanya pada 20 November 1877.

4.Virus boleh didapati dalam semua benda hidup termasuk manusia,haiwan,tumbuhan,kulat dan bakteria.Saiznya 20 hingga 100 kali lebih kecil daripada bakteria.

5.Terdapat lebih 1,000 bahan kimia di dalam biji kopi,namun hanya 26 sahaja yang telah dikaji dan sebahagian besar daripadanya menjadi punca penyakit kanser.

6.Lebih 2,500 orang kidal dari seluruh dunia terbunuh setiap tahun disebabkan menggunakan barangan yang biasa digunakan oleh mereka yang normal.

7.Jangan terkejut..petir sebenarnya menyambar bumi sebanyak 6,000 kali setiap minit.Ia bukan terjadi di tempat sama,tetapi di serata dunia.

8.Bunyi ngauman seekor singa jantan boleh didengar pada jarak 8 kilometer.Keadaan itu memudahkan pasangan mengesan lokasinya.

9.Tidak kurang 24 kematian direkodkan setiap tahun dan berpuluh -puluh lagi kes keretakan tengkorak serius melanda penduduk jepun,akibat terantuk ketika menunduk-nundukkan kepala kerana tanda hormat.

TIP TANGANI MARAH

Amarah yang tidak dikawal dengan baik akan menjejaskan kehidupan dan hubungan.Akibatnya anda mungkin tidak disenangi oleh rakan,mahupun akan menjejaskan prestasi kerja anda.Dengan keadaan minyak naik,harga barang naik dan mahal,ini memberi tekanan kepada anda mahupun kepada pasangan anda.Kesilapan menangani marah akan menyebabkan rumahtangga bergolak dan akan menjejaskan keharmoniaan rumah tangga.Semoga tip ini memberi anda ketenangan dan dapat menangani kemarahan anda.

Langkah 1 (Teknik 5 saat)

Ketika darah anda naik disebabkan marah,apa yang perlu anda lakukan adalah genggam tangan sekuat hati dan tarik nafas sedalam-dalamnya.Setelah itu,hembuskan nafas secara perlahan-lahan dan lepaskan genggaman tangan anda sedikit demi sedikit.

Langkah 2 (Teknik 10 saat)

Tarik nafas sambil mengangkat bahu setinggi mungkin dan tahan nafas.Selepas itu,turunkan bahu secara perlahan-lahan sambil menghembuskan nafas.Saat bahu diturunkan,rasakan bahawa anda melepaskan semua beban atau masalah yang terpaksa dipikul sebelum ini.

Langkah 3 (Teknik 30 saat)

Kombinasikan gerakan kepala ke kanan dan kiri untuk lelagakan otot dan leher.Gerakan mudah ini juga boleh anda lakukan ketika anda berada dalam keadaan letih.

Langkah 4 (Teknik 45 saat)

Cubalah duduk bersandar di kerusi dalam keadaan relaks sambil memejamkan mata dengan kaki memijak lantai.Setelah itu,hentakkan kaki secara perlahan-lahan sambil menarik dan menghembuskan nafas.Dalam pada itu,sematkan di dalam hati bahawa anda harus segera menghentikan kemarahan anda saat itu juga.Pastikan anda berasa lega.

Langkah 5 (Teknik 60 saat)

Sematkan kata-kata positif yang mampu mendeskripsikan diri anda seperti kesetiaan,toleransi,murah hati,tidak mudah marah,rendah diri dan pelbagai kata pujian dan positif yang lain.Tuliskan kata-kata tersebut di atas sekeping kertas dan tempatkan di tempat mudah untuk anda melihatnya.Di pejabat anda boleh menampalnya di atas meja kerja anda atau di rumah tampalkan di cermin solek anda.Jadi sekiranya anda di serang emosi marah,lihatlah kembali kertas tersebut untuk mengingatkan bahasa diri anda sebenarnya amat dihargai.

SIFAT YANG MENGHILANGKAN BAHAGIA DI HATI

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:-

PEMARAH - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.(Sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu orang tak takut nak dekat punyer...)

2.PENDENDAM - Tersembunyi iaitu ibarat mungumpul lahar di dalam dada.Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didemdami itu.Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3.HASAD DENGKI - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4.BAKHIL - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan,pangkat dan lain-lain dari dirinya.Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama.. -derma)Allah lebih sayang yang fasik tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil.Kerana walaupun fasiq,pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5.TAMAK - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut,walaupun berapa banyak yang diminum tetap tak habis.Lagipun orang tamak selalu rugi.**Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia di pakai atau digunakan oleh kita.Selagi tidak diguna iaitu disimpan,itu belum boleh dikatakan rezeki kita.(mungkin ada hak orang lain di situ)Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6.TIDAK SABAR - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.(oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..contohnya time keje bertimbun atas meja..heh..heh..)

7.EGO - Ibu segala mazmummah, jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.(yg ni no komen)...pasal semua orang ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

8.RIAK - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk di puji.Sentiasa berlakon-lakon di depan orang.Jika ia dipuji,ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji,ia akan mengurangkan amalnya.Allah marah kalau kita riak..takabbur dengan apa yang kita ada.

9.CINTA DUNIA - Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan letakkan pada harta itu,bila mati cuma amalan dan doa anak soleh/solehah yang dibawa **cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu di bahagi-bahagi dan akhirat di bawa mati.

KESIMPULANNYA
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara totalnya di sebabkan kemiskinan,musibah,kesibukan dan lain-lainnya,tetap ialah MAZMUMMAH ***Makin tinggi mazmummah seseorang,makin ia tidak BAHAGIA.***
Samaada bermujahadah atau biarkan sahaja mazmummah itu,kedua-duanya tetap menderita,tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain,andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

FAKTA INTERNET

*Jika lautan di seluruh muka bumi ini kering,kita akan dapat mengelilingi dunia dengan mudah-cuma mengambil masa setahun jika sanggup berjalan kaki siang malam.Pesawat Boeing 747 hanya mengambil masa 44 jam.Peluru yang ditembak daripada senapang M16 mengambil masa 14 jam.Cahayalah yang paling pantas,cuma satu saat untuk ia mengelilinginya.

*Keluasan Arab Saudi ialah 830,000 kilometer persegi.Namun negara seluas itu,tidak terdapat sebarang pun sungai yang mengairi tanah-tahihnya.

*Pulau Nauru di utara Kepulauan Solomon adalah negara paling kecil di Lautan pasifik.Hasil utamanya ialah guano iaitu najis sejenis burung yang kaya dengan fostat.Guano dieksport ke negara-negara Eropah sebagai baja tanaman.

*lipas mempunyai jantung yang ringkas.Namun ia berfungsi sama seperti jantung manusia.Peliknya,ia memiliki suatu keistimewaan yang tak ada pada haiwan lain - dapat hidup dalam tempoh yang lama sekalipun jantungnya berhenti tiba-tiba.

*Kekurangan zat besi dalam diet kanak-kanak bukan sahaja menyebabkan anemia(kurang darah) tetapi lebih buruk daripada itu.Mereka yang mengalami kekurangan bahan ituakan lemah dalam pelajaran matematik.

*Seorang lelaki yang sihat mempunyai 12 hingga 15 peratus lemak dalam badannya.Manakala wanita yang mempunyai potongan badan menarik mempunyai 15 hingga 18 peratus lemak.Bagaimanapun untuk menjadi model,seseorang hanya perlukan tidak lebih 10 peratus lemak.

*Pencemaran udara yang terlalu tinggi boleh menyebabkan serangan jantung walaupun seseorang itu hanya terdedah beberapa jam sahaja.

*Julius Caesar membayar gaji askarnya dengan garam kerana ketika itu ia lebih beharga daripada emas.Malahan salary(gaji)yang digunakan hingga ke hari ini diambil dari bahasa Latin,salt yang bermaksud garam.

Amalan Pahala Yang Tidak Pernah Putus

Anas berkata,"Ada tujuh (7)

BIDADARI SYURGA

Di syurga kelak kaum wanita yang beriman akan dibangkitkan dengan wajah yang lebih jelita dan rupawan,kulit tubuh mereka jauh lebih halus dan pakaian mereka lebih indah serta berharga dari perhiasan para bidadari syurga sendiri.Ini kerana mereka telah melalui berbagai-bagai ujian semasa di dunia sedangkan para bidadari tidak begitu.Di syurga kelak seorang wanita yang telah bersuami akan kembali kepada suaminya sedang sisuami sendiri akan menjadi ketua di mahligainya sendiri.

Bagi wanita yang berkahwin lebih dari satu,mereka akan diberi kebebasan untuk memilih suami yang pernah dikahwini dulu.Hal ini juga sama dengan kaum lelaki.Wanita ahli syurga kemuliaannya lebih baik dari bidadari syurga dengan 70 kali ganda.Di dalam syurga tidak akan berlaku pergaduhan,pertengkaran,dendam mendendami,sakit hati,hasutan,dengki khianat dan sebagainya.

Apabila seseorang isteri di dunia menyakiti hati suaminya dan membuat hati suami tersinggung akan berkatalah para bidadari syurga yang bakal menjadi isteri kepada suami tersebut,"Janganlah kamu menyakitinya kerana ini akan menyebabkan kemarahan Allah pula ke atas dirimu.Dia di sisimu hanya sementara saja,di akhirat nanti dia akan menjadi suami kami pula."Suami kepada para bidadari syurga telah ditentukan awal-awal lagi oleh Allah.Para bidadari syurga dapat mengenali suami mereka sejak kelahiran dari perut ibunya lagi.Apa yang berlaku keatas lelaki itu sentiasa diperhatikan oleh bidadari ini dengan tidak sabar menunggu saat pertemuan yang paling bererti di syurga kelak.

KEMULIAAN UMAT MUHAMMAD

Rasullulah menceritakan sabdanya,"Setelah Allah selesai menciptakan Jibril dalam bentuk yang cantik bersamanya juga dengan 600 sayap yang panjangnya dari Timur ke Barat,maka bertanyalah Jibril kepada Allah,"Adakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik dari aku? "Firman Allah,"Tidak."Lalu Jibril bangun untuk solat sunat 2 rakaat kerana bersyukur kepada Allah.Setiap rakaat lamanya 20,000 tahun.

Bila Jibril selesai solat Allah pun berfirman,"Engkau telah menyembah Aku dengan bersungguh-sungguh dan tiada siapa yang pernah menyembah Aku sepertimu itu tetapi akan ada seorang nabi yang mulia di akhir zaman nanti namanya 'Muhammad'.Umatnya sering melakukan dosa tetapi jika mereka mengerjakan solat sunat 2 rakaat maka demi keegoanKu solat mereka itu lebih Aku sukai dari solatmu.Mereka menunaikan solat di atas perintahKu sedangkan solatmu itu bukanlah dari perintahKu."Jibril bertanya lagi,"Apa yang telah Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai balasannya?"Firman Allah,"Aku berikan mereka syurga Ma'wa."

Lalu Jibril meminta izin dari Allah untuk pergi melihat syurga itu.Setelah diizinkan ia pun pergi dengan mengembangkan sayapnya yang besar dan menempuh perjalanan selama 300 tahun.Setelah penat Jibril pun berehat untuk seketika lalu bertanya kepada Allah,"Apakah aku sudah sampai separuh jalan atau sepertiga atau seperempat?"Firman Allah,"Wahai Jibril! Jika engkau terbang selama 3000 tahun lagi pun engkau tidak akan sampai pada 1/10,itulah syurga Ma'wa yang Aku sediakan untuk umat Muhammad yang mengerjakan solat sunat dua rakaat.

Gangguan Iblis Dalam Sembahyang

Rasullulah telah menyoal iblis sabdanya,"Wahai Iblis ! Ketika umatku berdiri mendirikan sembahyang,bagaimanakah hal engkau pada waktu itu?

Jawab iblis,"Waktu itulah masa yang paling sukar bagiku,seluruh badanku akan menggeletar dan lemah.Lalu aku memerintahkan sekalian bala tenteraku yang terdiri dari syaitan dan jin supaya menggoda orang yang hendak sembahyang itu.

Setiap orang akan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan,sesetengah pada anggotanya supaya ia merasa malas.Sesetengah akan masuk ke dalam hatinya supaya ia merasa was-was serta terlupa akan bilangan rakaat dan bimbang terhadap pekerjaan dunia lalu ia segera keluar dari sembahyangnya.

Sesetengah masuk ke dalam mata dan menjadikan hatinya tidak senang.Setengah yang lain pula akan duduk di atas belakangnya supaya orang itu tidak tahan lama untuk duduk tahiyat akhir,sementara di dalam hatinya berkehendakkan supaya sembahyang itu cepat habis.Semua godaan ini adalah supaya pahala sembahyang seseorang umatmu itu menjadi kurang.Sekiranya segala godaan syaitan itu tidak berhasil maka akan aku hukum dengan seberat-berat hukuman ke atas syaitan-syaitan itu".

HAIWAN DAN ZODIAK

KUCING

01-05 Februari
24-31 Mac
25-30 Jun
15-27 September
17-30 November

TIKUS

10-24 Januari
16-23 Mac
15-26 April
01-03 Jun
01-09 Julai
16-25 Ogos

ARNAB

01-09 Januari
01-03 April
15-20 Jun
10-15 Julai
28-30 September
01-16 Disember

SINGA

25-31 Januari
13-15 Mac
22-31 Mei
01-16 November

MERPATI

06-14 Februari
14-21 Mei
16-26 Julai
01-14 September
26-31 Disember

PENYU

15-21 Februari
27-30 April
04-14 Jun
26-31 Ogos
16-27 Oktober

MONYET

01-12 Mac
01-13 Mei
21-24 Jun
01-15 Ogos
01-15 Oktober
17-25 Disember

HARIMAU KUMBANG

22-28 Februari
04-14 April
28-31 Oktober

ARNAB

Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman.Sikapmu yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa.Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan.

KUCING

Pemalu dan comel,itu karektor yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini.Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tak dikenalinya.Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman.Dari sudut pandangan lain,ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.

MONYET

Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai.Kamu juga sentiasa sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif.Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekelilingmu untuk menjalinkan ikatan persahabatan denganmu.Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekalipun.Walaubagaimanapun,sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak.Bagi kamu,itu semua tidak penting!Prinsip hidup kamu,'hidup mesti ceria'selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.

HARIMAU KUMBANG

Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekelilingmu.Walau bagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman.Emosi mu yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekelilingmu sentiasa berhati-hati ketika bersama denganmu.Selain itu,kamu juga sering di kaitkan dengan pelbagai gosip.Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki,ternyata kamu sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.

TIKUS

'Diam-diam ubi berisi' itulah gambaran terdekat mengenai keperibadianmu.Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan.Sikap terlalu pemalu yang ada dalam dirimu itu harus dikurangkan.Selain itu,sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekelilingmu.Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular,dirimu tetap di kenali ramai.

SINGA

Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin.Individu sekelilingmu sentiasa berasa selamat bila berdampingan denganmu.Kamu juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik.Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam dirimu telah menarik ramai orang untuk bersahabat denganmu,maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru saban hari.

PENYU

Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu.Namun,ada sesetengah pihak agak kurang senang hati denagn sikapmu kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan perpepsi pemikiran diri kamu sendiri.Walau bagaimanapun kamu adalah seorang teman yang baik dan tidak bersikap seperti 'talam dua muka'.

MERPATI

Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta.Kamu juga tergolong dalam kategori individu yang sentiasa bersikap tenang.Sememangnya kamu bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu,namun kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harianmu.

7 PERKARA MEMBUAT ANDA BERMOTIVASI DI WAKTU PAGI

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi adalah :

1.Bersyukur,bersyukur,bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup,anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini,lebih baik dari kelmarin.

2.Tekad Bermotivasi

Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya.Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca seminit dua.

Di waktu pagi jangan buka email,baca news paper,baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan.Sebab ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3.Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media,misalnya motivasi pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzi di Hot FM.Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ini.

Motivasi harus dijaga,sebab kalau tak dijaga ia mudah turun.Kesannya,anda menjadi tidak bersemangat,lemah longlai dan lemah.

4.Dalam Apa Jua Yang Anda Buat,Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja,baca Bismillah,moga anda di jauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai,mengantuk macam tak cukup 'cas bateri' saja.

Andai kata anda seorang pelajar,bermula dari nak masuk kelas,duduk di kerusi anda dan mula nak buka buku,mulakan semuanya dengan Bismillah.Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.Masuk saja ke dalam kelas,pasang niat anda mahu menuntut ilmu.Bila istiqamah melakukannya,anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang.

5.Set Target Kemajuan Diri Sendiri.

Ini juga kurang dititikberatkan bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja,kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu,Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana,bekerja(atau mmenghadiri kelas)lepas itu nanti petang balik rumah,berehat,makan minum pastu tidur.Esok pagi bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup anda bagai dalam 1 bulatan,situ-situ saja.

Mulai hari ini,ubah sikap anda.Set target apa yang anda mahu capai,lagi bagus setkan untuk setiap hari.

6.Lihat Warna Cerah.

Warna boleh mempengaruhi mood.Warna cerah membuatkan kita jadi energetik,ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari,lihat warna-warna yang cerah seperti kuning,merah,biru,hijau.Cara ini saya dah test sendiri,berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda bewarna cerah sebab ia mampu menukar mood anda menjadi positif.

7.Penuhkan Hati Dengan Kemaafan.

Lepaskan segala yang dulu-dulu.Maafkan orang diwaktu pagi,maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam,rasa tak puas hati,geram,sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ini bersarang di hati walaupun sedikit ia menghalang motivasi.Kesannya,anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk,anda jadi orang yang berfikiran negatif,hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang,setiap situasi dan setiap benda.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Album Saye..

My Princess

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEDAI ANEKA ADLINQISADAM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.