Followers

SIFAT MULIA DALAM RUMAHTANGGA

1.JUJUR

Sama ada kita suami atau isteri,jujur terhadap pasangan sangat penting.Elakkan diri daripada berprasangka buruk terhadap pasangan.Buang jauh-jauh sifat negatif itu dari diri.Apabila hati sudah bersih,kita pasti akan lebih sayang dan cinta padanya.

2.BERTANGGUNGJAWAB

Kedua-dua belah pihak mesti tahu tanggungjawab masing-masing setelah diijabkabulkan.Sekiranya suami dan isteri menjalankan tugas yang di amanahkan sebaiknya,pasti tidak akan berlaku pertelingkahan.Dalam sesebuah institusi keluarga,suamilah yang bertanggungjawab memastikan seluruh ahli keluarga dijaga dan dibimbing sebaiknya mengikut jalan diredai ALLAH.Bagi isteri dan anak-anak pula,mereka bertanggungjawab mengikuti segala tunjuk ajar dan perintah suami selagi tidak bertentangan dengan kehendak agama.

3.BERWAWASAN

Semua pasangan suami isteri haruslah berbincang untuk menetapkan matlamat atau arah tuju keluarga.Matlamatnya haruslah sama agar perjalanan hidup lebih terarah.Bagi orang islam sewajarnya mereka memegang satu wawasan iaitu mahukan hidup yang kekal dan bahagia di Syurga.Oleh itu,barulah kita akan memilih jalan yang lurus dan yang diredhai di dunia ini agar dapat mencapai wawasan ke Syurga untuk bertemu ALLAH S.W.T.

4.DISIPLIN

Untuk memastikan matlamat tercapai,suami isteri malah seisi keluarga haruslah berdisiplin melakukan setiap yang disuruh agama dan meninggalkan apa yang dilarang.Ketahuilah bahawa disiplin teras kejayaan sama ada di dunia mahupun akhirat.

5.BEKERJASAMA

Apa yang penting? Kerja sama.Sesuatu pekerjaan jika dilakukan bersama-sama,mesti akan jadi lebih mudah.Berat sama dipikul,ringan sama di jinjing.

6.ADIL

Tidak kira suami ataupun isteri,kita mestilah sentiasa bersikap adil kepada semua orang agar rumah tangga aman dan damai sepanjang masa.Walau bagaimanapun,kita perlulah memahami konsep adil itu sendiri sebelum melaksanakannya

7.PRIHATIN

Rajin-rajinlah mengambil tahu apa yang berlaku di dalam keluarga kita.Selalu bertanya apa yang telah dilakukan mereka setiap hari.Jika ada yang tidak kena,perbetulkan segera.Hal ini penting bagi mengelakkan ahli keluarga kita tersasar jauh dari jalan yang sepatutnya kita lalui.

10 AMALAN DIMURAHKAN REZEKI

Berdasarkan konsep rezeki,Allah s.w.t telah membuka jalan yang seluas-luasnya untuk setiap hambanya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.Berikut adalah sepuluh amalan untuk dimurahkan rezeki.

1.Mengabdikan diri untuk beribadah
Allah s.w.t tidak mensia-siakan pengabdian hambanya seperti firmanNya. "Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk menyembahku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu."

2.Memperbanyakkan Istighfar
Sabda Nabi s.a.w,"Barangsiapa memperbanyakkan istighfar maka Allah S.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya,menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."

3.Sentiasa mengingati Allah
Firman Allah s.w.t,"Orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.

4.Mendoakan ibu dan bapa
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Mendoakan ibu dan bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki.Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya."

5.Menjalin silaturrahim
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya."

6.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.Lalu Rasulullah s.a.w bersabda,"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih(dari hadas)nescaya Allah akan memurahkan rezeki.

7.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah s.w.t membuka pintu rezeki seseorang itu.Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Zubair bin al-Awwam."Hai Zubair,ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,nescaya Allah membanyakkan baginya.Dan siapa yang menyedikitkan,nescaya Allah menyedikitkan baginya."

8.Mengamalkan solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia(aktiviti harian),juga mempunyai rahsia tersendiri.Firman Allah s.w.t'"Wahai anak Adam,jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha),nanti pasti akan aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."

9.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat Allah s.w.t.Melupainya adalah seperti kufur nikmat yang Allah berikan.Allah s.w.t berfirman,"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur ,nescaya Aku tambahi nikmatKu kepadamu,dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,sesungguhnya azabKu amat keras."

10.Bertawaka;l
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,nescaya kamu diberi rezeki seperti burung iaitu,pada pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.

TANDA-TANDA STRESS

Antara tanda seseorang itu mengalami tekanan perasaan :

1.Apabila seseorang itu sering berasa gementar,berpeluh,sakit kepala,bernafas laju,cepat letih,kerap buang air kecil dan besar,kurang selera makan dan juga mudah mendapat penyakit asma,sakit belakang dan juga masalah penghadaman.

2.Tanda-tanda seseorang mengalami stress juga boleh dikesan melalui psikologikal yang ditunjukkan seperti mudah berasa bimbang,keliru,kurang daya tumpuan,sukar kawal diri,sukar hendak tidur,perubahan emosi seperti sering berasa kecewa,mewujudkan permusuhan,rasa tidak berdaya,cepat marah dan lemah semangat.

3.Mengalami gangguan fikiran.Individu yang mengalami tekanan perasaan ini sukar untuk membuat keputusan,kurang berminat terhadap aktiviti-aktiviti harian yang sering dilakukan dan individu ini juga sering sahaja berfikiran negatif terhadap banyak perkara.

4.Bagi individu yang mengalami tekanan perasaan juga sering menunjukkannya melalui tingkah lakunya apabila melakukan sesuatu.Individu ini sering bercakap dengan kuat dan cepat,sentiasa menguap,suka menggigit jari,mengetap bibir,kerap menggerakkan jari,mudah berasa letih,terlalu bergantung kepada orang lain,bertindak secara tidak logik dan ada kalanya terlalu beremosi terhadap sesuatu perkara tersebut.

Dalam jangkamasa panjang,stress boleh memberi kesan yang teruk kepada diri kamu.Kamu perlu mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini,sekiranya tidak,ia akan memberi kesan kepada diri.Antara kesannya ialah;

1)MUDAH KELETIHAN DAN CEPAT PENAT
2)KEKECEWAAN
3)HILANG SEMANGAT (burn out)

RENUNGKAN SEJENAK.......

*Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.Dalam islam sendiri panggilan yang baik adalah digalakkan.

*Berikan anak anda pelukan setiap hari.Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekutan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

*Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang.Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.

*Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.Berilah pujian,pelukan,ciuman,hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

*Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan,mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

*Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga.Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar.

*Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak,janganlah mengeluh.Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

Ada makna tersirat di sebalik telinga,rambut,leher dan bahu....

KENALI PERSONALITI MELALUI BENTUK LEHER

Leher berfungsi menahan kepala daripada jatuh.Oleh itu,bentuk leher boleh menerangkan kita tentang usia,kekayaan dan kejayaan seseorang.Leher bulat menampakkan kekuatan otot-otot leher menunjukkan pemiliknya sihat,disukai ramai orang dan romantik.Manakala leher yang pendek dan tegap memberitahu kita empunya leher bertenaga,mempunyai kemahiran mengendalikan orang bawahan dengan baik,berjaya dalam perniagaan dan politik.Sekiranya leher itu kurus dan rata,ini menunjukkan sifat suka bergantung harap kepada orang lain.Leher yang panjang dan berisi pula pemiliknya seorang pelajar yang berbakat,sederhana dan mencintai seni.

KENALI PERSONALITI MELALUI JENIS RAMBUT

Rambut adalah mahkota setiap individu.Mahkota ini berbeza daripada individu ke seorang individu yang lain.Rambut yang nipis melambangkan pemiliknya yang bijaksana,kreatif dan romantik.Rambut kerinting pula menunjukkan orang itu sangat bijaksana,mudah berubah pendirian dan cepat naik angin.Rambut yang sangat lurus menerangkan empunya rambut yang penyayang dan cepat puas hati.Manakala rambut yang kasar menunjukkan orang itu bertindak mengikut perasaan bukan fikiran.Rambut yang nipis dan rata pula memberitahu orang itu suka dipuji kecantikannya.Jika dia memuji orang lain sebenarnya dia mahukan orang itu memuji dirinya.

KENALI PERSONALITI MELALUI TELINGA

Ada tiga kedudukan telinga yang jelas iaitu tinggi,tengah dan bawah.Kedudukan telinga yang lebih tinggi dari paras mata menunjukkan orang itu mencapai kejayaan yang awal pada usia muda.Kedudukan telinga di tengah paras mata memberitahu bahawa individu itu mencapai kejayaan pada usia 30-an.Berlainan pula jika kedudukan telinga itu di bawah paras mata menunjukkan kejayaan hanya dicapai pada usia 40-an.

KENALI PERSONALITI MELALUI BENTUK BAHU

Bahu digunakan unuk menggalas beg dan benda.Bahu juga menerangkan kita tentang kemampuan pemiliknya menggalas sendiri hidupnya.Bahu yang yang kurus sempit melambangkan orangnya yang kurang bertenaga,tidak banyak yang dicapai dalam hidupnya dan tidak aktif dalam sukan.Manakala bahu yang berlekuk menerangkan individu itu sentiasa sibuk dengan pelbagai kerja.Bahu yang terbaik ialah bahu yang bidang dan otot-otot bahunya kelihatan.Orang ini berjaya dalam pengurusan dan perniagaan,mampu menangani apa jua krisis serta masalah,berkeyakinan tinggi,suka membantu orang lain,peramah dan daya seks yang tinggi.Bahu yang kelihatan jatuh melambangkan kurang kekutan tetapi jika kelihatan otot-otot bahu,ini melambangkan orang itu atlet dan bertuah.

Rahsia Nama Bermula Dengan Huruf

A - Menggambarkan seseorang itu bijak.
B - Berpengaruh ke atas diri orang lain dan mengutamakan material.
C - Mudah terikut-ikut tapi jujur dalam persahabatan.
D - Kamu seorang yang gugup.
E - Kamu sebenarnya seorang yang suka cari pasal dengan orang lain.
F - Kamu pandai berdikari dan tidak suka cari pasal denagn orang lain.
G - Seorang yang rajin dan bekerja keras untuk hidup.
H - Mengutamakan keceriaan dan kegembiraan dalam hidup.
I - Sentiasa memerlukan perhatian orang lain.
J - Tak sukar berurusan dengan orang yang sempoi.
K - Kamu ni jenis yang lembut hati dan tak suka simpan demdam.
L - Sering menarik perhatian orang yang berlainan jantina.
M - Agak kaku tetapi mampu menjadi ketua yang baik.
N - Sanggup menghadapi apa jua rintangan dalam mengejar impian dan cita-cita.
O - Suka menyendiri.
Q - Tak suka dedahkan diri kepada orang lain dan lebih suka hidup misteri.
R - Kamu seorang yang kuat bekerja.
S - Berpendirian kukuh dan bersemangat.
T - Romantis orangnya.
U - Kamu seorang yang pendiam dan agak sukar bekomunikasi dengan kamu.
V - Kadangkala sikapnya sering disalah anggap.
W - Agak lambat bertindak tetapi tetap akan lakukannya.
X - Sabar,teliti dan tekun.
Y - Pintar dan mampu mempengaruhi orang lain.
Z - Sukar untuk dinilai perlakuan mereka.

Luahkan dengan warna bunga...



Bunga memang sinonim dengan simbol.Ia sebuah lambang dari kecantikan dan kasih sayang.Makna dari sekuntum,sejambang ataupun serangkaian bunga boleh diertikan lebih luas dari hanya sebuah cinta antara pasangan.Seringkali bunga dibeli seseorang bukan hanya menyatakan cinta dan kasih sayang,tetapi juga untuk permohonan maaf serta tanda simpati kepada seseorang.
Kebiasaannya memberi bunga untuk menyampaikan rasa dan ekspresi ini bukan hanya terjadi di negara barat saja,kerana di negara kita juga budaya ini telah menjadi satu tradisi dalam kebudayaan moden.Dalam hal yang berkaitan cinta dan kasih sayang,bungalah kuncinya.Walau demikian,sebenarnya setiap warna bunga memiliki makna masing-masing.Cuba sesuaikan warna bunga yang pernah anda dapat dengan maknanya di bawah ini.

SIMBOL CINTA ( MERAH )

Ini adalah bunga dengan warna yang paling lazim dan mungkin paling sering anda dapat daripada pasangan.Warna merah diertikan sebagai lambang kecantikan sekali gus keghairahan cinta.Merah memang warna yang paling berani dan memberi kesan kejam,tetapi untuk warna bunga adalah sebaliknya.Ia lebih mendalam dan membara.Tidak hairan bila anda sering menerima mawar merah daripada pasangan kan?

SIMBOL KESUCIAN,LUGU DAN POLOS ( PUTIH )

Warna putih umumnya merupakan suatu luahan pada hal-hal yang bukan fizikal semata.Putih melambangkan cinta secara rohani yang suci dan meneduhkan,bukan merupakan cinta badani yang penuh ghairah.Di Jepun warna putih melambangkan duka cita,dari sana lahir tradisi yang menjadikan mawar putih sebagai simbol kekuatan cinta yang tidak pernah mati.

SIMBOL KECERIAAN,PERSAHABATAN SERTA KECEMBURUAN (KUNING)

Lain padang lain belalang,lain lubuk lain ikannya.Di Amerika Syarikat bunga berwarna kuning sering digunakan untuk mengungkapkan keakraban serta kesederhanaan.Di Britain,warna ini bermakna simbol kecemburuan.

SIMBOL KEBAHAGIAAN,KEANGGUNAN DAN KEPERCAYAAN ( MERAH JAMBU )

Merah jambu merupakan ungkapan dari ekspresi rasa percaya.Sementara bila ingin lebih terperinci,merah jambu pekat membawa maksud rasa syukur,atau ucapan terima kasih.Sementara merah jambu muda atau pucat memberi erti pernyataan simpati.

SIMBOL SUATU KEINGINAN ATAU HASRAT ( CORAL )

Warna ini memang mirip tone warna bebatuan.Alami dan menawan dengan warna seperti bebatuan,berunsur coklat,sedikit merah juga oren.Sekiranya anda ingin mengenal seseorang lebih jauh,berikan saja bunga berwarna coral ini.

SIMBOL PESONA ( OREN )

Sebagaimana terang dan colourful-nya warna oren,warna ini mewakili sebuah pujian ataupun rasa terpesona pada seseorang.

SIMBOL KEDEWASAAN SERTA KEKAGUMAN (UNGU)

Jangan pedulikan frasa ungkapan,'ungu si warna janda'.Bunga yang bewarna ungu sebenarnya mengungkapkan rasa kagum dan terpikat..

Kenali Personaliti Lelaki Melalui Hidung

Nikmat deria paling besar ertinya kepada diri seseorang.Setiap manusia mempunyai ciri-ciri yang berbeza,unik dan punya keistimewaan yang tersendiri.Mata,mulut,tangan dan hidung sebenarnya mempunyai makna yang tersirat.Karakter seseorang dapat dinilai berdasarkan bentuk-bentuknya.Kali ini kita cuba menyingkap rahsia dan personaliti seseorang lelaki melalui bentuk hidungnya.

1.HIDUNG PANJANG
Lelaki yang memiliki hidung sebegini merupakan seseorang yang mempunyai personaliti kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya.Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya.Selain itu,mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati,hanya mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu.Mereka juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

2.HIDUNG KECIL
Lelaki berhidung kecil,mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni.Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan.Bagi mereka yang berhidung kecil,suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.Dia juga seorang yang peramah,dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelililngnya.Ada kalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakkan.Awas,pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian.Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan,tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut.

3.HIDUNG TAJAM
Awas dengan pemilik hidung tajam!Mereka ini jenis yang memandang kebendaan.Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya.Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut.Ini tidak bermakna mereka jenis yang memandang kebendaan,mereka sekadar gemar mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat dan bukan menumpang kekayaan orang lain.Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

4.HIDUNG PARUH BURUNG
Hidung paruh burung kelihatan seperti patah sedikit.Nampak berlainan daripada bentuk hidung yang lain,tetapi lelaki jenis ini ada keistimewaannya yang tersendiri.Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.Mereka cukup tegas dalam apa-apa jua keadaan,tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan.Mereka cukup imaginatif,kreatif dan bijak,tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

5.HIDUNG LURUS
Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan lelaki hidung lurus.Mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara.Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri.Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu.

6.HIDUNG KEMBANG
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja.Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka.Jika anda ingin meminta pertolongan,carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa.Mereka mudah kasihan kepada teman-teman,sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

7.HIDUNG RUNCING
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi.Mereka juga licik orangnya,mereka juga bersifat pentingkan diri sendiri.Satu lagi kelemahan si hidung runcing,mereka mudah terpengaruh dengan apa-apa juga yang dilakukan oleh orang lain.Mood mereka sukar dijangka,jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang 'bodoh' kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

8.HIDUNG PESEK
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia.Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa.Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara,sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik.Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja.Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.

10 cara Ungkapkan Cinta

Hidup berumahtangga akan disulami dengan suka duka yang silih berganti.Lalu tidak mustahil perasaan cinta akan pudar,Namun masih ada pasangan yang tetap sayang namun seperti ada tembok penghalang untuk mereka mengungkapkan cinta.Mengungkapkan kata cinta bukan terhad pada hari-hari istimewa.Ia boleh diucapkan bila-bila masa,sama seperti memberikan ciuman dan pelukan setiap hari.
Mengucap kata cinta dan sayang bukanlah perkara tabu atau sukar,tetapi jangan tidak percaya mungkin bagi sesetengah orang itu merupakan pekerjaan yang susah.
Sebenarnya,ada cara-cara sederhana untuk mengungkapkan cinta,baiklah kata orang tindakan bicara lebih keras dari pada kata-kata! Sekarang perhatikan tip-tip sederhana di bawah ini untuk panduan anda mengungkapkan kasih-sayang pada yang tersayang.

1.Letakkan catatan di meja makan sebelum sarapan,dengan tulisan 'Aku Mencintaimu'.
2.Kirimkan sebuah e-mail pada pasangan anda berisi sebuah puisi cinta.
3.Kirimkan e-card cinta pada pasangan anda.Untuk yang ini,anda juga boleh melakukannya setiap hari.
4.Kirimkan bunga dengan catatan singkat'Aku Cinta Padamu'
5.Buat senarai perkara-perkara yang membuatkan anda mencintainya,betapa pun bunyinya macam konyol,berikan senarai panjang itu padanya.
6.Luangkan waktu khusus hanya untuk berdua-duaan dengan pasangan anda.
7.Beri pelukan hangat di tempat yang dia tak menduga anda akan melakukannya.
8.Buat masakan makanan kegemaran pasangan.
9.Saat bersamanya,berikan senyuman anda yang paling manis dan tatap matanya dalam-dalam.
10.Jika anda dan pasangan terpisah kerana terpaksa (urusan kerja misalnya)lakukan kunjungan kejutan.

Siapakah?????

Siapakah Orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata"Inna lillahi wainna illahi rajiuun." Lalu sambil berkata."Ya Rabbi Aku Redha dengan KetentuanMu ini," sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang cantik?
Orang yang cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Album Saye..

My Princess

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEDAI ANEKA ADLINQISADAM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.