Followers

Ada makna tersirat di sebalik telinga,rambut,leher dan bahu....

KENALI PERSONALITI MELALUI BENTUK LEHER

Leher berfungsi menahan kepala daripada jatuh.Oleh itu,bentuk leher boleh menerangkan kita tentang usia,kekayaan dan kejayaan seseorang.Leher bulat menampakkan kekuatan otot-otot leher menunjukkan pemiliknya sihat,disukai ramai orang dan romantik.Manakala leher yang pendek dan tegap memberitahu kita empunya leher bertenaga,mempunyai kemahiran mengendalikan orang bawahan dengan baik,berjaya dalam perniagaan dan politik.Sekiranya leher itu kurus dan rata,ini menunjukkan sifat suka bergantung harap kepada orang lain.Leher yang panjang dan berisi pula pemiliknya seorang pelajar yang berbakat,sederhana dan mencintai seni.

KENALI PERSONALITI MELALUI JENIS RAMBUT

Rambut adalah mahkota setiap individu.Mahkota ini berbeza daripada individu ke seorang individu yang lain.Rambut yang nipis melambangkan pemiliknya yang bijaksana,kreatif dan romantik.Rambut kerinting pula menunjukkan orang itu sangat bijaksana,mudah berubah pendirian dan cepat naik angin.Rambut yang sangat lurus menerangkan empunya rambut yang penyayang dan cepat puas hati.Manakala rambut yang kasar menunjukkan orang itu bertindak mengikut perasaan bukan fikiran.Rambut yang nipis dan rata pula memberitahu orang itu suka dipuji kecantikannya.Jika dia memuji orang lain sebenarnya dia mahukan orang itu memuji dirinya.

KENALI PERSONALITI MELALUI TELINGA

Ada tiga kedudukan telinga yang jelas iaitu tinggi,tengah dan bawah.Kedudukan telinga yang lebih tinggi dari paras mata menunjukkan orang itu mencapai kejayaan yang awal pada usia muda.Kedudukan telinga di tengah paras mata memberitahu bahawa individu itu mencapai kejayaan pada usia 30-an.Berlainan pula jika kedudukan telinga itu di bawah paras mata menunjukkan kejayaan hanya dicapai pada usia 40-an.

KENALI PERSONALITI MELALUI BENTUK BAHU

Bahu digunakan unuk menggalas beg dan benda.Bahu juga menerangkan kita tentang kemampuan pemiliknya menggalas sendiri hidupnya.Bahu yang yang kurus sempit melambangkan orangnya yang kurang bertenaga,tidak banyak yang dicapai dalam hidupnya dan tidak aktif dalam sukan.Manakala bahu yang berlekuk menerangkan individu itu sentiasa sibuk dengan pelbagai kerja.Bahu yang terbaik ialah bahu yang bidang dan otot-otot bahunya kelihatan.Orang ini berjaya dalam pengurusan dan perniagaan,mampu menangani apa jua krisis serta masalah,berkeyakinan tinggi,suka membantu orang lain,peramah dan daya seks yang tinggi.Bahu yang kelihatan jatuh melambangkan kurang kekutan tetapi jika kelihatan otot-otot bahu,ini melambangkan orang itu atlet dan bertuah.

Rahsia Nama Bermula Dengan Huruf

A - Menggambarkan seseorang itu bijak.
B - Berpengaruh ke atas diri orang lain dan mengutamakan material.
C - Mudah terikut-ikut tapi jujur dalam persahabatan.
D - Kamu seorang yang gugup.
E - Kamu sebenarnya seorang yang suka cari pasal dengan orang lain.
F - Kamu pandai berdikari dan tidak suka cari pasal denagn orang lain.
G - Seorang yang rajin dan bekerja keras untuk hidup.
H - Mengutamakan keceriaan dan kegembiraan dalam hidup.
I - Sentiasa memerlukan perhatian orang lain.
J - Tak sukar berurusan dengan orang yang sempoi.
K - Kamu ni jenis yang lembut hati dan tak suka simpan demdam.
L - Sering menarik perhatian orang yang berlainan jantina.
M - Agak kaku tetapi mampu menjadi ketua yang baik.
N - Sanggup menghadapi apa jua rintangan dalam mengejar impian dan cita-cita.
O - Suka menyendiri.
Q - Tak suka dedahkan diri kepada orang lain dan lebih suka hidup misteri.
R - Kamu seorang yang kuat bekerja.
S - Berpendirian kukuh dan bersemangat.
T - Romantis orangnya.
U - Kamu seorang yang pendiam dan agak sukar bekomunikasi dengan kamu.
V - Kadangkala sikapnya sering disalah anggap.
W - Agak lambat bertindak tetapi tetap akan lakukannya.
X - Sabar,teliti dan tekun.
Y - Pintar dan mampu mempengaruhi orang lain.
Z - Sukar untuk dinilai perlakuan mereka.

Luahkan dengan warna bunga...



Bunga memang sinonim dengan simbol.Ia sebuah lambang dari kecantikan dan kasih sayang.Makna dari sekuntum,sejambang ataupun serangkaian bunga boleh diertikan lebih luas dari hanya sebuah cinta antara pasangan.Seringkali bunga dibeli seseorang bukan hanya menyatakan cinta dan kasih sayang,tetapi juga untuk permohonan maaf serta tanda simpati kepada seseorang.
Kebiasaannya memberi bunga untuk menyampaikan rasa dan ekspresi ini bukan hanya terjadi di negara barat saja,kerana di negara kita juga budaya ini telah menjadi satu tradisi dalam kebudayaan moden.Dalam hal yang berkaitan cinta dan kasih sayang,bungalah kuncinya.Walau demikian,sebenarnya setiap warna bunga memiliki makna masing-masing.Cuba sesuaikan warna bunga yang pernah anda dapat dengan maknanya di bawah ini.

SIMBOL CINTA ( MERAH )

Ini adalah bunga dengan warna yang paling lazim dan mungkin paling sering anda dapat daripada pasangan.Warna merah diertikan sebagai lambang kecantikan sekali gus keghairahan cinta.Merah memang warna yang paling berani dan memberi kesan kejam,tetapi untuk warna bunga adalah sebaliknya.Ia lebih mendalam dan membara.Tidak hairan bila anda sering menerima mawar merah daripada pasangan kan?

SIMBOL KESUCIAN,LUGU DAN POLOS ( PUTIH )

Warna putih umumnya merupakan suatu luahan pada hal-hal yang bukan fizikal semata.Putih melambangkan cinta secara rohani yang suci dan meneduhkan,bukan merupakan cinta badani yang penuh ghairah.Di Jepun warna putih melambangkan duka cita,dari sana lahir tradisi yang menjadikan mawar putih sebagai simbol kekuatan cinta yang tidak pernah mati.

SIMBOL KECERIAAN,PERSAHABATAN SERTA KECEMBURUAN (KUNING)

Lain padang lain belalang,lain lubuk lain ikannya.Di Amerika Syarikat bunga berwarna kuning sering digunakan untuk mengungkapkan keakraban serta kesederhanaan.Di Britain,warna ini bermakna simbol kecemburuan.

SIMBOL KEBAHAGIAAN,KEANGGUNAN DAN KEPERCAYAAN ( MERAH JAMBU )

Merah jambu merupakan ungkapan dari ekspresi rasa percaya.Sementara bila ingin lebih terperinci,merah jambu pekat membawa maksud rasa syukur,atau ucapan terima kasih.Sementara merah jambu muda atau pucat memberi erti pernyataan simpati.

SIMBOL SUATU KEINGINAN ATAU HASRAT ( CORAL )

Warna ini memang mirip tone warna bebatuan.Alami dan menawan dengan warna seperti bebatuan,berunsur coklat,sedikit merah juga oren.Sekiranya anda ingin mengenal seseorang lebih jauh,berikan saja bunga berwarna coral ini.

SIMBOL PESONA ( OREN )

Sebagaimana terang dan colourful-nya warna oren,warna ini mewakili sebuah pujian ataupun rasa terpesona pada seseorang.

SIMBOL KEDEWASAAN SERTA KEKAGUMAN (UNGU)

Jangan pedulikan frasa ungkapan,'ungu si warna janda'.Bunga yang bewarna ungu sebenarnya mengungkapkan rasa kagum dan terpikat..

Kenali Personaliti Lelaki Melalui Hidung

Nikmat deria paling besar ertinya kepada diri seseorang.Setiap manusia mempunyai ciri-ciri yang berbeza,unik dan punya keistimewaan yang tersendiri.Mata,mulut,tangan dan hidung sebenarnya mempunyai makna yang tersirat.Karakter seseorang dapat dinilai berdasarkan bentuk-bentuknya.Kali ini kita cuba menyingkap rahsia dan personaliti seseorang lelaki melalui bentuk hidungnya.

1.HIDUNG PANJANG
Lelaki yang memiliki hidung sebegini merupakan seseorang yang mempunyai personaliti kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya.Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya.Selain itu,mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati,hanya mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu.Mereka juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

2.HIDUNG KECIL
Lelaki berhidung kecil,mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni.Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan.Bagi mereka yang berhidung kecil,suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.Dia juga seorang yang peramah,dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelililngnya.Ada kalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakkan.Awas,pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian.Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan,tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut.

3.HIDUNG TAJAM
Awas dengan pemilik hidung tajam!Mereka ini jenis yang memandang kebendaan.Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya.Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut.Ini tidak bermakna mereka jenis yang memandang kebendaan,mereka sekadar gemar mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat dan bukan menumpang kekayaan orang lain.Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

4.HIDUNG PARUH BURUNG
Hidung paruh burung kelihatan seperti patah sedikit.Nampak berlainan daripada bentuk hidung yang lain,tetapi lelaki jenis ini ada keistimewaannya yang tersendiri.Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.Mereka cukup tegas dalam apa-apa jua keadaan,tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan.Mereka cukup imaginatif,kreatif dan bijak,tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.

5.HIDUNG LURUS
Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan lelaki hidung lurus.Mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara.Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri.Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu.

6.HIDUNG KEMBANG
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja.Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka.Jika anda ingin meminta pertolongan,carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa.Mereka mudah kasihan kepada teman-teman,sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

7.HIDUNG RUNCING
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi.Mereka juga licik orangnya,mereka juga bersifat pentingkan diri sendiri.Satu lagi kelemahan si hidung runcing,mereka mudah terpengaruh dengan apa-apa juga yang dilakukan oleh orang lain.Mood mereka sukar dijangka,jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang 'bodoh' kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

8.HIDUNG PESEK
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia.Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa.Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara,sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik.Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja.Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.

10 cara Ungkapkan Cinta

Hidup berumahtangga akan disulami dengan suka duka yang silih berganti.Lalu tidak mustahil perasaan cinta akan pudar,Namun masih ada pasangan yang tetap sayang namun seperti ada tembok penghalang untuk mereka mengungkapkan cinta.Mengungkapkan kata cinta bukan terhad pada hari-hari istimewa.Ia boleh diucapkan bila-bila masa,sama seperti memberikan ciuman dan pelukan setiap hari.
Mengucap kata cinta dan sayang bukanlah perkara tabu atau sukar,tetapi jangan tidak percaya mungkin bagi sesetengah orang itu merupakan pekerjaan yang susah.
Sebenarnya,ada cara-cara sederhana untuk mengungkapkan cinta,baiklah kata orang tindakan bicara lebih keras dari pada kata-kata! Sekarang perhatikan tip-tip sederhana di bawah ini untuk panduan anda mengungkapkan kasih-sayang pada yang tersayang.

1.Letakkan catatan di meja makan sebelum sarapan,dengan tulisan 'Aku Mencintaimu'.
2.Kirimkan sebuah e-mail pada pasangan anda berisi sebuah puisi cinta.
3.Kirimkan e-card cinta pada pasangan anda.Untuk yang ini,anda juga boleh melakukannya setiap hari.
4.Kirimkan bunga dengan catatan singkat'Aku Cinta Padamu'
5.Buat senarai perkara-perkara yang membuatkan anda mencintainya,betapa pun bunyinya macam konyol,berikan senarai panjang itu padanya.
6.Luangkan waktu khusus hanya untuk berdua-duaan dengan pasangan anda.
7.Beri pelukan hangat di tempat yang dia tak menduga anda akan melakukannya.
8.Buat masakan makanan kegemaran pasangan.
9.Saat bersamanya,berikan senyuman anda yang paling manis dan tatap matanya dalam-dalam.
10.Jika anda dan pasangan terpisah kerana terpaksa (urusan kerja misalnya)lakukan kunjungan kejutan.

Siapakah?????

Siapakah Orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata"Inna lillahi wainna illahi rajiuun." Lalu sambil berkata."Ya Rabbi Aku Redha dengan KetentuanMu ini," sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang cantik?
Orang yang cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka...

20 Tanda Iman Yang lemah

Iman yang lemah merupakan penyakit hati dan seperti halnya semua penyakit maka iman yang lemah juga memiliki petanda.Tanda-tanda itu jelas dan kita dapat mencatatnya sehingga boleh melakukan pengujian sendiri terhadap kadar keimanan kita.

Terdapat 20 tanda iman yang lemah dan semoga kita dapat meningkatkan keimanan kita:-

1.Melakukan dosa tapi tidak merasa bersalah.
2.Memiliki hati yang keras dan tidak berkeinginan untuk membaca Al-Quran.
3.Merasa malas untuk berbuat baik,misalnya amat susah dalam melaksanakan solat.
4.Melalaikan sunnah.
5.Perasaan yang mudah berubah,contohnya cepat marah tentang sesuatu hal dan banyak terganggu.
6.Tidak merasakan apapun ketika mendengarkan ayat-ayat Qur'an,misalnya ketika Allah memperingatkan kita tentang azab.
7.Menemukan kesulitan ketika mengingati Allah dan berzikir.
8.Tidak merasa bersalah ketika melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran islam.
9.Menginginkan status dan kekayaan.
10.Menjadi jahat,tamak dan kedekut iaitu tidak ingin hartanya dibahagikan kepada orang lain.
11.Menyuruh orang lain untuk berbuat baik tapi sendirinya tidak mempraktikkannya.
12.Merasa senang atau gembira ketika sesuatu perkara yang buruk atau tiada kemajuan terjadi pada orang lain.
13.Hanya peduli pada yang halal dan haram sahaja dan tidak menghindari yang makruh.
14.Mentertawakan seseorang yang melakukan sesuatu kebaikan yang kecil seperti membersihkan masjid.
15.Tidak peduli dengan keaadaan umat islam.
16.Tidak merasa bertanggungjawab untuk ikut memajukan islam.
17.Menyukai berdebat walaupun itu tanpa bukti.
18.Tidak mampu menghadapi musibah,contohnya menangis dan berteriak dengan keras ketika ada kematian.
19.Menjadi terleka dan terlibat jauh dengan dunia,dengan sesuatu yang bersifat duniawi,iaitu merasa hancur ketika kehilangan harta kekayaan.
20.Menjadi lalai dan obses pada diri sendiri.

12 Punca Perceraian

1.KECURANGAN

Ini adalah punca paling kerap didengar.Mengapakah hal ini boleh terjadi..Mungkin kerana hati sudah berjaya ditawan oleh orang lain yang dianggap lebih memahami.Jika hal ini terjadi pada anda,selidikilah diri sendiri dan perbaiki setiap kesilapan.Jangan hanya salahkan pihak yang satu lagi.

2.MASALAH KOMUNIKASI

Selepas tinggal bersama untuk satu-satu tempoh,pasangan didapati seakan tidak mampu berkomunikasi secara normal.Setiap kali bercakap,ada saja yang tidak kena.Akibatnya timbul pelbagai konflik yang membawa ke kancah perceraian.

3.PENDERAAN FIZIKAL,PSIKOLOGI ATAUPUN EMOSI

Tidak kira sama ada anda lelaki ataupun perempuan,deraan dalam apa bentuk sekalipun sangat menyakitkan.Kerana penderaan ini,perkahwinan yang pada mulanya atas dasar suka sama suka dianggap satu penyesalan.

4.SOAL KEWANGAN

Setelah keluarga semakin membesar dan perbelanjaan kian bertambah,wang mula menjadi punca perselisihan faham.Bagi yang tidak tabah hadapi dugaan,pertengkaran adalah lumrah.Apa tidaknya,perbelanjaan yang mewah sebelum ini terpaksa disekat lantaran tidak cukup duit.Akibat tidak puas hati dan rasa terseksa,ramai memilih jalan mudah iaitu bercerai.

5.KETIDAKUPAYAAN SEKSUAL

Bagi yang sabar dan percaya bahawa setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya,ketidakupayaan seksual bukanlah masalah utama dalam rumah tangga.Akan tetapi,bagi yang tidak sabar dan hanya pentingkan diri sendiri,hal itu sudah cukup kuat untuk dijadikan alasan perceraian.

6.BOSAN

Tidak dinafikan dalam dunia ini ramai manusia yang cepat bosan.Mereka-mereka inilah yang sukar mempertahankan ikatan perkahwinan yang telah dibina lebih-lebih lagi sekiranya aktiviti harian sama setiap hari.

7.KETIDAKSEFAHAMAN

Setelah berumah tangga,anda seharusnya bertolak ansur dengan pasangan.Tidak perlu bertelingkah hanya kerana mempertahankan idea anda yang belum tentu betul.Ketahuilah bahawa ketidaksefahaman jika tidak ditangani dengan bijak akan membawa kepada kemusnahan institusi keluarga.

8.KETAGIHAN

Ketagihan memang pemusnah.Bukan sahaja pada diri sendiri malah pada keluarga.Tidak kiralah samaada seseorang itu ketagihan dadah,arak ataupun judi,semuanya membawa keburukan.Supaya keluarga anda tidak berantakan,jauhilah diri daripada semua ini.

9.KURANG KOMITMEN

Keputusan untuk menamatkan zaman bujang perlulah dibuat setelah berfikir panjang.Bukan sekadar ikut kata hati.Fikirlah segala implikasi yang akan datang setelah bergelar suami ataupun isteri.Ambil iktibar terhadap segala yang berlaku disekeliling anda.Membuat keputusan tanpa memikirkan halangan dan perubahan yang perlu dilalui setelah berumah tangga mungkin menyebabkan anda rasa terbeban dengan tanggungjawab baru.Maka berlakulah pertengkaran dan jika tidak diselesaikan segera,perceraian dianggap jalan terbaik.

10.KEHIDUPAN SOSIAL YANG MENJIJIKKAN

Jika anda mengambil keputusan berumahtangga,maknanya anda harus bersedia meninggalkan segala aktiviti sosial kurang sihat yang dahulunya menjadi kegemaran.Lupakan terus aktiviti-aktiviti sosial yang menjelikkkan.Semua ini penting demi untuk kerukunan rumah tangga.

11.PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Ini satu lagi punca perceraian.Sebenarnya,tidak kiralah di mana pun anda,jika terlalu pentingkan diri sendiri,susah jadinya.Orang yang pentingkan diri sendiri tidak mempunyai sifat empati yang membolehkan mereka faham perasaan orang lain.Akibatnya,persefahaman sukar dicapai dalam hidup berkeluarga.

12.ENGGAN BERUBAH SELEPAS BERUMAHTANGGA

Bukan semua orang rela untuk berubah,terutamanya bagi yang sudah bisa hidup senang-lenang.Seperti yang kita semua tahu,mempunyai keluarga memerlukan komitmen yang tinggi kerana tanggungjawab sudah semakin bertambah.Ketika inilah timbul masalah bagi yang enggan berubah.Dan lazimnya,diri dianggap seperti orang bujang.Anak ke mana,pasangan kemana.Dia tetap dengan aktiviti sosialnya.Dalam erti kata yang lain,lari daripada tanggungjawab kerana tidak sanggup untuk berubah.Kesengsaraan tentulah pada yang menunggu dirumah.Titik noktahnya,perceraian.


CARA MENGHINDARI MASALAH RUMAHTANGGA.

*Elakkan diri daripada berhadapan dengan konflik rumah tangga.
*Selesaikan masalah bersama.
*Mengesan sebarang perubahan pada pasangan dari peringkat awal.
*Sedia berubah dan memperbaiki diri.
*Dapatkan nasihat daripada individu bertauliah.
*Jangan menggunakan anak-anak sebagai mangsa.
*Jangan bercakap hal negatif tentang pasangan.
*Jangan libatkan anak-anak dalam pertengkaran.

MASALAH BIASA DALAM PERKAHWINAN.

1.Selalu mengkritik
Kritikan selalunya seolah-olah menyerang pasangan secara peribadi.Diakui,kita memang boleh mengkritik tetapi perlulah dengan berperasaan.Lebih-lebih lagi kritikan terhadap pasangan agar tidak berlaku perbalahan.

2.Rasa benci
Selalunya bibit rasa benci timbul daripada rasa tidak puas hati.Hasilnya meracun jiwa lalu mengakibatkan perselisihan faham.

3.Terlalu pertahankan hak sendiri
Sifat ini tanpa disedari akan membuatkan pasangan berasa kecil hati.Jika tidak ditangani segera,masalah ini pastinya berlarutan sehingga mungkin berpotensi menjadi penyumbang kepada kegagalan rumahtangga.

4.Biarkan pasangan tergantung tanpa kata pasti.
Kalau tidak suka,berterus terang sahajalah,jangan sesekali biarkan pasanagn anda tertanya-tanya.sekiranya ada masalah segeralah selesaikan.Ajak pasangan berbincang bersama untuk menguraikan segala yang tersimpul bukan pendamkan saja.Kelak nanti meledak bagai gunung berapi,susah pula jadinya.

5.Menipu pasangan
Siapa diantara anda yang suka ditipu...Tentu tak ada kan..Jika anda tidak suka ditipu,mengapa pula anda harus menipu..Masa telah berjaya membuktikan banyak rumah tangga berantakan kerana menipu.Jadi,jangan jadikan rumah tangga anda mangsa seterusnya.

6.Tidak memahami kehendak pasangan
Masa bercinta dahulu,ramai diantara anda menganggap diri begitu memahami kehendak pasangan.Namun,selepas bertahun melayari gerbang perkahwinan bersama,kesefahaman seolah-olah semakin tidak wujud.Semakin tak faham si dia.Mengapa..Siasatlah dan cari jalan penyelesaian sewajarnya.

Ketahuilah wahai wanita dan isteri2 di luar sana..

Intisari wasiat Rasulullah S.A.W tersebut dirumuskan seperti berikut: Hai,aisyah,peliharalah diri engkau.Ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada kaum engkau(kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka.Antara sebab-sebabnya ialah kerana mereka itu:

1.Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan(kesusahan).Apabila dibalakan tidak bersabar.

2.Tidak memuji ALLAH TAALA di atas kemurahan-NYA(mensyukuri nikmat); atau mengkufurkan nikmat.

3.Membanyakkan kata-kata yang sia-sia.Wahai Aisyah,ketahuilah:
a.Bahawa wanita yang menidak-nidakkan kebajikan(kebaikan)yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh ALLAH TAALA amalannya.
b.Bahawa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya,maka pada hari kiamat,ALLAH menjadikan lidahnya 70 hasta dan dibelitkan di tengkuknya.

4.Bahawa isteri yang memandang jahat(menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya),ALLAH akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada hari kiamat.

5.Bahawa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suaminya(yang harus/halal)di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkianati suaminya,akan dibangkitkan ALLAH pada hari kiamat dengan muka yang hitam,matanya yang kelabu,ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.

6.Bahawa wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk sumainya,akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya.

7.Bahawa wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu di menampar-nampar mukanya atau mencarik-carikkan pakaiannya,dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syufaat daripada sesiapapun.

8.Bahawa wanita yang berzina akan diderakan dia di hadapan segala makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat-tiap-tiap perbuatan zina dengan 80 cemeti daripada api.

9.Bahawa isteri yang mengandung itu adalah baginya pahala seperti berpuasa pada singa harinya dan mengerjakan Qiamullai pada malamnya serta pahala berjuang fisabilillah.

10.Bahawa isteri yang bersalin,bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang sahaya.Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.

11.Bahawa wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti suaminya,maka samalah dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah.Dialah antara wanita-wanita yang qanitat(banyak beribadat kepada ALLAH)

Semoga ALLAH beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan.Alam untuk dikongsi bersama.Sama-samalah berusaha saling menyenangkan dan muncul luar biasa bagus.

8 Perkara Pantang bagi Lelaki

Jom kite kongsi same2..

1.Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda sayangi jangan bongkar rahsia diri anda sendiri.Usah beritahu dia ada ramai lelaki meminati anda.Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupun cari masalah dengan lelaki2 berkenaan.Lebihkan berbicara tentang masa hadapan dan dia sebagai satu-satunya lelaki yang bertakhta di hati anda.Usah banding-bandingkan dia dengan lelaki yang pernah anda kenali.Itu mengundang musibah.

2.Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada ibunya.Jadi,jangan gatal-gatal cakap itu ini,begitu begini tentang ibunya.Cakap yang baik-baik tak apa walaupun tak betul.Lelaki mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya,tetap mudah marah apabila ibunya dihina walaupun memang benar ibunya jahat.

3.Kenapa suka sangat cerita sejarah silam anda,Tak perlu...Simpan semua sejarah silam untuk diri anda sendiri.Dia tidak ingin tahu semua itu.Setelah anda bertaubat anggap diri anda bersih.Dia juga menganggap begitu terhadap anda.Hanya bercerita tentang rahsia anda apabila anda rasakan ia boleh mengintimkan hubungan.

4.Jika dia telahpun bergelar suami,usah sentuh soal kejantanannya yang mungkin telah menurun selari dengan bertambahnya usia.Dia memang tak suka dengar,tak suka bincang dan tak suka berubat.Apa yang anda boleh lakukan ialah cari penawar dan campurkan dengan minuman atau makanan kegemarannya secara rahsia.Jangan sekali-kali perlekeh dan perkecilkannya.

5.Dia tak suka sama sekali dipersalahkan,meskipun jelas dia bersalah.Misalnya anda balik kampung dan dia memandu,tiba-tiba dia mengambil jalan lain untuk short-cut,tiba-tiba tersesat dan sampai kerumah lewat beberapa jam dari selalu.Lalu anda pun asyik menyalahkannya dan menceritakan hal itu kepada mentua anda,ibunya.Anda sengaja mencari nahas dengan berbuat begitu.

6.Sokong di atas semua masalah yang dihadapinya,terutama dengan bos,kawan-kawan,bahkan minat dia pun anda perlu sokong. Jangan tatkala dia mengeluh atau mengadu tentang bos atau teman sekerja,anda tokok tambah lagi serta menyalah-nyalahkannya,ini sangat menyakitkan hatinya.Anda tahu apa yang akan dilakukannya selepas itu..Selepas itu dia tidak akan bicara lagi dengan anda.Dia akan mencari orang lain untuk bercakap.Jika kebetulan orang itu adalah wanita,akhirnya ada kemungkinan anda dipertandingkan dan dibanding-bandingkan.Bersiap sedialah untuk diduakan.Sentiasalah berdiri dipihaknya.Jika perlu memberi pandangan,gunakan bahasa paling halus tanpa mengusik sama sekali egonya.

7.Jangan puji lelaki lain dihadapannya.Jika tertarik pun diam saja dan simpan dalam hati.Walaupun lelaki itu seorang artis milik masyarakat,memuji-mujinya secara berlebihan akan mengundang rasa tidak tenang.Silap2 dia akan cap anda'gatal'.

8.Lelaki penuh dengan keegoan.Meskipun dia berpendidikan rendah daripada anda,usah perkecilkannya.Minta pendapatnya selalu apabila nak buat keputusan.Berikan dia kuasa memimpin.Jangan fikir mentang-mentang anda berpendidikan tinggi dan berpendapatan lebih daripadanya,anda berhak bersuara menentukan satu-satu keputusan.Lelaki tetap pemimpin dan hak membuat keputusan terletak ditangannya.Anda boleh memberi cadangan,jangan asyik bangkang.

Itulah dia lapan perkara yang tak disukai oleh kebanyakan lelaki.Ambil kisah dan berhati-hatilah.Semoga hidup anda bahagia disampingnya.Amin...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Album Saye..

My Princess

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 KEDAI ANEKA ADLINQISADAM |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.